Jurgen Klopp akhirnya membuka suara buat kali pertama selepas Jordan Henderson meninggalkan Liverpool dan mengakui mahu pemain tengah itu kekal di Anfield pada musim panas ini.
Walaupun demikian, Klopp mengakui Liverpool tidak mampu menghalang Henderson berbuat demikian dan tidak mahu jadi penghalang perpindahan yang dianggap kontroversi oleh sebahagian daripada komuniti di kelab itu.
Henderson yang bergelar kapten Liverpool sejak beberapa musim lalu melengkapkap perpindahan ke Al Ettifaq dengan tawaran gaji £700,000 seminggu.
Perpindahan tersebut dibidas oleh geng pelangi, dan menganggap Henderson sebagai pembelot kerana mengabaikan nilai kesaksamaan yang diperjuangkan Liverpool apabila berpindah ke negara yang menentang kesaksamaan sedemikian.
A leader 💪🏻 A warrior ⚔️
We’re simply thrilled to have him ❤️💚
Henderson is ETTIFAQI 🟢✨#HendersonEttifaqi pic.twitter.com/GIj8kggxtn
— Ettifaq Club (@Ettifaq_EN) July 27, 2023
Klopp kini mengakui Henderson sukar diganti di Anfield, terutamanya skil peribadi daripada segi kepimpinan.
“Adakah saya terkejut apabila Henderson berkata dia mahu pergi? Sudah tentu. Kami sudah mengenali selama lapan tahun,” kata Klopp.
“Dia tahu situasi di mana kami mahu dia kekal di sini, tetapi jika dia mahu pergi kami tidak boleh menyukarkan keadaan. Ia adalah bagaimana kita harus memberikan reaksi.
“Jordan akan merindui kami, dan kami juga akan merindui dia. Kita harus move on dan ia sangat jelas.”
Musim panas ini Liverpool kehilangan beberapa pemain senior yang memberikan banyak pengaruh di dalam pasukan.
Roberto Firmino turut akan beraksi di Arab Saudi bersama Al Ahly. Manakala James Milner menyertai Brighton. Fabinho yang kerap bergandingan dengan Henderson di jentera tengah pula telah berhijrah ke Al Ittihad.
Klopp juga sedang memikirkan siapakah yang layak memakai lilitan kapten di Liverpool pada musim hadapan.
Pemain pertahanan terbaik dunia Virgil van Dijk adalah calon jelas, tatkala Mohammed Salah dan Trent Alexander-Arnold turut dilihat sebagai pilihan.
“We wanted to keep him, but as he wanted to leave there’s no reason why we should’ve thrown any rocks or stones”
Jurgen Klopp on Jordan Henderson’s move to Al-Ettifaq ⬇️ pic.twitter.com/eysnvdQHo8
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) July 29, 2023
The Reds sudah pun membawa masuk dua pemain tengah baharu, Dominik Szoboszlai daripada RB Leipzig dan Alexis Mac Allister turut menyertai Liverpool daripada Brighton.
Walaupun gembira dengan pemain yang ada pada masa ini, Klopp menegaskan pasukan itu memerlukan rekrut baharu di posisi tengah selepas kehilangan Henderson dan Fabinho.
“Ia sangat penting untuk memperkuatkan bahagian tengah,” tambah Klopp lagi.
“Kami sedang berusaha mencari jalan penyelesaian. Kami amat optimis. Juga Teruja.”
Pemain muda Southampton, Romeo Lavia menjadi sasaran utama Liverpool untuk menggantikan dua pemain tersebut.
Liverpool dijangka akan melakukan bidaan kedua untuk pemain berusia 19 tahun itu setelah bidaan pertama bernilai lebih daripada £35 juta telah ditolak.
Southampton dilaporkan mahukan £50 juta untuk Lavia.