Salah Terlepas Dari Hukuman FA, Bebas Untuk Diturunkan Menentang Arsenal

Pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah terlepas dari segala bentuk hukuman daripada pihak FA England atas ‘lakonan’ beliau dalam kotak penalti ketika Liverpool bertemu Newcastle semalam.

Liverpool dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-47 perlawanan selepas Salah ‘dikasari’ dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Newcastle, Paul Dummett.

Bagaikan ditiup angin, Salah terkulai layu di atas padang apabila disentuh pemain Newcastle.

Pengadil perlawanan, Graham Scott melihat kejadian tersebut dan tanpa berfikir panjang, memberikan sepakan penalti kepada The Reds.

Keputusan tersebut agak kontroversi kerana Dummett dilihat hanya menyentuh Salah, dan bukan menariknya. Selepas melihat Dummett menyentuh bajunya, Salah bijak mengambil kesempatan dengan merebahkan badannya seperti dilanggar kereta dalam kotak penalti Newcastle.

Menurut sumber dari Sky Sports News, Salah tidak akan dikenakan sebarang tindakan dari pihak FA kerana tindakannya itu tidak dianggap sebagai cubaan untuk memperdayakan pengadil. Oleh sebab tersebut, beliau tidakan berdepan sebarang ‘retrospective action’, hukuman yang biasanya diberi jika pengadil perlawanan gagal mengesan perbuatan tersebut di atas padang.

Salah tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk gol ke-12 beliau dalam liga musim ini

Salah mengambil sendiri sepakan penalti tersebut dan berjaya menyempurnakannya untuk menjadikan kedudukan 2-0 berpihak kepada Liverpool. Dejan Lovren terlebih dahulu meletakkan Liverpool dihadapan.

Fabinho dan Xherdan Shaqiri menambah derita Newcastle pada lewat permainan untuk menjadikan kedudukan akhir perlawanan 4-0. Dengan Manchester City sekali lagi tumpas kali ini di tangan Leicester, Liverpool berjaya membina kelebihan 6 mata di persada Liga Perdana Inggeris dengan Spurs kini berada di tempat ke-2.

Pengurus Newcastle, Rafael Benitez melabel keputusan pengadil memberikan penalti kepada Liverpool sebagai ‘lembut’ dan mengubah hala tuju perlawanan.

https://twitter.com/_TTID/status/1077960536975826944

“Penalti ‘lembut’ pada pertengahan permainan mengubah segalanya. Kami hanya ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama. Tetapi apabila kami melepaskan gol kedua, ia menjadikan keadaan lebih sukar buat kami untuk memberikan response menentang pasukan yang amat baik.”

“Gol ke-2 Liverpool amat kritikal, ia memberikan mereka lebih banyak keyakinana dan keadaan bertambah sukar buat kami. Kami perlu mengambil lebih risiko, bermain lebih terbuka, dan melakukan lebih banyak kesilapan.”

BACA:  Ole Anggap Klopp Punca United Kurang Dapat Penalti