Koeman Anggap Budak Muda Punca Barca Tewas Kepada Atletico

Ronald Koeman menunjukkan tanda-tanda yang beliau semakin tertekan untuk mengurus Barcelona pada ketika ini.

Beliau selepas kekalahan di tangan Atletico Madrid awal pagi tadi, telah menyalahkan salah seorang pemain mudanya sebagai punca mereka bolos gol pertama.

Tekanan semakin memuncak untuk Ronald Koeman yang sudah sememangnya tertekan dengan situasi Barcelona pada ketika ini.

Gergasi Catalan itu sering mencatatkan keputusan yang mendukacitakan sejak kebelakangan ini dan lebih teruk lagi aksi persembahan mereka di atas padang juga sangat mengecewakan.

Barcelona mencatatkan kekalahan 3-0 dua kali berturut-turut dalam saingan Champions League di tangan Bayern Munich dan baru-baru ini kepada Benfica.

Awal pagi tadi, semuanya serba tidak menjadi untuk Koeman selepas anak-anak buahnya sekali lagi mencatatkan kekalahan memalukan dalam saingan La Liga.

Skuad kendalian Ronald Koeman itu turun bertemu Juara saingan La Liga musim lalu, Atletico Madrid di Wanda Metropolitano.

Gergasi Catalan itu juga sepertinya bukan lagi pencabar utama untuk merebut kejuaraan liga, dengan mereka mudah dijinakkan dengan keputusan 2-0 di tangan Atletico.

Thomas Lemas dan bekas bintang Barca sendiri, Luis Suarez muncul sebagai penjaring gol, seterusnya membantu Atletico untuk mengutip tiga mata penuh.

Selepas tamat perlawanan, Ronald Koeman telah menyalahkan pemain mudanya sebagai punca bolosnya gol pertama mereka.

Beliau menyalahkan pemain midfield, Nico Gonzalez yang baru sahaja melakukan penampilan kedua dalam kesebelasan utama Barca dalam saingan La Liga.

“Kamu tak boleh berikan ruang yang terlalu banyak ketika kita hilang bola.”

Jelas pengurus dari Belanda itu kepada Movistar.

“Kita sudah sering bercakap tentang hal itu, pemain midfield kita sepatutnya perlu ikut pemain yang mereka patut ikut, dan Nico biarkan Lemar berlari untuk gol pembukaan mereka.”

Salah satu perkembangan positif Koeman sebagai pengurus Barca adalah bagaimana beliau berani menggunakan pemain muda dalam skuadnya.

Menyalahkan pemain muda berusia 19 tahun sebagai punca kekalahan adalah satu hal yang sangat tidak sepatutnya untuk beliau lakukan.

Ia jelas membuktikan yang pengurus dari Belanda itu sebenarnya sudah sangat tertekan dan ia juga menunjukkan beliau sebenarnya gagal untuk mengurus tekanan dengan baik.

Pemain muda lain yang turut ada dalam kesebelasan utama Barca adalah seperti Gavi, Sergino Dest, Ronald Araujo dan Oscar Mingueza.

Koeman jelas sekali merupakan individu yang paling sedih dan terkesan dengan kekalahan tersebut, apa lagi selepas Suarez menganjing beliau sebaik menjaringkan gol untuk Atletico.

Bekas bintang Barcelona itu menganjing Koeman dengan menunjuk isyarat telefon sambil melihat wajah pengurus dari Belanda itu.

Musim panas lalu, pemain kebangsaan Uruguay itu bengang dengan Koeman yang memberitahunya bahawa beliau tiada masa depan di Nou Camp.

Terdapat laporan yang mengatakan bahawa Koeman bercakap dengan Suarez tentang hal itu menerusi panggil telefon sahaja, dan mereka berbual kurang dari satu minit.

Menurut laporan dari media Sepanyol, SPORT, mereka mendakwa yang Suarez sendiri tidak mahu tanya lebih lanjut tentang hal itu, dengan Koeman pula merasakan beliau tidak perlu menjelaskannya pada bekas pemainnya itu.

Bercakap tentang panggilan telefon itu, Luis Suarez jelas tidak gembira dengan cara bagaimana Barcelona melepaskan beliau, dan beliau juga tidak gembira dengan individu belakang tabir di Nou Camp.

Beliau merasakan seolah dirinya tidak mempunyai maruah kerana diperlakukan sedemikian walau sudah menyerahkan segalanya untuk kelab.

Seminggu kemudian, beliau telah menandatangani perjanjian bersama Atletico Madrid dengan kontrak selama dua tahun.

Lebih manis lagi, beliau turut berjaya membantu Atletico Madrid untuk menjuarai saingan La Liga, sementara Barca menangis dengan prestasi tidak menentu mereka.

Awal tahun ini, pemain berusia 34 tahun itu mendedahkan tentang rasa terkejutnya beliau ketika diberitahu yang dirinya sudah tidak diperlukan lagi di Nou Camp.

“Ketika Barcelona beritahu saya yang mereka tidak memerlukan saya, ia sebenarnya sangat menyakitkan. Saya langsung tak jangkakan itu.”

Jelas Suarez kepada El Transitor.

“Memang ada detik kekecewaan kerana melihat kepada adab mereka.”

“Koeman hubungi saya dan beritahu saya yang saya tidak ada dalam perancangan dia. Ketika Barcelona umumkan hal itu secara rasmi dan mereka mengetepikan saya, saya mula berunding dengan Atleti, dengan Cholo (Simeone), dengan Miguel Angel.”

“Memang ada banyak kelab yang berminat, bukan hanya Juventus. Saya mahu membuat keputusan yang tepat, keputusan terbaik untuk saya dan keluarga saya.”

Sejak ketibaannya di Wanda Metropolitano, pemain penyerang berpengalaman itu memainkan peranan penting sebalik kejayaan Atletico Madrid pada ketika ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Champion League 2020/21: Juventus 0-2 Barcelona