Pengurus Belanda Ronald Koeman percaya prestasi merudum Liverpool pada musim lalu sehingga tercampak ke saingan Europa League menjadi salah satu punca Cody Gakpo gagal menampilkan prestasi terbaiknya.
Dan selepas melalui musim yang sukar di kelab Merseyside itu, Koeman yakin Gakpo akan menjadi pemain yang lebih baik pada masa hadapan.
Dibawa ke Anfield pada Januari lalu dengan nilai £35 juta, Gakpo pada mulanya dijangka akan menyertai Manchester United sebelum Liverpool mengebas pemain itu pada saat akhir.
Enam bulan pertama bersama Liverpool, Gakpo jelas melalui kesukaran kerana perubahan posisi daripada seorang pemain sayap menjadi seorang penyerang.
Netherlands boss Ronald Koeman believes the form of Cody Gakpo was negatively impacted by his transfer to Liverpool earlier this year https://t.co/UVXkxIuNir pic.twitter.com/J2vDboLKQD
— Mirror Football (@MirrorFootball) September 12, 2023
Perkara itu tidak dibantu dengan prestasi Liverpool pada ketika itu sebelum beberapa minggu terakhir musim lalu yang menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp kembali mendapat rentak sehingga berjaya menyelitkan diri ke saingan Europa League – pertandingan kasta kedua kelab-kelab Eropah.
Tempoh tersebut sepatutnya dilihat sebagai tempoh untuk Gakpo untuk menyesuaikand diri dan Koeman turut mengakui pemain itu masih belum menampilkan prestasi sepatutnya sepanjang enam bulan tersebut.
“Anda harus faham Gakpo masih lagi seorang pemain muda,” kata Koeman kepada media.
“Pertama kali tiba di Liverpool, pasukan itu sedang bergelit dan ia menyukarkannya menghadirkan impak.
“Jika dia menyertai sebuah pasukan yang sedang beraksi baik, itu bermakna dia berada di situ pada masa sepatutnya, tetapi ketika itu Liverpool terdesak untuk mengubah keadaan dan ia amat sukar.
“Anda harus memberikan masa secukupnya untuk pemain dibangunkan dan menyesuaikan diri dengan Premier League kerana saingan di sana berada di tahap berbeza.
🆕 'You have to understand' – Ronald Koeman blames 'struggling' Liverpool for Cody Gakpo form #LFC https://t.co/to0wv9UnCt
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 11, 2023
“Saya tahu perkara itu berdasarkan pengalaman di England dan intensiti pertandingan di sana jauh lebih tinggi berbanding apa yang dilaluinya di Belanda.
“Tetapi dia masih lagi muda, dia akan belajar dan menjadi pemain yang lebih hebat selepas ini. Dia mempunyai masa depan yang cerah dan anda boleh melihat kualiti yang dimilikinya.”
Musim ini Klopp turut menggunakan Gakpo di posisi tengah, dan pemain itu sendiri mengakui beraksi di posisi baharu turut memberikan impak kepada dirinya.
Namun demikian Gakpo mempunyai mentaliti gergasi sepertimana pemain Liverpool yang lain dan menganggap peluang beraksi di tempat lain akan menjadikannya pemain yang lebih lengkap pada masa hadapan.
“Pada mulanya semuanya akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri bermain di posisi berbeza, tetapi amat penting untuk saya pantas menyesuaikan diri dan membuktikan diri saya adalah seorang pemain yang versatile,” kata Gakpo dalam satu temubual bersama Voetbal sebelum ini.
“Saya hanya mahu bermain dan rasa dihargai. Tak kisahlah di posisi mana.
“Jurulatih [Jurgen Klopp] melihat saya sebagai seorang pemain penyerang, tetapi saya juga mempunyai kemampuan untuk mencipta gerakan menyerang dari tengah.
“Itulah sebabnya saya juga bermain di posisi tersebut. Kami juga bermain secara dinamik, agar kami mempunyai ruang untuk bertukar posisi ketika permainan, semua itu berlaku dengan spontan.
“Terus berusaha memperbaiki diri di pelbagai bahagian lebih sesuai untuk saya sebagai seorang individu. Demikianlah saya bekerja, dan itu juga termasuk ketika saya menambah baik kemampuan diri di atas padang.
“Ia amat penting untuk saya menjadi pemain yang lebih lengkap pada masa hadapan.”