Ronald Koeman telah diserang oleh para penyokong ketika beliau sedang memandu untuk keluar meninggalkan Nou Camp selepas kekalahan 2-1 di tangan Real Madrid malam semalam.
Pertembungan El Clasico pada tahun ini mungkin tidak sehangat dulu kerana hilangnya ramai bintang-bintang terutama Lionel Messi.
Namun dek kerana ia merupakan pertemuan antara dua seteru utama, maka ia tetap menjadi aksi perlawanan yang panas dan dinanti-nantikan oleh para peminat.
L'entraîneur du Barça, Ronald Koeman, a été réprimandé et insulté à la sortie du Camp Nou. Les fans ont exigé son départ : "Dégage MAINTENANT" ou "Dans la rue tout de suite". @DavidIbanez5
Via @LosBlancos_Live pic.twitter.com/nSwe0NDSzn— Los Madridistas (@LosMadridistas_) October 24, 2021
David Alaba berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik dan menakjubkan dalam membantu Los Blancos untuk mendahului perlawanan yang dilangsungkan malam semalam.
Lucas Vazquez kemudiannya menggandakan kedudukan dengan meledak gol kedua Madird di hadapan 86,000 penyokong yang hadir ke Nou Camp untuk menonton perlawanan tersebut.
Sergio Aguero kemudiannya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-97 permainan, namun ia sudah terlambat untuk membantu menaikkan semangat Barca untuk comeback.
Kekalahan ini tidak diterima dengan baik oleh para penyokong, yang terkesan dengan prestasi hambar skuad mereka sejak kebelakangan ini.
Aficionados golpearon el auto de Ronald Koeman y gritaron “Fuera” a su salida del Nou Camp
El Barça cayó 2-1 con el @RealMadrid en #ElClásico 🇪🇸 pic.twitter.com/mnYVTC9sle
— Luis Omar Tapia (@LuisOmarTapia) October 24, 2021
Barcelona pada ketika ini berada di kedudukan kesembilan dalam carta liga dengan mengumpul 15 mata dari sembilan perlawanan.
Pengurus kelab, Ronald Koeman tidak dinafikan lagi antara manusia paling tertekan dalam kem Barca pada ketika ini, dengan para penyokong tidak henti-henti memaki hamun pengurus dari Belanda itu.
Terdapat satu rakaman yang tular di media sosial pada ketika ini, yang mana ia memperlihatkan bagaimana Koeman berdepan dengan situasi cemas apabila kereta yang beliau pandu dihalang oleh sekumpulan penyokong Barcelona.
Para penyokong yang sedang mengamuk seolah-olah mereka sudah berubah menjadi zombi itu menghalang laluan Koeman, sambil mereka tidak henti-henti memaki hamun pengurus dari Belanda itu.
Fans mobbed Ronald Koeman's car after Barcelona's defeat in El Clasico 😬
(via @1899Gallego)pic.twitter.com/tb7EywWDM0
— B/R Football (@brfootball) October 24, 2021
Mujur Koeman tetap tenang dengan beliau memperlahankan pemanduan beliau dan perlahan-lahan meninggalkan kumpulan penyokong yang sedang mengamuk itu.
Ada antara penyokong yang memanjat kereta Koeman, ada yang meludah, ada yang menyimbah air, ada yang menumbuk, ada yang mencalarkan kereta (ini sekadar menuduh) dan kesemua mereka jelas memaki hamun pengurus kelab itu.
Para penyokong semakin bengang dengan pimpinan Ronald Koeman dan menganggap beliau tidak layak untuk terus mengurus Barcelona.
Kekalahan ini merupakan kekalahan ketiga secara berturut-turut Barca di bawah kendalian Ronald Koeman dalam aksi El Clasico.
Así ha sido la salida de Koeman del estadio. Lamentable insultarle y aporrearle el coche así (📹 @UNIVERSO_1899) #fcblive pic.twitter.com/PkaT85OfLt
— Toni Juanmartí (@tjuanmarti) October 24, 2021
❗️Barça coach Ronald Koeman was rebuked and insulted at the Camp Nou exit. The fans asked for his departure: "Get out NOW" or "On the street at once.” @DavidIbanez5 #ElClasico pic.twitter.com/5HpM23Iw7f
— Los Blancos Live (@LosBlancos_Live) October 24, 2021
Nobody should be subjected to this. It is appalling behaviour.
Anyone who behaves like this does not have the emotional capacity to follow the fortunes of a football club. https://t.co/3ZNEkJkCtR
— Colin Millar (@Millar_Colin) October 24, 2021
Walau bagaimanapun, tetap ada penyokong Barcelona yang mungkin belajar Sivik dan Kewarganegaraan dengan mereka mengecam tindakan para penyokong yang mengganggu Koeman seperti itu.
Barcelona sendiri turut mengeluarkan kenyataan berkait situasi bagaimana layanan yang diterima oleh Ronald Koeman itu dengan menyatakan:
“FC Barcelona secara terbuka mengutuk tindakan keganasan dan menghina seperti apa yang dilalui oleh pengurus ketika meninggalkan Nou Camp.”
“Pihak kelab akan mempertingkatkan kawalan keselamatan supaya hal tidak diingi seperti itu tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.”
Ronald Koeman is not the best of managers but he will forever be a Barcelona legend.
The incident which took place outside the Camp Nou today was absolutely horrible. Koeman's wife was also there.
"You either die a hero, or live long enough to see yourself become a villain." pic.twitter.com/meF734tamp
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) October 24, 2021
Barcelona sebelum ini berjaya menemui rentak kemenangan mereka yang sudah hilang selepas berjaya menewaskan Valencia dan Dinamo Zagreb.
Namun selepas baru dua kali menikmati perasaan meraikan kemenangan, mereka sekali lagi berdepan dengan kekalahan dan menikmati caci maki dari para penyokong.
“Saya sangat kecewa dengan keputusan tapi pasukan sudah berusaha sehingga ke detik yang terakhir.”
Jelas Koeman ketika temu bual selepas tamat perlawanan.
“Kami gagal mencipta begitu banyak kesempatan. Perlawanan ini sebenarnya nampak seimbang, tapi pada akhirnya, hal-hal yang kecil tetap menjadi penentu.”
Ronald Koeman is the first Barcelona manager in 81 years to lose his first three El Clasicos 😬 pic.twitter.com/B3XiSCuRie
— ESPN+ (@ESPNPlus) October 24, 2021
“Ia sangat sukar untuk mencari hal yang positif dari kekalahan di halaman sendiri di tangan Real Madrid, tapi saya suka dengan sikap para pemain dan para penyokong.”
“Masih ada satu lagi perlawanan pada Rabu ini, musim ini juga masih panjang jadi kita perlu terus berjuang.”
Barcelona akan turun beraksi bertemu Rayo Vallecano pada pertengahan minggu nanti, sebelum mereka melayan kunjungan Alaves pada 30 Oktober nanti.
Sumber: SPORTbible