Masa depan Ronald Koeman bersama Barcelona sepertinya sudah hampir tiba ke penghujungnya selepas kekalahan memalukan di tangan Atletico Madrid hujung minggu lalu.
Tekanan yang menimpanya semakin memuncak dan sepertinya Koeman sudah tidak mampu untuk berdepan dengan situasi kelab pada ketika ini.
Ia jelas sekali bukan permulaan musim yang baik untuk Koeman bersama anak-anak buahnya, dengan Barca turut berdepan kekalahan 3-0 sebanyak dua kali berturut-turut dalam saingan Champions League.
Please please stop interviewing him https://t.co/Pp1BmI6M5O
— TalkFCB © (@talkfcb_) October 4, 2021
Kosong mata dari dua perlawanan awal dalam saingan Champions League, bolos enam dan langsung tidak berjaya menjaringkan sebarang gol sudah cukup untuk membuktikan betapa teruknya keadaan mereka pada ketika ini.
Dalam aksi saingan liga pula, selepas merekodkan dua keputusan seri bertemu pasukan pertengahan liga, Barcelona sekali lagi mencatatkan keputusan buruk dengan mereka tewas 2-0 di tangan Atletico Madrid.
Bekas penyerang Barcelona, Luis Suarez menjaringkan satu gol dan mencatatkan satu assists ketika membantu Atletico Madrid menewaskan bekas kelabnya itu.
Miralem Pjanic has once again taken a swipe at Barcelona manager Ronald Koeman by suggesting that it's time for the struggling club to get "a good leader" 😳
— Goal News (@GoalNews) October 4, 2021
Dek kerana melihatkan Suarez meraikan jaringannya dengan menganjing Koeman, kebanyakkan pundit merasakan adalah tidak bagus untuk Barca mengekalkan beliau sebagai pengurus kelab dalam situasi seperti sekarang.
Pengurus dari Belanda itu sendiri turut sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa yang lebih baik, dengan siaran TV, La Porteria melaporkan Koeman sudah memberitahu hal tersebut kepada Presiden kelab, Joan Laporta.
“Dengan barisan pemain yang ada, ini sajalah yang mampu dilakukan.”
Jelas bekas pengurus Everton itu kepada Laporta.
“Kamu tak boleh meminta lebih dari saya.”
Ronald Koeman has been given the dreaded vote of confidence 😬 pic.twitter.com/1XLWdAfXtG
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 3, 2021
Koeman menegaskan yang dengan barisan pemain sedia ada pada ketika ini, beliau tidak mampu untuk memberikan keputusan yang lebih baik atau memenuhi jangkaan kelab.
Apa yang sedang beliau lakukan pada ketika ini adalah kemuncak dari kemampuan skuad yang beliau miliki dan tidak mungkin boleh mencapai lebih dari itu.
Ia bukanlah kali pertama pengurus berusia 58 tahun itu meletakkan kesalahan di atas bahu para pemainnya sendiri selepas ditekan oleh pelbagai pihak.
Sebelum ini, pemain muda, Nico Gonzalez turut menjadi mangsa selepas Koeman menyalahkan beliau sebagai punca kepada kekalahan bertemu Atletico Madrid.
Pemain centre-back, yang juga merupakan salah seorang dari empat ketua pasukan kelab, Gerard Pique turut mengkritik rakan sepasukannya itu dengan menganggap Nico punca kekalahan pertama Barca dalam saingan liga musim ini.
Ronald Koeman’s job is NOT on the line, at least for the time being 😅#Koeman #Barcelona #LaLiga #Laporta pic.twitter.com/EQRvv6LWhA
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) October 3, 2021
Walau bagaimanapun, Koeman jelas tidak boleh mengelak dari kritikan dengan para peminat telah mempersoalkan tentang kemampuan beliau untuk terus mengendalikan kelab.
Salah seorang penyokong Barcelona turut membuat satu bebenang di twitter dengan menyenaraikan kesemua rekod buruk yang dicatatkan oleh Koeman.
Antara yang ada dalam senarai tersebut adalah, Koeman merupakan pengurus pertama Barca yang mencatatkan dua kekalahan secara berturut-turut dalam dua perlawanan awal Champions League.
Barcelona mencatatkan kekalahan 3-0 bertemu Bayern Munich, dan pada minggu lalu, mereka mencatatkan kekalahan yang sama bertemu Benfica.
Barcelona chief Joan Laporta's private view on Ronald Koeman after Atletico Madrid defeat #FCB https://t.co/28KgSbH62z
— Express Sport (@DExpress_Sport) October 3, 2021
Kekalahan kedua menyebabkan Barca dianggap pasukan yang sedang bercelaru, dengan Koeman dilaporkan mengubah taktikal beliau di saat akhir sebelum sepak mula perlawanan.
Bersama laporan tentang apa dikatakan oleh Koeman kepada Laporta, terdapat juga laporan yang menyatakan beberapa pengurus yang berada dalam radar Barca pada ketika ini, sudah menolak tawaran untuk mengendalikan gergasi Catalan itu.
Presiden Barcelona, yang mengambil alih kelab dalam keadaan agak huru hara pada awal tahun lalu itu, dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Thomas Tuchel.
Walau bagaimanapun, ia sepertinya satu hal yang mustahil untuk beliau dapati, memandangkan pengurus dari Jerman itu sedang bergembira di Stamford Bridge.
❗On Friday Joan Laporta spoke with Vice President Rafael Yuste. He convinced Laporta not to fire Ronald Koeman for the time being and give him another chance.#FCB 🇳🇱👥
Via (🟢): @xavicampos [cat radio] pic.twitter.com/zhzf0Knb5u
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) October 4, 2021
Barcelona tidak dinafikan lagi sedang berada di era kejatuhan mereka, dan Koeman diharapkan bakal mampu melakukan sesuatu untuk membawa kelab ke kedudukan mereka yang sepatutnya.
Namun dek kerana beliau sendiri menyerah selepas melihat skuad sedia adanya pada ketika ini, sepertinya Barca sudah boleh berkira-kira untuk mencari calon pengganti.
Sumber: SPORTbible