Penyerang sensasi Japan, Takefusa Kubo berjaya menutmeg empat pemain sekaligus sebelum meledak gol bertemu Jamaica.
Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, tapi empat pemain sekaligus dan ia telah berjaya mencuri tumpuan peminat seluruh dunia.
Ramai yang beranggapan bahawa belum ada pemain dalam sejarah bola sepak profesional yang mampu untuk menjaringkan gol seperti itu.
4 petits ponts sur 4 joueurs différents…en un seul tir : le but hallucinant de Takefusa Kubo #rtbfsport https://t.co/bsTd9ygsuz
— RTBF Sport (@RTBFsport) June 12, 2021
Bintang berbakat berusia 20 tahun itu ketika ini sedang berusaha untuk dipanggil beraksi bersama skuad utama Real Madrid selepas beliau mempamerkan kecemerlangan bersama Getafe sebagai pemain pinjaman.
Ketika rehat penghujung musim ini, beliau telah menghabiskan masanya untuk menyertai skuad bawah 24 tahun Japan.
Japan berjaya membelasah Jamaica 4-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan pagi tadi dengan Wataru Endo, Ayase Ueda, Ritsu Doan dan Kubo mencatat nama sebagai penjaring gol.
Dari kesemua empat gol tersebut, gol pembukaan jaringan Kubo merupakan jaringan yang paling mencuri tumpuan dan tidak keterlaluan untuk katakan bahawa belum ada pemain yang mampu untuk menjaringkan gol seperti itu sebelum ini.
Nothing interesting to see here just Kubo doing 4 nutmegs at once to score a wonderful goal..! #Kubo #HalaMadrid pic.twitter.com/ShVSZ3SqEN
— Utsav (@RudeMadridista) June 12, 2021
Kubo masuk ke dalam dari posisi sayap sebelah kanan dan melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol Jamaica.
Apa yang menariknya, bola rembatan beliau berjaya melepasi kelengkang empat pemain Jamaica sebelum menerjah jaring gawang gol.
Gol ini boleh dianggap gol paling aneh, paling cantik, paling menakjubkan dan paling mengagumkan sepanjang tahun ini.
This is absolutely incredible. A shot from Takefusa Kubo goes through the legs of four players en route to the back of the net… https://t.co/dGRULRRNsX
— Matthew Mohan (@MatthewMohanCNA) June 12, 2021
Takefusa Kubo's 4-tunneled-goal ! 🤯 https://t.co/QV34aC5vcs
— NavyBlueWasp (@NavyBlueWasp) June 12, 2021
QUADRUPLE NUTMEG* from Takefusa Kubo
*not officially a nutmeg as he didn’t collect the ball but it sounds and looks good nonetheless pic.twitter.com/fp7jQrcsSk
— Oliver Trenchard (@OliverTrenchard) June 12, 2021
Ia merupakan permulaan yang positif untuk skuad U24 Japan yang sedang dalam persiapan mereka untuk sertai kejohanan Olympic bulan hadapan.
Sebelum membelasah Jamaica 4-0, Japan berjaya membenam Ghana 6-0 dalam aksi pemanas badan yang dilangsungkan hujung minggu lalu.
Kemenangan menewaskan Ghana 4-0 merupakan aksi pemanas badan kedua Japan yang telah dilangsungkan di The Best Denki Stadium di Fukuoka.
Apa yang pasti, gol jaringan Kubo ketika aksi bertemu Jamaica akan terus dikenang sebagai salah satu gol paling menakjubkan dalam sejarah dunia bola sepak.
Selain menjaringkan gol yang cantik dalam perlawanan ini, beliau juga berjaya menjaringkan gol yang sungguh menakjubkan ketika bertemu Ghana sebelum ini.
TAKEFUSA KUBO's goal against Ghana's Black Meteors pic.twitter.com/ubNEVZM9uQ
— LUKMAN EVERGREEN (@LukmanEvergreen) June 5, 2021
Rasanya belum pernah ada mana-mana pemain yang mampu melakukan hal seperti itu sebelum ini bukan? Kalau ada nyatakan di ruangan komen.
Mungkinkah Kubo akan dipanggil untuk sertai skuad utama Real Madrid di bawah kendalian Carlo Ancelloti musim depan? Atau beliau akan sekali lagi dipinjamkan ke pasukan lain?