Pemain muda Liverpool Luca Furnell-Hill terlepas layangan kad merah walaupun menumbuk pemain lawan di muka. Sudahlah ditumbuk, pemain Liverpool itu kemudian bertindak menyiku lawannya itu.
Insiden tersebut berlaku di pertandingan Premier League U-18 membabitkan Liverpool dan Manchester United.
Ketika kejadian Furnell-Hill didapati menumbuk penyerang United, Ethan Williams di bahagian muka.
Williams adalah salah seorang penjaring gol buat United dalam perlawanan tersebut selain Jayce Fitzgerald, Ethan Williams dan James Scanlon dalam perlawanan yang menyaksikan 7 jaringan dihasilkan.
Liverpool yang tampil sebagai pasukan pelawat pula menjaringkan gol mereka melalui Trent Kone-Doherty, Kieran Morrison dan Michael Laffey.
🚨| Luca Furnell-Hill (Liverpool U18) punching Ethan Wheatley against Manchester United U18.
No card given.
pic.twitter.com/0IOO8wRieA— Red Card Alert (@collinabanter) January 30, 2024
Kemenangan 4-3 ke atas Liverpool itu bermakna ubi United terus mendominasi pertandingan Premier League U-18 setelah mengutip 42 mata daripada 14 kemenangan daripada kesemua 14 perlawanan yang dihadapi setakat ini.
Berbeza dengan skuad senior mereka yang sentiasa dibolosi gol mudah dan mempunyai jentera serangan yang tumpul, skuad remaja United sehingga kini telah mencetak 46 gol dan hanya dibolosi 9 kali.
Pasukan itu kini turut mempunyai kelebihan 17 mata di kedudukan teratas, mengatasi seteru setempat Manchester City di kedudukan kedua.
Liverpool pula menduduki tempat ketiga dan sekadar mengutip 24 mata selepas kekalahan kepada United.
Liverpool's youngster Luca Furnell Hill (shirt no 5) appeared to punch @ManUtd's Ethan Wheatley in the face and no red card was given in Man United's 4-3 win over Liverpool in the U18's Premier League.#U18PL #MUAcademy #MUFC #MUNLIV
📸: @sportbible pic.twitter.com/UO9PffgiaS— Danny Nyeko🇺🇦 🚀 (@DNyeko) January 30, 2024
Pada bulan lalu pengurus U-18 Manchester United Adam Lawrence memuji impak bekas pemain pertahanan Phil Jones kepada barisan pemain muda di kelab itu.
“Ia sangat hebat dengan adanya Phil. Dia akan menyertai kami sekali seminggu. Dia meluangkan masa bersama skuad U-14 dan B-18 dan itu memberikan pengalaman kepadanya bagaimana pembangunan di setiap peringkat usia di dalam akademi.
“Untuk kami, kehadirannya sangat membantu. Daripada segi latar belakang dia sememangnya dari kelab ini dan apa yang dilakukannya bersama kami terutama untuk pemain bukan sekadar untuk berkongsi mengenai bola sepak dan ilmu yang dimilikinya.
“Tetapi ia juga berkaitan perkara di luar padang dan apa seorang pemain profesional perlu lalui – sama ada daripada segi pemilihan pemain, persediaan menghadapi perlawanan, diet, dan nutrisi.”