Video Bakal Bintang Liverpool Mengayam-ayamkan Fred Tular

Para penyokong Liverpool pada ketika ini sedang benar-benar teruja dengan bakal pemain baru, Luis Diaz yang berkemungkinan akan ditandatangani dalam masa terdekat ini.

Liverpool sepertinya akan melengkapkan penandatanganan Luis Diaz dari Porto dalam masa terdekat ini dengan kedua-dua pihak sudah menyatakan persetujuan masing-masing.

The Reds berjaya sailang bidaan dari Tottenham Hotspur dan kini sedang mendahului pencabar lain untuk menandatangani pemain kebangsaan Colombia itu.

Menurut sumber laporan dari Sky Sports News, Liverpool dikatakan sudah menawarkan bidaan bernilai £45 juta untuk Luis Diaz.

Diaz merupakan pemain terpenting Porto dengan beliau berjaya menjaringkan 16 gol dari 28 penampilan untuk pendahulu saingan liga Portugal itu pada musim ini.

Gergasi Merseyside itu dilaporkan telah menghantar wakil ke Amerika Selatan untuk mencuba melengkapkan rundingan tersebut sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

Diaz dijangka akan turun beraksi untuk Colombia dalam aksi bertemu Peru sebelum turun bertemu Argentina dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Beliau sebelum ini sudah berjaya mencuri perhatian dunia ketika sedang beraksi di pentas antarabangsa.

Pemain sayap Porto itu tukar pada tahun 2021 yang lalu selepas beliau memalukan bintang kesayangan Manchester United, Fred dengan skill yang sungguh menakjubkan ketika aksi kelayakan Piala Dunia bertemu Brazil.

Dalam video klip tersebut, Diaz dilihat mengawal bola dari pemain pertahanan Paris Saint Germain, Marquinhos di sudut tepi padang, sebelum melakukan flick melepaskan diri dari kawalan Fred.

Selepas berjaya melepasi Fred beliau kemudiannya menambah garam pada luka di hati Fred dengan melakukan no-look pass mencari rakan sepasukannya.

Sebaik berita beliau bakal menandatangani perjanjian bersama Liverpool hangat dibicarakan, video ini kembali tular di media sosial.

Para penyokong Liverpool benar-benar teruja menonton video tersebut apa lagi individu yang menjadi mangsa Diaz itu merupakan pemain utama dari pasukan seteru utama mereka.

“Wah ini rupanya apa yang kita dapat, tak sabar nak lihat bagaimana dia memberi ancaman kepada pemain pertahanan lain dalam saingan Premier League.”

“Tenang dan penuh skill, saya rasa inilah pemain yang memang kita cari dan tunggu-tunggu. Dia boleh lepasi dari kawalan Marquinhos dan Fred dengan mudah.”

“Saya rasa tak mustahil dia boleh cabar tempat Mane dalam kesebelasan utama, dia memilih Liverpool berbanding Spurs yang tawarkan gaji lumayan, tentu dia akan bermain demi kelab.”

“Kita akan sangat beruntung sebab dapat miliki pemain macam ni, tengoklah macam mana tenangnya dia lepaskan diri.”

Para penyokong Liverpool sangat berharap agar bintang berusia 25 tahun itu akan memberikan impak yang sama seandainya beliau melengkapkan perpindahannya ke Anfield dalam masa terdekat ini.

Menurut laporan dari Sky Sports News, Diaz lebih berminat untuk sertai Liverpool berbanding Tottenham Hotspur yang lebih terdesak mahukan khidmatnya.

Spurs sudah memulakan rundingan untuk menandatangani Diaz pada minggu ini, dengan skuad kendalian Antonio Conte itu sanggup membayar £46 juta untuk mendapatkan khidmatnya.

Walau bagaimanapun, Tottenham Hotspur pada ketika ini mungkin perlu mengalihkan perhatian mereka untuk mencari pemain sasaran yang lain kerana Dias sudah memutuskan untuk ke Anfield.

Luis Diaz sudah mendedahkan yang beliau lebih memilih untuk sertai Liverpool dan jelas sekali Spurs perlu mengalihkan perhatian mereka dan segera mencari calon pengganti.

Antonio Conte sememangnya memerlukan penandatanganan terbaru dalam usahanya mahu membantu Spurs untuk menamatkan saingan Premier League di kedudukan empat teratas.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Belum Sempat Beraksi, Pembelian Musim Panas Liverpool Terpaksa Diketepikan Kerana Dibelenggu Masalah Kecederaan