Lagenda Liverpool Teruk Diperli Budak Berusia 13 Tahun Yang Juga Peminat United

Seperti semua sedia maklum, Jamie Carragher adalah bekas pemain Liverpool dan mewakili pasukan Merseyside itu untuk satu tempoh yang cukup lama.

Jadi tidak hairanlah ramai peminat The Kop menganggap Carragher sebagai ikon kelab tersebut disamping Steven Gerrard.

Kemandulan LIverpool menjadi bahan jenaka buat pemiinat Manchester United walaupun pasukan mereka sedang bergelut sekarang.

Selepas bersara dari bola sepak, Carragher disambar Sky Sports untuk bekerja sebagai pengulas sukan. Dengan loghat Scouse yang pekat, Carragher menjadi salah seorang penyampai sukan yang digemari ramai bersama rakan baiknya, Gary Neville.

Untuk rekod, Carragher hanya mewakili Liverpool sepanjang kariernya yang berlangsung selama 17 tahun. Beliau juga adalah produk akademi Liverpool.

Antara kejayaan paling manis Carragher sepanjang menyarung jersi Liverpool berlaku di Istanbul pada tahun 2005 dimana beliau berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan AC Milan menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3.

https://twitter.com/AnfieldHQ/status/1116095166006398976

Malang buat Carragher kerana beliau tidak pernah mengecapi nikmat memegang trofi Liga Perdana Inggeris. Sehingga ke hari ini, Liverpool masih lagi gagal dalam usaha mereka untuk memenangi trofi itu walaupun mereka berpeluang besar untuk menamatkan kemarau trofi liga musim ini.

Dan seperti diketahui umum, penyokong Liverpool dan penyokong Manchester United boleh diibaratkan sebagai ‘minyak dan air’. Persengkataan ini wujud sejak zaman berzaman, terutamanya ketika zaman kegemilangan Liverpool sekitar 80-an.

Ketibaan Sir Alex Ferguson ke Old Trafford mengubah segala-galanya. Ferguson membawa United melalui zaman kegemilangan sejak bergelar pengurus pada tahun 1986.

Sepanjang 26 tahun bersama Manchester United, Ferguson berjaya memenangi 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan 2 trofi Liga Juara-Juara Eropah. Ferguson bersara pada tahun 2013 selepas membantu Red Devils menjulang trofi liga buat kali ke-20 dalam sejarah kelab tersebut.

Manakala Liverpool terus kemarau. Mereka tersekat pada angkat 18 dan tidak pernah memenangi Liga Perdana Inggeris sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1992.

Jadi tidak hairanlah apabila seorang peminat cilik Manchester United menggunakan kesempatan yang beliau ada untuk memerli Jamie Carragher ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di antara United menentang Barcelona yang berlangsung di Old Trafford beberapa hari yang lalu.

Carragher yang bertugas untuk Sky Sports bagi mengulas perlawanan tersebut dilihat berada di dalam bilik khas direktor di kawasan Sir Bobby Charlton Stand.

Selepas melihat kehadiran Carragher, peminat United berusia 13 tahun Molly Kay meminta kebenaran Carragher untuk bergambar dengan lagenda Liverpool.

Tanpa berfikir apa-apa, Carragher menerima permintaan Molly tanpa menyedari apa yang tertulis di tangan Molly.

Pada asalnya, Molly tidak ingin pon nak bergambar dengan Carragher kerana mengetahui latar belakang Carragher yang merupakan kipas susah mati Liverpool.

Ayah Molly memujuknya untuk bergambar dengan Carragher dan membuat satu rancangan untuk melakukan ‘troll’ terhadap Carragher pada waktu yang sama.

“Saya beritahu Molly, ‘Pergilah bergambar dengan Jamie Carragher’.” Ujar bapa Molly, Stevie Kay kepada ESPN.

https://twitter.com/Carra23/status/1116320372889092096

“Tetapi Molly tidak mahu kerana Carragher adalah seorang scouser.”

“Jadi saya beritahu Molly supaya menulis perkataan ’20 times’ di tangannya dan mempamerkannya ketika bergambar.”

“Carragher tidak tahu apa yang berlaku sehinggalah ada pihak tertentu yang meletakkannya di Twitter dan menge’tag’ beliau.”

BACA:  Percubaan Penalti 'Panenka' Dari Sanchez Memakan Diri Lalu Menjadi Petaka