Laluan Ke UCL Makin Sukar, Man Utd Antara Yang Bengang Dengan Pengambilalihan Newcastle

Berikut merupakan tiga pasukan yang paling kuat menentang pengambilalihan Newcastle dari Mike Ashley kepada Syarikat Konsortium Arab Saudi.

Manchester United, Tottenham Hotspur dan Everton menjadi tiga pasukan dari saingan Premier League yang benar-benar bengang dengan pengambilalihan Newcastle.

Public Investment Fund (PIF) yang dimiliki oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman merupakan pemilik kepada Syarikat Konsortium yang membeli Newcastle.

Pengambilalihan kelab telah berjaya disempurnakan pada awal minggu lalu dengan nilai £300 juta, yang mana ia seterusnya mengakhiri era 14 tahun pemilikan Mike Ashley.

Premier League membenarkan pengambilalihan itu untuk berlaku, selepas mendapat jaminan yang Syarikat Arab Saudi itu tidak akan mengawal kelab tersebut sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, semakin ramai yang mempertikaikan tentang bagaimana mereka mahu ‘mencuci duit’, dan rekod buruk Arab Saudi berkait pelanggaran hak asasi manusia.

Menurut sumber laporan dari The Daily Mail, United, Spurs dan Everton merupakan tiga kelab yang paling lantang bersuara menentang pengambilalihan itu.

Antara sebab lain mengapa tiga pasukan ini benar-benar menentang pengambilalihan Newcastle adalah kerana persaingan untuk layak ke saingan Champions League akan semakin sukar.

Akhbar tersebut turut menambah lagi yang ketiga-tiga kelab itu sebenarnya antara yang paling risau dan paling bengang dengan keputusan Premier League membenarkan pengambilalihan itu berlaku.

United, Spurs dan Everton dilaporkan langsung tidak berselindung tentang kemarahan mereka, dengan meluahkan apa mereka rasa ketika mesyuarat bersama semua wakil kelab Premier League kecuali Newcastle.

The Daily Mail mendakwa yang kelab-kelab besar sebenarnya yang beriya menghalang pengambilalihan ini dari berlaku, kerana mereka bimbang semakin banyak persaingan untuk merebut slot ke liga Eropah.

Hal ini jelas membuktikan yang mereka juga pentingkan diri sendiri dan tidak ada daya saing untuk bersaing dengan kelab yang berpotensi.

Chelsea dan Manchester City merupakan dua pasukan pertengahan yang berjaya menjadi gergasi dalam saingan Premier League selepas dimiliki oleh pemilik yang kaya.

Maka wakil-wakil Premier League bimbang akan kemunculan satu lagi kelab yang akan naik dari pasukan yang bertarung di zon penyingkiran akan bersaing di kedudukan empat teratas.

Sumber dalaman Daily Mail melaporkan bahawa:

“Hal ini lebih mengundang masalah kepada kelab-kelab besar, walaupun sebenarnya impak lebih segera akan nampak kepada zon penyingkiran.”

“Mereka bimbang tempat untuk mara ke saingan Champions League semakin sukar untuk direbut. Saya rasa kelab-kelab kecil lain tenang saja.”

Amanda Staveley yang menjadi individu terpenting sebalik urusan pengambilalihan Newcastle percaya yang The Magpies meletakkan sasaran utama untuk menjuarai saingan Premier League.

“Newcastle United berhak untuk menjuarai saingan Premier League. Kami mahu memenanginya. Ia perlukan masa, tapi kami akan tetap berusaha untuk jadikannya kenyataan.”

“Kami sangat berbangga untuk jadi sebahagian dari Premier League. Ia merupakan sebuah liga yang sangat kompetetif, dan kami sangat sukakannya. Saingan bola sepak Premier League adalah yang terhebat di dunia, dan Newcastle United kini merupakan paling hebat di dunia.”

“Kami mahu melihat Newcastle memenangi banyak Piala. Juara Premier League, Juara Eropah, tapi untuk jadi Juara, ia memerlukan kesabaran, pelaburan dan masa. Kami mahu semua orang bekerjasama dengan kami untuk bina masa hadapan lebih terjamin untuk Newcastle.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Newcastle Sudah Berunding Dengan Calon Penandatanganan Pertama Di Bawah Pemilikan Baru