Premier League 2020/21: Burnley 0-3 Chelsea

Chelsea tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan menentang Burnley apabila mencatatkan kemenangan yang selesa dengan jaringan tiga gol tanpa balas.

Turf Moor yang menjadi rumah kepada Burnley menjadi saksi kepada permainan menyerang yang sangat jelita daripada Chelsea.

Hakim Ziyech yang pertama kali bermula daripada kesebelasan utama selepas lama diperam sejak dibeli telah menjaringkan gol pembukaan dengan rembatan leret pada minit ke-26.

Anak buah bimbingan Frank Lampard menggandakan kedudukan melalui satu sundulan daripada pemain tinggi lampai, Kurt Zouma pada separuh masa kedua.

Timo Werner melengkapkan kemenangan tigo gol Chelsea pada minit ke-70. Gol keempat daripada Olivier Giroud pula telah dibatalkan.

Burnley: Pope, Lowton, Long, Tarkowski, Taylor, Stephens, Brownhill, Westwood, McNeil, Barnes, Wood.

Subs: Peacock-Farrell, Dunne, Richardson, Brady, Rodriguez, Vydra, Thompson.

Chelsea: Mendy, James, Silva, Zouma, Chilwell, Kante, Pulisic, Havertz, Mount, Ziyech, Abraham.

Subs: Caballero, Rudiger, Jorginho, Werner, Giroud, Hudon-Odoi, Azpilicueta.

BACA:  Chelsea Terlalu Bergantung Kepada Penalti?