Larian bersahaja dan tenang Letsile Tebogo diperingkat saringan 200m yang memecahkan rekod kejohanan telah dibandingkan dengan larian Usain Bolt pada tahun 2002.
Rekod kejuaraan 19.99 (0.4m/s) 200m yang mengagumkan untuk Letsile Tebogo hanya beberapa jam selepas kejayaannya yang memecahkan rekod 100m B20 dunia menyerlahkan aksi pagi ketiga di Kejohanan Olahraga Dunia B20 Cali 22 pada hari Rabu.
Pelari pecut berusia 19 tahun dari Botswana itu meraih pingat perak 200m pada Kejohanan Dunia B-20 2021 di Nairobi dan tidak ramai yang akan bertaruh menentangnya dari memenangi pingat emas acara separuh pusingan balapan pada petang Khamis.
TURBO-GO STRIKES AGAIN 🌪️@LetsileTebogo2 🇧🇼 lays down another huge marker in the 200m heats by running 19.98 to break the championship record!#WorldAthleticsU20 pic.twitter.com/hSSp31AGlf
— World Athletics (@WorldAthletics) August 3, 2022
Bagi Letsile Tebogo keadaan cuaca yang akan menjadi penentu untuk membolehkan pelari melakukan yang terbaik.
“Semuanya sebahagian daripada rancangan, anda tidak pernah tahu bagaimana cuaca pada sebelah petang tetapi anda hanya melakukannya apabila ia mengizinkan,” kata Tebogo mengenai masa dialkukannya yang memecahkan rekod.
“Saya tidak berada di media sosial malam tadi, saya hanya pergi ke hotel dan tidur. Saya tidak meraikan – kami akan meraikan selepas kami selesai dengan setiap pertandingan kerana kami tidak mahu terganggu dengan semua ini.
Selain meraikan kemenangan emas dipadang, Tebogo tidak menyambung keraian selepas pulang kerana mahu fokus dan hanya akan membuat perayaan selepas selesai semua tugasan.
And there's more to come!
A scintillating championship 200m record for @LetsileTebogo2 🇧🇼 just hours after his world U20 record-breaking 100m victory highlighted the third morning of action at the #WorldAthleticsU20 👇
— World Athletics (@WorldAthletics) August 3, 2022
Letsile juga tidak mahu mendabik dada akan muncul juara kerana pelari lain juga hebat yang memungkinkannya memenangi emas atau juga perak.
“Apa-apa sahaja boleh dilakukan pada 200m apabila anda melihat masa. Saya tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh yang lain tetapi saya boleh memenangi emas, saya boleh pergi untuk perak – anda akan melihat yang terbaik daripada saya di final. ”
World Athletics melalui laman Youtube rasmi mereka telah membandingkan larian pecah rekod kejohanan Letsile Tebogo dengan larian yang dilakukan oleh idolanya Usain Bolt pada 2002.
Pada tahun 2002 Usain Bolt baru berusia 16 tahun mencatatkan masa larian 200m 20.61 saat berbanding Letsile Tebogo 19.99 saat.
Masih terlalu awal untuk Tebogo dibandingkan dengan Bolt dan sudah mendapat jolokan the next Bolt tetapi perkara ini tidak salah dan menjadi kebiasaan.
Usain Bolt telah terbukti sebagai pelari pecut terhandal dunia yang sudah berstatus legenda dan Letsile Tebogo baru diperingkat permulaan ke arah itu dan sudah membuktikan sesuatu pada tahapnya kini.
Azeem Pecah Rekod Kebangsaan Dalam Acara 200m
Jaguh pecut muda negara, Azeem Fahmi, pada hari ini sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 200 meter dalam Kejohanan Olahraga Dunia Bawah-20 Tahun di Cali, Colombia.
Pelari berusia 18 tahun itu telah mencatatkan 20.83 saat dalam perlumbaan peringkat saringan sekaligus memenangi perlumbaan mengatasi pelari Australia Aidan Murphy di tempat kedua dengan catatan masa 20.85s dan diikuti oleh pelari Jamaica, Bryan Levell yang merekodkan 20.85s.
Dengan ini, Azeem dengan sah telah memecahkan rekod 200m bawah-20 tahun negara, juga mengatasi catatan peribadi terbaiknya 20.89s saat sebelum ini.
Russel Alexander Nasir Taib masih lagi memegang rekod 200m kategori terbuka kebangsaan dengan catatan masa 20.77s, dalam perlumbaan yang diadakan di Queensland Track Classic di Brisbane, tiga tahun lalu.
Kejayaan memenangi saringan tersebut membolehkan Azeem Fahmi layak ke peringkat separuh akhir yang dilangsungkan empat jam kemudian.
Dalam pusingan separuh akhir, hujan yang turun telah mengganggu fokus larian pelari muda negara ini dan dia sekadar mampu mencatatkan masa 20.97s, dan berada di kedudukan keempat perlumbaan, sekaligus gagal melayakkannya untuk beraksi di pentas akhir.
Muhammad Azeem Fahmi terlepas peluang untuk mara ke final acara 200 meter pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Colombia.
Bintang pecut muda negara itu tamatkan aksi separuh akhirnya di tempat keempat dengan catatan 20.97 saat. pic.twitter.com/LgMSzKR3Oq
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) August 4, 2022
Pelari Bostwana yang sebelum ini mencatatkan rekod baru kejohanan dalam acara 100m, telah memecahkan rekod kejohanan dalam acara 200m pula apabila dia mencatatkan masa 19.98s pada peringkat saringan.
Dalam peringkat separuh akhir pula, Tebogo memenangi perlumbaan dengan catatan masa 20.23s, jauh meninggalkan pelari di tempat kedua, Anthony Smith dari Turkey yang merekodkan 20.83s.
Walaupun begitu, penyertaan Azeem Fahmi dalam kejohanan pada tahun ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat dirinya.
Sebelum ini, Azeem Fahmi telah mencipta rekod baru 100m kebangsaan dengan catatan masa 10.09s, mengatasi rekod yang dicipta oleh Khairul Hafiz Jantan, 10.18s.
Kejayaan yang dicapai Azeem ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana pelari pecut di Malaysia.