Bekas pemain pertahanan England Stuart Pearce mengkritik prestasi Marcus Rashford ketika Manchester United tewas 4-3 kepada Bayern Munich di dalam aksi UEFA Champions League pada awal pagi tadi.
Skuad kendalian Erik ten Hag menampilkan aksi serba tidak kena dalam perlawanan tersebut sehingga membenarkan pasukan tuan rumah memungut tiga mata dalam perlawanan yang menampilkan 7 jaringan itu.
Dan ketika perlawanan Pearce mensasarkan Rashford yang dianggapnya malas melakukan larian ketika pasukannya tidak memiliki pengiasaan bola.
Bercakap kepada talkSPORT Pearce berkata Rashford berlari seperti memikul peti ais di belakangnya ketika membantu pasukannya bertahan.
“United mengalami masalah kerana ramai pemainnya tidak menampilkan apa yang sepatutnya. Rashford berlari acah-acah ketika bertahan, Casemiro pun berlari acah-acah.
https://t.co/EiGKbj9bpc Marcus Rashford blasted for tracking back 'like he has a fridge on his back' by former England defender Stuart Pearce on talkSPORT during Man United's 4-3 defeat at Bayern Munich https://t.co/Q8TvPGoLf7
— Cloverson (@terrycloverson) September 20, 2023
“Saya tidak pasti apakah perkara yang Onana jerit ke arah Maguire ketika pra musim. Tetapi inilah masanya untuk menjerit sedemikian kepada barisan pertahanan. Bukan sahaja kepada pemain pertahanan tetapi kepada keseluruhan anggota pasukan.
“Terlampau ramai pemain [di Man Utd] tidak bermain bersunggu dan itu merisaukan. United sangat perlahan dan mereka sebenarnya bernasib baik Bayern tidak lebih klinikal.”
Dalam perlawanan di Allianz Arena pada awal pagi tadi United ketinggalan 2-0 pada babak pertama apabila Leroy Sane dan Serge Gnabry memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah.
Bayern terus memanfaatkan kelompongan atas prestasi Setan Merah dengan dua lagi jaringan melalui Harry Kane dan Mathus Tel pada lewat permainan.
United turut berjaya menjaringkan gol melalui Rasmus Hojlund dan dua jaringan Casemiro tetapi ia tidak mencukupi untuk mereka membawa sebarang mata dari Munich.
Onana blamed himself for United's loss 💔 pic.twitter.com/IeLaKheYDL
— ESPN FC (@ESPNFC) September 20, 2023
“[Pertahanan] terlampau terdedah dan ia kerap berlaku. Jaringan mereka untuk menjadikan kedudukan 3-2 hanya memberi harapan palsu. Mereka dibolosi empat kali dan selayaknya kah,” tambah Pearce.
“Ia mungkin kedengaran mengarut tetapi kedudukan tersebut (3-2) membuatkan mereka rasa tersanjung. Paling merisaukan saya United seperti berhenti bermain selama 15 minit pada kedudukan tersebut.”
Ia malam yang sunyi buat Rashford yang gagal menghadirkan ancaman kepada bahagian pertahanan Bayern Munich sepanjang perlawanan.
Di sebalik kritikan oleh Pearce terhadap Rashford, pundit lebih cenderung menuding jari kepada penjaga gol Andre Onana atas kekalahan itu.
Penjaga gol yang didatangkan dari Inter Milan pada musim panas lalu itu ditewaskan oleh Leroy Sane melalui percubaan jarak jauh yang ditampan sendiri oleh Onana ke gawang yang dikawalnya.