Latihan Keras Ighalo Membuahkan Hasil

Latihan keras Odion Ighalo ketika cuti winter break selepas tiba di Old Trafford tampak membuahkan hasil apabila pemain Nigeria itu menjaringkan gol kedua Manchester United ketika menentang derby County.

Ighalo telah dirakam sedang menjalani latihan secara peribadi sementara menanti perlawanan premier League bersambung.

Sejurus selepas rakaman video Ighalo dimuat naik ke laman Twitter menjelang kem latihan cuaca suam-suam kuku harapan mula tampak dari peminat Manchester United.

Mereka berharap Ighalo akan berjaya dalam tempoh pinjamannya dapat dapat menghasilkan sesuatu melihat kesenduan jentera serangan Setan Merah.

Dalam video itu, Ighalo dilihat sedang menjalani latihan untuk mengekalkan pengusaan bola untuk terus kekal di kaki tanpa dirampas lawan.

Aksi Ighalo dalam latihan itu nyata berjaya menahan bola daripada dirampas.

Mereka gembira kini mempunyai penyerang yang mampu menahan bola(hold the ball) dan perkara ini tiada pada Anthony Martial yang berwajah tanpa perasaan itu.

Kata-kata positif terus dihambur kepada pemain penyerang itu kerana memberi mereka harapan ketika ketiadaan Marcus Rashford.

Ternyata daripada latihan itu diterjemah Ighalo dalam perlawanan menentang Derby County. Ketika berlatih satu lawan satu.

Ighalo menerima bola dan dikepung tiga pemain Derby dan berjaya hold bola daripada dirampas dengan sewenang-wenangnya.

Dengan kekuatan fizikal yang berkuasa tinggi Ighalo sempat melepaskan rembatan untuk menghasilkan jaringan.

Satu gol nyata tidak cukup buat Ighalo yang menjaringkan gol kedua peribadi dan gol ketiga perlawanan.

Hantaran Juan Mata disusuli rembatan kencang daripada Ighalo namun penjaga gol Derby County, Roos berjaya menghadang.

Bola kembali kepada Ighalo dan satu rembatan penuh kegeraman dilepaskan untuk gol ketiga.

Pemain Nigeria itu akan memakai jersi bernombor 25, nombor yang pernah dipakai oleh bekas ketua pasukan Setan Merah, Antonio Valencia.

Ighalo memulakan karier profesional di Nigeria bersama kelab Prime dan Julius Berger sebelum bersama Lyn di Norway pada 2007.

Setahun kemudian Ighalo menyertai Udinese kemudian bersama Cesena dan Watford di Premier League.

Di Vicarage Road, Ighalo telah menjaringkan 40 gol dalam 100 penampilan dalam semua kejohanan.

Pada 2017, Ighalo menyertai kelab China Changchun Yatai dan menyertai Shanghai Shenua pada 2019.

Ighalo menjaringkan 131 gol dalam 322 sepanjang karirnya di kelab. Bersama Nigeria pula Ighalo telah mempunyai 35 cap dengan16 gol.

BACA:Β  Lihat Reaksi Ole Melihat Jaringan Cantik Dari Ighalo