Legenda Arsenal yang kini menjadi pandit sepak bola, Paul Merson, meremehkan Manchester United dengan menyebut bekas kelabnya akan menjadikan United sebagai lauk atau santapan mereka di Emirates.
Merson yakin Arsenal akan menang mudah ke atas Manchester United menjelang aksi ke-14 EPL musim 2024/25 kedua dua pasukan.
Ketika ini Arsenal duduk di tempat kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris dengan koleksi 25 mata dari 13 perlawanan. Manakala Setan Merah berada di tangga kesembilan sambil dengan 19 mata selepas 13 perlawanan.
Arsenal hadir ke perlawanan ini dengan keyakinan tinggi kerana mereka sentiasa menang dengan cemerlang dalam tiga penampilan terakhir dalam semua perlawanan berturut-turut.
The Gunners menang 3-0 ke atas Nottingham Forest dalam Liga Inggeris, menewaskan Sporting CP 5-1 di tempat sendiri dalam Liga Juara-Juara Eropah, dan membelasah West Ham United 5-2 dalam Liga Perdana Inggeris.
Namun mereka akan menjamu Man United. Yang kini telah berubah ke arah kebaikan di bawah Ruben Amorim yang meneruskan rentak kemenangan daripada interim Ruud Van Nistelrooy. The Red Devils tidak pernah kalah sejak tewas kepada West Ham United pada 27 Oktober lalu.
Man United meraih 5 kemenangan dan 2 seri daripada 7 perlawanan dalam semua pertandingan.
Dalam perlawanan terakhir, Man United menang dengan empat gol tanpa balas ke atas Everton pada aksi ke-13 Liga Perdana Inggeris.
Pun begitu, Paul Merson percaya permainan Man United masih belum meyakinkan dan akan menjadi santapan enak Arsenal.
Legenda berusia 56 tahun itu turut meramalkan Arsenal akan menang mudah ke atas pasukan Ruben Amorim dalam perlawanan ini.
“Saya tidak nampak apa-apa selain Arsenal menang di sini. Ini akan berasa ia adalah kemeenangan selesa dan mudah,” kata Merson sambil menahan ketawa.
“Saya juga akan memberikan Arsenal tiga atau empat gol dalam perlawanan ini. Mereka akan memusnahkan Manchester United. Saya agak pasti,” tambah beliau lagi.
Paul Merson has now made his prediction for the Premier League showdown between Arsenal and Man United. 🔮👀
Ruben Amorim faces his biggest test to date as United manager.https://t.co/aukdFWqLhq
— United In Focus (@UnitedInFocus) December 3, 2024
“Kita [Arsenal] tidak boleh terpengaruh dengan kemenangan Manchester United menentang Everton. Saya melihat mereka menentang Bodo dan mereka tidak bagus.
“Ipswich juga adalah pasukan yang lebih baik apabila mereka bertemu dalam perlawanan pertama Ruben Amorim yang mengendalikan aksi itu.
“Memandangkan betapa baiknya Arsenal bermain ketika ini, saya akan terkejut jika mereka tidak menang dengan tiga atau empat gol di Emirates.”
“Ini akan menjadi perlawanan yang mudah,” tambah legenda sejati Meriam itu.