Dwight Yorke mendakwa yang Aston Villa tidak mahu menjawab panggilan beliau yang mahu bertanya tentang jawatan kosong sebagai pengurus kelab.
Villa kekal tidak menjawab panggilan Yorke sehingga mereka mengesahkan yang Steven Gerrard sudah secara rasminya dilantik sebagai pengurus kelab yang baharu.
Villa mengesahkan pelantikan Steven Gerrard sebagai pengurus baharu selepas mereka memecat Dean Smith awal bulan lalu.
Dwight Yorke, who has never managed a football club before, was disappointed not to get a response after he applied for the Aston Villa job https://t.co/yqXNW8D7hb
— FootballJOE (@FootballJOE) November 12, 2021
Legenda Liverpool itu telah meninggalkan Rangers demi untuk menandatangani perjanjian bersama Aston Villa, dengan beliau bersetuju untuk terima kontrak selama tiga tahun setengah.
Gerrard berjaya mengetepikan beberapa calon lain yang mahu mengisi kekosongan tersebut, dan antaranya adalah legenda Villa sendiri, Yorke yang turut meminta kelab untuk menggalas tugas sebagai pengurus di Villa Park.
Walau bagaimanapun, legenda berusia 50 tahun itu mendedahkan yang beliau sama sekali tidak dapat menghubungi dan tidak menerima jawapan balas dari co-owner, Wes Edens berkait hal tersebut.
Yorke yang tidak memiliki pengalaman sebagai pengurus professional mendedahkan kepada Sky Sports bahawa:
Dwight Yorke admits ambitious Aston Villa call was ignored before Steven Gerrard hire https://t.co/7tpRaF06Fh pic.twitter.com/LGk7kOzKx0
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 12, 2021
“Saya perlu katakan pada kali ini, walaupun saya ada hubungan yang sangat baik dengan Wes, saya masih tak dapat jawapan balas dari dia.”
“Jadi walaupun dengan rangkaian yang saya ada, mereka sepatutnya balas, ‘Sebenarnya ia tak boleh, kerana kami sudah ada pilihan lain, mungkin ketika ada kekosongan kita akan berhubung semula.”
“Saya cuma mahu diberitahu, tapi itu pun saya tak dapat. Saya perlu realistik, saya perlu realistik dengan diri saya sendiri, memahami cabaran yang saya hadapi sebagai diri saya sendiri.”
“Ia bukan semudah itu, sama seperti orang lain dan itulah kenyataannya.”
“Saya perlu mulakan langkah, cari tempat lain dan cuba pengalaman menjadi pengurus di tempat lain.”
Is Dwight for real?! #AVFC https://t.co/rWrkBHUQZJ
— CaughtOffside (@caughtoffside) November 13, 2021
Yorke jelas sekali sangat kecewa dengan cara bagaimana kelab melayan permintaan beliau memandangkan kepada hubungan baik beliau dengan kelab.
Beliau menghabiskan masa hampir sedekad bersama Villa dengan menjaringkan 98 gol sebelum menandatangani perjanjian bersama Manchester United.
Sayang sekali untuk Yorke, beliau hanya mampu melihat Gerrard mengendalikan bekas kelabnya pada musim ini, sementara beliau sendiri diabaikan.
Bekas ketua pasukan kebangsaan England, Gerrard sendiri sangat teruja dengan kesempatan yang beliau miliki untuk mengendalikan Aston Villa, dan sudah tidak sabar untuk menguruskan perlawanan pertamanya.
“Aston Villa merupakan sebuah kelab yang kaya dengan sejarah, dan tradisi bola sepak Inggeris, dan saya sangat berbangga kerana dapat menjadi ketua jurulatih kelab ini.”
Dwight Yorke has revealed that he contacted the board of directors at Aston Villa for the managerial job, but received no response 😂
(@SkySportsNews) pic.twitter.com/tQv8DtgcRH
— MansionBet (@MansionBet) November 12, 2021
“Dalam perbualan saya bersama Nassef, Wes dan lembaga pengarah yang lain, ia sangat jelas tentang bagaimana hebatnya perancangan mereka untuk kelab dan saya sudah tidak sabar mahu membantu mereka mencapai sasaran yang sudah ditetapkan.”
“Saya benar-benar mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang berkaitan dengan Rangers kerana memberi saya kesempatan untuk menguruskan kelab bola sepak yang hebat itu.”
“Membantu mereka untuk mencipta rekod dengan menjuarai gelaran liga ke-55 akan sentiasa segar dalam ingatan saya. Saya doakan yang terbaik untuk semua pemain, staff dan penyokong.”
Steven Gerrard dilantik sebagai pengurus Aston Villa
Dwight yorke saying he has applied for Villa job 3 x and never got a response? here he is saying he got a response previously. , just not what he wanted. https://t.co/atz8MoprHC
— keith (@retsub12) November 12, 2021
Aston Villa telah mengesahkan pelantikan Steven Gerrard sebagai pengurus kelab yang baharu selepas mereka memecat Dean Smith minggu lalu.
Gerrard meninggalkan Juara bertahan saingan Scottish Premiership, Rangers untuk menyertai Aston Villa, seterusnya memulakan karier barunya sebagai pengurus di England.
Beliau telah menandatangani kontrak perjanjian selama tiga tahun setengah untuk mengendalikan Aston Villa yang merupakan kelab Inggeris pertama akan beliau kendalikan.
Aston Villa Football Club is delighted to announce the appointment of Steven Gerrard as our new Head Coach. 🟣
— Aston Villa (@AVFCOfficial) November 11, 2021
Aston Villa juga dilaporkan sudah membayar pampasan bernilai £3 juta ke £4 juta kepada Rangers untuk mereka mendapatkan khidmat Gerrard bersama pembantunya, Gary McAllister.
Ini bukanlah kali pertama untuk Gary McAllister melatih Aston Villa, dengan beliau juga merupakan pembantu jurulatih kelab ketika era kendalian Gerard Houllier pada musim 2010/11.
Legenda Liverpool yang kini berusia 46 tahun itu mula mengurus Rangers pada tahun 2018, dan berjaya membantu gergasi Scotland itu untuk memenangi gelaran liga musim lalu.
Beliau berjaya menghentikan dominasi Celtic dari memenangi gelaran liga ke-10 berturut-turut, seterusnya membantu Ranger memenangi gelaran liga ke-55 mereka dengan rekod cemerlang tanpa kalah sepanjang musim.
OFFICIAL: Steven Gerrard is confirmed as Aston Villa’s new coach ✍️ pic.twitter.com/n8cBPeP3Xl
— B/R Football (@brfootball) November 11, 2021
Kehebatan beliau menjadi pengurus di Scotland memperlihatkan Gerrard berjaya memenangi anugerah SFWA Manager of the Year, PFA Scotland Manager of the Year dan SPFL Manager of the Year.
Aston Villa akan menjadi kelab kedua yang dikendalikan oleh Steven Gerrard selepas beliau mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak pada tahun 2016 yang lalu.
Bekas ketua pasukan England itu akan mengambil alih tugas Smith yang dipecat oleh Aston Villa selepas kekalahan 1-0 mereka di tangan Southampton minggu lalu.
Sumber: SPORTbible