Lewandowski Sanggup Terima Gaji Lebih Rendah Demi Untuk Sertai Barcelona

Robert Lewandowski sebenarnya sanggup menerima gaji yang lebih rendah dalam usahanya mahu menyertai Barcelona dari Bayern Munich pada jendela perpindahan musim panas ini.

Barcelona telah mengumumkan secara rasmi yang Lewandowski dan Bayern Munich sendiri sudah capai kata sepakat berkait perpindahan bintang Poland itu ke Nou Camp.

Lewandowski dilaporkan sudah sah akan menyertai Barcelona, secara tak langsung mengakhiri karier lapan tahun pemain penyerang itu bersama Bayern Munich.

Barcelona dilaporkan sanggup membayar £42.5 juta kepada Bayern Munich dalam usahanya untuk mendapatkan pemain penyerang itu.

Pemain berusia 33 tahun itu memiliki baki kontrak selama satu tahun bersama kelab, namun beliau jelas sekali sudah tidak berminat untuk kekal bersama kelab.

Beliau sangat berminat mahu meninggalkan kelab dan Barcelona merupakan satu-satunya kelab yang mahu beliau sertai.

Dek kerana itulah beliau nekad memberitahu pihak kelab tentang hasratnya itu untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Beliau bahkan turut sanggup menerima tawaran gaji yang lebih rendah asal saja rundingan perpindahan beliau mampu ditamatkan pada musim panas ini.

Ketika kariernya bersama Bayern, beliau menerima pendapatan bernilai £200,000 seminggu, seterusnya menjadikan beliau sebagai penerima gaji tertinggi dalam saingan Bundesliga.

Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, AS pemain kebangsaan Poland itu menerima £150,000 seminggu bersama Barcelona.

Ia bermaksud yang Lewandowski sebenarnya sanggup menerima pengurangan gaji sehingga 25 peratus dari gaji asalnya hanya kerana beliau mahu menyertai Barcelona.

Lewandowski sebenarnya memang tiada masalah untuk terima pengurangan gaji kerana beliau sudah tiada hati untuk kekal bersama Bayern Munich.

Ketika sesi latihan bersama gergasi Bundesliga itu, Lewandowski dilaporkan telah menunjukkan reaksi yang langsung tidak gembira.

Beliau kini dilaporkan turut sama menyertai skuad Barcelona untuk sesi jelajah pra-musim mereka dengan Xavi dilaporkan telah menyingkirkan lima pemain dari turut sama menyertai mereka.

Xavi singkirkan lima pemain dari sertai skuad utama Barcelona

Xavi telah mengetepikan lima pemain dari skuad utama untuk turut serta dalam aksi pra-musim mereka pada musim panas ini dan kesemua lima pemain tersebut berpotensi untuk dijual.

Lima pemain tersebut merupakan penjaga gol, Neto, pemain penyerang, Martin Braithwaite, pemain midfield, Riqui Puig dan pemain pertahanan Samuel Umtiti dan Oscar Mingueza.

Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, Sport, Xavi pada ketika ini sedang memaksa pemain seperti Neto, Umtiti dan Braithwaite untuk pergi meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Mundo Deportivo melaporkan, yang Mingueza dan Puig yang kedua-duanya merupakan produk akademi Barcelona juga akan turut bakal meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.

Walau bagaimanapun, terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa Puig berpotensi untuk menandatangani kontrak baru, namun Barca kini mengutamakan untuk menjualnya terlebih dahulu.

Setakat musim panas ini, Barcelona dilaporkan sudah melepaskan pemain pertahanan mereka, Clement Lenglet yang telah dipinjamkan kepada Tottenham Hotspur.

Dani Alves turut sudah meninggalkan kelab pada penghujung musim lalu selepas kontraknya tamat.

Adama Traore dan Luuk de Jong kedua-dua mereka turut sudah meninggalkan kelab dan kembali menyertai kelab mereka pada musim panas ini.

Barcelona juga dikatakan sedang dalam usaha mereka untuk melengkapkan penandatanganan pemain bebas ejen seperti Andreas Christensen dan Frank Kessie.

Pada awal minggu baru-baru ini, Barcelona turut mengumumkan pembelian bintang Brazil, Raphinha dengan yuran perpindahan bernilai £55 juta.

Kesemua tiga pembelian itu turut serta bersama skuad Barca untuk ke aksi jelajah pra-musim termasuk Frenkie de Jong.

Sumber: SPORTbibble

BACA:  Bintang Muda Barca, Gavi Mencuri Tumpuan Peminat Ketika Beraksi Bertemu Girona