Lihat Aksi Conor Gallagher Jaringkan Gol Yang Sungguh Dasyat Bertemu Everton

Crystal Palace berjaya mencatatkan kemenangan penting menewaskan Everton dalam aksi saingan Premier League awal pagi tadi.

Selepas berdepan dengan tiga kekalahan secara berturut-turut bertemu Aston Villa, Leeds United dan Manchester United, skuad kendalian Patrick Vieira itu akhirnya berjaya juga mencatat kemenangan dalam saingan liga.

Kejayaan mereka mendapatkan tiga mata penuh di Selhurst Park merupakan satu hal yang sangat positif untuk membina semula keyakinan para pemain Crystal Palace.

Apa yang lebih menarik lagi, selain mencatatkan kemenangan penting, para peminat turut disajikan dengan aksi hebat serta gol yang sungguh luar biasa menakjubkan dari Conor Gallagher.

Bintang muda England itu terus menerus menjadi pemain paling berprestasi pada ketika ini dan turut dianggap sebagai penandatanganan paling berjaya pada musim ini.

Crystal Palace 3-1 Everton

Pemain yang dipinjam dari Chelsea itu memulakan kariernya bersama Crystal Palace dengan sungguh dasyat dengan beliau sekali lagi menjadi nadi kelab dalam mengutip tiga mata penuh.

Conor Gallagher berjaya menjaringkan gol yang sungguh dasyat dalam perlawanan ini, sebelum James Tomkins menggandakan kedudukan pada aksi babak kedua permainan.

Beberapa minit selepas mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0, pasukan pelawat kemudiannya berjaya memperoleh gol pertama mereka dalam perlawanan ini menerusi Salomon Rondon.

Skuad kendalian Patrick Vieira itu bernasib baik kerana Everton tidak sempat untuk melakukan comeback, sebaliknya mereka yang berjaya menambah jaringan.

Ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan, Conor Gallagher berjaya menjaringkan gol screamer yang sungguh luar biasa mengagumkan untuk bantu Palace catat kemenangan selesa 3-1 menewaskan Everton.

Gol screamer Gallagher bertemu Everton

Dengan pemain Everton terlalu mudah hilang penguasaan bola di kawasan mereka sendiri, Gallagher hanya memerlukan satu sentuhan sahaja untuk melepaskan rembatan yang super padu menerjah jaring gawang gol The Toffees.

Ia jelas sekali satu jaringan yang sungguh padu dan tidak keterlaluan juga untuk menganggap gol jaringan Gallagher merupakan gol tercantik setakat musim ini.

Pemain muda England itu mengingatkan kepada dunia tentang mengapa beliau dianggap sebagai bintang harapan dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Kualiti penyudah yang sungguh dasyat dengan bola rembatan Gallagher bukan hanya luar biasa padu, bahkan ia juga tepat menemui sasarannya.

Gabungan antara kekuatan dan kelencongan bola yang sungguh menakjubkan dan tidak keterlaluan untuk menganggap gol itu bakal dicalonkan sebagai gol tercantik sepanjang musim ini.

Nampak? Punya cantik punya kemas gol tu, memang layak untuk dinobatkan sebagai antara gol tercantik sepanjang musim ini.

Calon Premier League Goal of the Season

Tidak dinafikan lagi gol jaringan dari Conor Gallagher sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai gol terhebat sepanjang musim ini.

Cara beliau melakukan build up dan melepaskan rembatan untuk menewaskan Jordan Pickford itu sebenarnya sangat sempurna dan layak untuk dipuji.

Walaupun bola itu tak betul-betul pergi ke sudut gawang gol, namun kepaduan bola menerjah jaring gawang gol Everton itu harus diakui.

Cara bola itu masuk ke dalam jaring gawang gol Pickford sebenarnya sangat menarik untuk disaksikan dan kerana itulah gol ini dianggap istimewa.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan gol itu boleh menewaskan gol indah jaringan Mohamed Salah ketika bertemu Manchester City dan Watford agak sedikit sukar.

Namun satu hal yang pasti, gol itu layak untuk dianggap antara calon gol terhebat dalam saingan Premier League musim ini.

BACA:  Conor Callagher Dianggap Penandatanganan Terhebat Dalam Saingan EPL Musim Ini