Lihat Aksi Zaha Mengambil Sepakan Penalti Paling Teruk Dalam Sejarah Bola Sepak Inggeris

Pemain penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha berjaya menjaringkan gol dari jarak jauh yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi bertemu Norwich City.

Walau bagaimanapun, beliau dalam perlawanan sama turut mencipta sensasi internet selepas mengambil sepakan penalti paling teruk dalam sejarah dunia bola sepak Inggeris.

Norwich City terlebih dahulu membuka tirai jaringan dari aksi perlawanan yang dilangsungkan di Carrow Road itu dan ia dianggap antara gol terpantas musim ini dalam saingan Premier League.

Teemu Pukki menyempurnakan bola umpanan dari Adam Idah untuk meletakkan Norwich di hadapan pada 40 saat pertama dalam perlawanan tersebut.

Crystal Palace perlu menunggu sehingga tiga puluh minit perlawanan berlangsung untuk mereka berjaya menyamakan kedudukan.

Zaha cut inside dari sudut sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan padu untuk menewaskan penjaga gol Norwich, Angus Gunn.

Ia merupakan sumbangan yang sungguh menakjubkan dari Zaha yang baru sahaja kembali sertai skuad Palace dengan beliau tidak pernah diturunkan sejak Boxing Day lagi.

Beliau terpaksa diketepikan dalam tempoh yang panjang kerana menjalani tempoh hukuman penggantungan dan turut berada di Cameroon untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Ivory Coast.

Beliau berkesempatan untuk meletakkan skuadnya di hadapan beberapa minit sahaja selepas beliau menjaringkan gol yang sungguh cantik itu.

Crystal Palace dihadiahkan sepakan penalti selepas Tyrick Mitchell dikasari di dalam kotak penalti dengan Zaha tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Walau bagaimanapun, bekas bintang Manchester United itu telah mengambil sepakan penalti paling teruk dalam sejarah dunia bola sepak Inggeris, dengan penyokong Palace sendiri seakan-akan tidak percaya melihatnya.

Beliau sekadar melepaskan rembatan lemah yang tersasar jauh dari gawang gol, dan mungkin penjaga gol Norwich sendiri ketawa melihat arah bola itu pergi.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1 dengan Crystal Palace kekal di kedudukan ke-13 dalam carta saingan Premier League musim ini.

Norwich sementara itu kekal di kedudukan ke-18, dengan The Canaries itu hanya memerlukan satu mata sahaja untuk keluar dari zon penyingkiran.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Zaha cuba untuk menjelaskan tentang kedunguan beliau mengambil seoaka penalti dengan beliau menyatakan bahawa:

“Saya rasa kaki kiri saya pergi dan saya rasa saya dah rosakkan keadaan.”

Jelasnya kepada BBC Sport.

“Saya terkejut. Itulah bola sepak. Saya masih teruja dengan gol itu kemudian saya sia-siakan penalti.”

“Saya tak ada masa untuk kesiankan diri sendiri. Itu adalah penalti pertama saya gagal. Saya yakin untuk ambil lagi dan akan penalti lepas ni saya akan sempurnakan.”

“Saya rasa itulah sepakan penalti paling teruk yang pernah saya lihat seumur hidup saya, dan sy lebih terkejut tengok reaksi dia lepas gagal tu macam tak ada apa-apa.”

“Lepas jaringkan gol yang cantik dia sajikan itu kepada penyokong. Terlalu teruk dan dia patut dihukum atas kesalahan tu.”

“Memalukan, apa yang ada dalam fikiran dia? Teruk betul-betul mengecewakan. Saya tak pernah tengok penalti yang lebih teruk dari ini.”

“Bukan hanya dia jadi punca kita hilang tiga mata, tapi dia juga hasilkan sepakan penalti yang memalukan kita semua.”

“Nama dia akan dikenang untuk tempoh beberapa dekad lagi sebagai pemain yang mengambil sepakan penalti paling teruk.”

Pengurus Crystal Palace, Patrick Vieira menggesa Zaha supaya menunjukkan konsistensi dalam permainan beliau ketika bercakap dalam temu bual lepas tamat perlawanan.

“Saya rasa dengan potensi dia, dia boleh buat lebih baik.”

Jelas Vieira.

“Saya benar-benar menekan dia kerana kemampuan dia, dalam penguasaan bola atau ketika tiada bola. Saya rasa dia jenis pemain yang boleh beri sesuatu cuma dia perlu lebih konsisten.”

“Dia pemain yang penting untuk pasukan dan skuad. Jelas sekali kami pasukan yang lebih kuat kalau dia ada di atas padang dan kita juga berada di tahap yang kita semua tahu dia boleh lakukan.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Wilfried Zaha Umum Keputusan Untuk Tinggalkan Crystal Palace