Zaha Jelaskan Tuduhan Beliau Meniduri Anak David Moyes

Wilfried Zaha telah menjelaskan tentang rumours yang tersebar mengatakan bahawa beliau pernah tidur bersama anak kepada David Moyes ketika kariernya bersama Manchester United.

Kembali kepada Oktober 2013, yang mana pada ketika itu merupakan musim pertama Zaha di Old Trafford, terdapat rumours yang menyatakan bahawa beliau telah tidur dengan anak gadis David Moyes, Lauren.

Terdapat laporan yang turut menyatakan bahawa kejadian itu menyebabkan beliau tidak dapat untuk beraksi bersama skuad utama United pada ketika itu.

Zaha dengan tegas menafikan tuduhan itu dan memuat naik status di laman Twitter miliknya untuk menjelaskan tentang tuduhan tidak berasas itu.

Pemain berusia 27 tahun itu cuma membuat beberapa penampilan sahaja untuk setan merah sebelum meninggalkan Old Trafford pada tahun 2015.

Kini beliau sekali lagi bercakap tentang berita itu dalam satu sesi temu bual dalam channel Youtube milik Rio Ferdinand.

Zaha menjelaskan bahawa beliau sendiri sama sekali tidak pernah berjumpa dengan anak gadis kepada David Moyes.

Beliau turut mendakwa bahawa kelab tidak pernah membantunya ketika dirinya dituduh begitu dan beliau sangat kecewa dengan apa yang berlaku pada ketika itu.

“Tiada sesiapa pon dari kelab yang memberitahu saya apa-apa, saya tidak tahu sama sekali apa yang perlu saya lakukan dan sebagainya.”

“Saya masih ingat ketika itu saya memuat naik status di twitter menyatakan ‘silly rumours’ kerana saya rasa ianya sudah keterlaluan. Jadi saya perlu bercakap sesuatu untuk diri saya sendiri dan saya masih ingat bahagian media kelab menghubungi saya dan menyatakan saya tidak perlu melakukan semua itu.”

“Saya tidak rasa mereka perlu mengatakan itu kepada saya selepas saya membela diri sendiri. Saya fikir mereka tidak pernah membantu saya.”

“Saya disini untuk diri saya sendiri, menderita kerana orang memberitahu saya bahawa saya meniduri anak gadis kepada pengurus pasukan dan kerana itu saya tidak dapat beraksi bersama pasukan.”

“Apa yang lawak ialah, ia berpanjangan dalam tempoh yang begitu lama, apa yang saya fikir kenapa pengurus tidak datang bertemu saya dan bercakap perkara ini dengan saya.”

“Itulah apa yang saya rasa dan saya fikir hal ini sangat mengarut dan tidak masuk akal. Sehingga ke hari ini saya masih jumpa lagi dengan orang-orang yang percaya dengan perkara itu. Hakikatnya saya sendiri tidak pernah jumpa anak gadis dia.”

Zaha turut menjelaskan bertapa sukarnya beliau untuk berhadapan dengan situasi itu.

“Ia sangat memeningkan. Saya berusia 19 tahun dan tinggal di Manchester. Seterusnya dengan tiba-tiba sekembalinya kami dari perjalanan jauh saya terus tidak dapat beraksi dengan tanpa sebab. Jadi jelaslah orang sengaja membuat cerita dengan kejadian itu.”

“Saya di Manchester yang mana saya bersendirian disini dan saya tidak dapat bermain untuk pasukan, jadi ia sangat memberi tekanan kepada saya apabila keluar berita sebegitu.”

“Orang bercakap tentang hal itu, saya melihat ia tular di twitter, orang bercakap tentang bagaimana saya masih boleh beraksi ketika perlawanan away sebelum itu dan berpelakuan seperti tiada apa yang terjadi. Tiada sesiapa yang memberitahu kami ketika itu.”

“Saya letih dan meluat dengan tuduhan tidak berasas itu yang menyatakan saya meniduri anak gadis pengurus pasukan sendiri sedangkan saya tidak pernah bertemu dengannya.”

“Kejadian itu menjadi tular dan saya baru berusia 19 tahun dan terpaksa berhadapan dengan situasi seperti itu. Saya tidak pernah alaminya dan twitter saya diserang bertubi-tubi tetapi tiada sesiapa yang mahu bercakap bagi pihak saya.”

BACA:  Wilfried Zaha Umum Keputusan Untuk Tinggalkan Crystal Palace