Chelsea telah menghumban Liverpool keluar dari pertandingan Piala FA selepas mereka berjaya menewaskan pasukan The Reds itu dengan jaringan 2-0 awal pagi tadi.
Apa yang paling mencuri tumpuan dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA awal pagi tadi adalah aksi dari pemain muda Chelsea, Billy Gilmour.
Billy Gilmour diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan Chelsea dan telah mempamerkan aksi sangat cemerlang dalam perlawanan ini. Pemain muda dari Scotland itu antara tunjang utama dalam Kemenangan The Blues menewaskan The Reds di Stamford bridge.
Billy Gilmour's game by numbers vs. Liverpool:
77% pass accuracy
62 touches
37 passes completed
5 tackles
2 take-ons
2 aerial duels
2 clearances
1 chance createdJust 18-years-old. 💎 pic.twitter.com/wmop3R202o
— Squawka Football (@Squawka) March 3, 2020
Pasukan Liverpool membuat tujuh perubahan dalam barisan pemain utama mereka yang telah tewas 3-0 kepada Watford minggu lalu.
Pengurus Liverpool terpegun melihat aksi hebat yang dipamerkan oleh Gilmour yang berjaya mengawal bahagian tengah Chelsea dengan begitu baik sekali.
Gilmour sudah tidak asing lagi bagi peminat pasukan Chelsea yang sudah menonton aksinya sejak peringkat remaja lagi. Frank Lampard pastinya merasakan sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada pemuda Scotland itu dan beliau memanfaatkan peluang yang diberi dengan cukup baik.
Willian dan Ross Barkley berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan ini. Gol pertama jaringan William adalah berpunca dari kesilapan pertahanan dan penjaga gol Liverpool sendiri.
Great team performance and proud to receive the man of the match award tonight. On to the quarters 💪🏼💙 pic.twitter.com/RnVYDXWUGO
— Billy Gilmour (@billygilmourrr) March 3, 2020
Barkley berjaya menjaringkan gol kedua untuk pasukan Chelsea yang dimulakan dengan larian pantas dari tengah padang dan disudahi dengan rambatan cukup padu menerjah gawang Liverpool.
Chelsea sememangnya layak memenangi perlawanan ini kerana mereka bermain dengan baik. Mereka tidak berhenti mengasak gawang Adrian dengan cubaan demi cubaan yang berbahaya.
Namun disebalik aksi hebat yang dipamerkan pemain Chelsea, Gilmour kelihatan begitu menonjol kerana sangat berjaya menjalankan tugas sebagai pemain tengah untuk Chelsea.
Pemain berusia 18 tahun itu beraksi lebih baik daripada pemain lain,berjaya melakukan dua takle, memenangi kesemua perebutan bola di kawasan tengah, mencipta peluang dan berjaya melakukan satu interception.
Billy Gilmour’s nutmeg on Fabinho😂pic.twitter.com/eWBXZlWmvj
— Brezzaddict🍼 (@waxzyy_) March 3, 2020
Alan Shearer menggambarkan pemain itu sebagai “magnificent” di studio BBC ketika tamat perlawanan. Ian Wright juga beranggapan bahawa pemain muda itu berhak untuk mendapat semua pujian, sementara Gary Lineker memuji prestasi Gilmour sangat menakjubkan.
Antara aksi paling menarik yang dipamerkan oleh pemain muda ini adalah apabila beliau berjaya Nutmeg Fabinho. Hari yang kurang baik untuk Pemain Brazil itu setelah melakukan kesilapan untuk jaringan pertama Chelsea beliau kena nutmeg pula dengan pemain muda Chelsea.
Lihat rakaman bagaimana pemain muda itu nutmeg Fabinho dengan penuh bermutu bergaya dan mempunyai keunggulan.
Billy Gilmour enters the chat
Fabinho leaves the chat pic.twitter.com/D8Geoqrche— Liam (@_CFCLiam) March 3, 2020
Peminat Chelsea tidak putus-putus memberi pujian kepada aksi hebat yang ditunjukkan oleh pemain muda ini dan menganggap Gilmour adalah G.O.A.T dalam pasukan Chelsea.
Jorginho digantung untuk dua perlawanan liga yang akan datang, jadi ini mungkin kesempatan untuk Lampard memberi peluang kepada yang Gilmour untuk terus pamer bakatnya.