Lima Fakta Menarik Tentang Kekalahan Belanda Di Pusingan 16 Terbaik

Czech Republic berjaya mengejutkan peminat seluruh dunia selepas mereka tenang menyingkirkan calon Juara, Netherlands di pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020.

Tiada siapa menduga Czech mampu menewaskan pasukan pilihan utama kejohanan dengan keputusan 2-0 untuk mara ke peringkat suku akhir.

Belanda dianggap sebagai pasukan pilihan selepas melihat aksi yang mereka pamerkan di peringkat kumpulan sebelum ini.

Netherlands merupakan antara pasukan terawal yang berjaya melayakan diri ke pusingan kalah mati selepas mencatatkan tiga kemenangan dari tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Mereka bahkan turut berjaya menjaringkan lapan gol dari kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan dan hanya bolos dua sahaja ketika bertemu Ukraine.

Sementara Czech Republic pula hanya berjaya mara ke pusingan kalah mati sebagai pasukan yang berada di kedudukan ketiga di peringkat kumpulan.

Skuad kendalian Jaroslav Silhavy itu hanya menjaringkan tiga gol dan bolos dua ketika aksi peringkat kumpulan sebelum ini, dengan mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Jadi mengikut segala statistik di peringkat kumpulan, Netherlands jelas merupakan pasukan pilihan, dan tidak disangka Czech mampu menyingkirkan mereka.

Kemenangan ini berjaya membawa Czech ke peringkat suku akhir untuk bertemu Denmark yang sudah layak lebih awal selepas menewaskan Wales 4-0 semalam.

Perlawanan antara Netherlands dan Czech Republic ini sememangnya banyak topik atau hal menarik yang boleh dibincangkan, dan berikut merupakan lima fakta tentang kekalahan Belanda di tangan Czech.

1) Aksi Di Pusingan Kalah Mati Sejak Tahun 2000

Netherlands tidak pernah memenangi kesemua lima perlawanan mereka di pusingan kalah mati dalam saingan European Championship, kecuali menang menerusi penentuan sepakan penalti.

Kali terakhir mereka memenangi perlawanan di pusingan kalah mati yang bukan ditentukan oleh penentuan sepakan penalti adalah ketika bertemu FR Yugoslavia pada tahun 2000 lalu.

Ya negara yang sudah tidak wujud lagi ketika ini dan itulah satu-satunya kemenangan yang berjaya dicatatkan oleh Netherlands di pusingan kalah mati.

Euro 2016 Belanda tidak layak untuk bertanding manakala pada edisi Euro 2012 mereka hanya mampu bertahan sehingga peringkat kumpulan sahaja.

Euro 2008 mereka berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir, sementara Euro 2004 dan 2000 mereka berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

Di acara Euro 2020, walau dianggap sebagai salah sebuah pasukan pilihan, namun Belanda gagal untuk meneruskan rentak kecemerlangan mereka dan terpaksa akur disingkirkan oleh Czech Republic.

2) Kad merah dalam saingan Euro

Netherlands telah mengutip empat kad merah dalam saingan European Championship dan apa yang menariknya, kesemua empat kad tersebut dilayangkan ketika beraksi bertemu Czech Republic/ Czechoslovakia.

Pada tahun 1976, dua pemain Belanda, Johan Neeskens dan Wim Van Hanegem telah dilayangkan kad merah dan pada ketika itu mereka beraksi bertemu Czechoslovakia.

Rekod kad merah Belanda bertambah menjadi tiga pada tahun 2004 selepas John Heitinga dilayangkan kad merah juga ketika bermain bertemu Czech Republic.

Terbaru, di acara Euro 2020, seorang lagi pemain Netherlands, Matthijs de Ligt turut dilayangkan kad merah ketika beraksi bertemu Czech Republic di pusingan 16 terbaik.

Adakah Belanda terkena badi bertemu Czech? Memang menarik untuk melihat kesemua kad merah yang mereka terima ketika bertemu Czech.

3) Gini Wijnaldum tidak beraksi di tahap Persembahan Terbaiknya

Gini Wijnaldum merupakan nadi penting dalam sistem serangan Belanda di bawah kendalian Frank de Boer dan beliau dianggap antara pemain midfield terbaik ketika aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

Beliau sebelum ini sudah terlibat dengan tiga dari lapan gol yang berjaya dijaringkan oleh Netherlands dalam saingan Euro 2020 ini.

Sayang sekali, Gini Wijnaldum gagal memberikan impak ketika beraksi bertemu Czech Republic di pusingan 16 terbaik ini.

Beliau langsung tidak mencipta sebarang percubaan ataupun membuka ruang kepada rakan sepasukannya untuk mencipta peluang sepanjang 90 minit aksi permainan.

Beliau dilihat tiada idea untuk menyerang dan kembali menjadi dirinya ketika beraksi bersama Liverpool yang mana beliau hanya berjalan-jalan dan tak tahu apa yang harus dilakukan.

Gaya permainan beliau sangat berbeza dengan apa yang sering beliau pamerkan di peringkat kumpulan sebelum ini.

4) Hilang aura De Ligt

Netherlands secara keseluruhannya telah bolos empat gol dalam saingan Euro 2020 dengan dua gol ketika bertemu Ukraine dan dua lagi gol ketika bertemu Czech Republic.

Dan apa yang menariknya kesemua empat gol itu berjaya di hasilkan ketika Matthijs de Ligt tidak berada di atas padang.

Ketika aksi bertemu Ukraine, De Ligt ketika itu masih belum cergas sepenuhnya dan beliau hanya duduk di bangku simpanan melihat rakan sepasukannya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2.

Beliau kemudiannya bermain dalam dua perlawanan di peringkat kumpulan sebelum ini dan kedua-dua perlawanan ini, Belanda berjaya memperoleh clean sheet.

Ketika aksi bertemu Czech Republic ini, selepas De Ligt dilayangkan kad merah dan keluar meninggalkan padang, baru lah gawang gol Netherlands mula dibolosi.

Jadi jelaslah yang barisan pertahanan Belanda sememangnya bermasalah selepas kehilangan Van Dijk dan lebih teruk lagi jika mereka kehilangan De Ligt pada ketika ini.

5) Statistik Terburuk dalam sejarah saingan Euro

Dari kesemua perlawanan dalam saingan Euro mahupun Piala Dunia sejak 1980, perlawanan ini merupakan yang pertama kalinya Netherlands gagal mencipta peluang on target.

Perlawanan ini jelas didominasi oleh Czech Republic namun agak mengejutkan untuk melihat Netherlands langsung tidak mampu untuk menguji penjaga gol lawan dalam perlawanan ini.

Satu rekod yang agak memalukan untuk pasukan seperti Belanda yang didominasi begitu teruk hingga langsung tidak berkesempatan untuk mencipta on target.

Mungkin kerana nadi utama mereka Gini Wijnaldum sendiri sudah hilang arah dan tumpuan, maka tak ada pemain lain yang mampu menggerak jentera serangan mereka.

Mungkin juga semua pemain lemau dan lesu selepas kehilangan seorang pemain di atas padang, namun apa yang pasti ia merupakan antara persembahan terburuk yang pernah dipamerkan oleh Belanda dalam sejarah saingan Euro.

Fakta menarik, kemenangan 2-0 menewaskan Belanda merupakan antara kemenangan terbesar Czech Republic dalam saingan Euro, dengan kali terakhir mereka menang 3-0 adalah pada Euro 2004 bertemu Denmark.

Czech Republic berjaya mara ke peringkat suku akhir dan lawan mereka selepas ini adalah Denmark, jika mengikut sejarah Euro 2004, mereka ketika itu berjaya tewaskan Danish 3-0 seterusnya mara hingga ke peringkat separuh akhir.

Adakah sejarah akan berulang? Atau Denmark akan membuat kejutan di acara Euro 2020 ini selepas apa yang telah mereka lalui di awal kejohanan?

BACA:  Van Dijk Terima Pujian Kerana Tenangkan Pengadil Yang Kesedihan