Van Dijk Kritik Persembahan Belanda Pada Separuh Masa Pertama Ketika Tumpas Di Tangan Jerman

Kapten pasukan Belanda, Virgil van Dijk mendakwa mereka tidak bernasib baik apabila tewas tipis 3-2 kepada Jerman dalam pusingan kelayakan Euro 2020 yang berlangsung di Amsterdam Arena awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun, Van Dijk berkata Belanda hanya boleh menyalahkan diri sendiri apabila tersungkur di gelanggang sendiri menentang lawan yang penting seperti Jerman.

Van Dijk anggap persembahan buruk Belanda pada separuh masa pertama jadi punca kekalahan. Gol Gnabry tu taknak sembang siapa punca ke ?

Jerman terlebih dahulu berjaya menjaringkan dua gol tanpa balas pada separuh masa pertama menerusi jaringan dua pemain sayap, Leroy Sane dan Serge Gnabry.

Gol jaringan Gnabry akan diingati sebagai jaringan yang cukup canti apabila beliau berjaya merembat kencang dari sebelah kiri padang. Tambah manis pemain yang menjaganya pada ketika itu adalah pemain pertahanan termahal dunia yang menjadi pujaan peminat Liverpool, Van Dijk.

https://twitter.com/Charlie_Jay_/status/1109913140303724549

Persembahan Belanda pada separuh masa pertama sangat buruk sehingga Van Dijk membuat kenyataan terbuka mengkritik persembahan mereka pada babak pertama. Pemain pertahanan, Matthijs de Ligt dan Memphis Depay juga bersetuju dengan kenyataan Van Dijk mengenai persembahan buruk Belanda pada separuh masa pertama.

Belanda berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 pada suatu ketika pada babak kedua menerusi jaringan De Ligt dan Depay. Namun jaringan tersebut hanya memberi harapan palsu kepada rakyat Belanda kerana pemain tengah Hoffenheim, Nico Schulz berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Jerman pada waktu kecederaan.

Pasukan Jerman berwajah baru tanpa kelibat Thomas Muller, Jerome Boateng, dan Matts Hummel

Sesungguhnya jaringan tersebut merobek jiwa pemain dan peminat Belanda kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh pada babak kedua untuk bangkit sehingga dapat menyamakan kedudukan.

Melihat kepada kesungguhan rakan sepasukannya, Van Dijk berpuas hati melihat usaha pasukannya sambil mendakwa Belanda masih lagi dalam proses untuk bangkit dari prestasi buruk di peringkat antarabangsa sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami sedar kami masih mempunyai perjalanan yang jauh dan malam ini adalah buktinya.”

“Kami bangkit dengan sangat baik dan sepatutnya mampu mengutip sekurang-kurangnya satu mata. Malangnya ia tidak berlaku seperti yang diharapkan. Kami berdepan banyak kesukaran pada babak pertama.”

“Jerman bergerak dengan ligat dan kami tidak berapa teratur. Kami memperkemaskan permainan pada separuh masa kedua apabila Frankie De Jong bermain di bahagian tengah.”

Gandingan Van Dijk di bahagian pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt mendakwa persembahan buruk pada separuh masa pertama menjadi punca kekalahan Belanda.

“Separuh masa pertama kami tidak berapa bagus. Kami tidak banyak sangat menekan dan mereka mempunyai ruang yang banyak. Jerman mempunyai ramai pemain yang berskill tinggi. Mungkin kami agak takut untuk melancarkan serangan ke arah Jerman.”

BACA:  Hoeness: Ozil Guna Isu Perkauman Untuk Tutup Prestasi Buruk Beliau Di Piala Dunia