Harry Maguire Buat Apa Tu Sampai Tergolek?

Sejak kebelakangan ini pemain pertahanan termahal dunia, Harry Maguire menjadi bahan jenaka dunia bola sepak kerana aksi tidak masuk akalnya di padang sehingga membahayakan gawang sendiri.

Dengan tanda harga yang di bawa dan kecemerlangan bekas pemain pertahanan termahal Virgil Van Dijk kepada pasukan Liverpool, Maguire sentiasa diperhati dan dibandingkan.

Virgil Van Dijk telah membawa kestabilan yang nyata dan padu kepada bahagian pertahanan Liverpool walaupun digandingkan dengan siapa.

Dejan Lovren yang sentiasa kelakar sepanjang zaman apabila turun beraksi turut menunjukkan peningkatan apabila beraksi bersama Van Dijk.

Maguire membuat kesilapan satu dunia dicanang untuk dijadikan satu bahan hiburan tetapi lain pula dengan layanan diterima pemain pertahanan terbaik dunia ketika ini.

Virgil Van Dijk telah melakukan aksi kelakar dan kesilapan yang mengundang padah ketika perlawanan menentang Arsenal dan tewas kepada pasukan lemah dan lembik itu.

Siap buat assist lagi untuk lawan. Kesilapan yang tidak pernah dilakukan Maguire dalam kategori ‘Error Leading to goal’.

Ramai yang datang mempertahankan pemain pertahanan terbaik dunia itu kebanyakkannya dengan alasan:

“Kami masih juara. Bukan MU naik nombor satu pun.”

Ya, benar, semua orang tahu Liverpool juara.

Aksi Kelakar Van Dijk vs Chelsea

Dalam perlawanan menentang Chelsea yang menyaksikan kenduri gol terjadi, Liverpool menewaskan Chelsea dengan jaringan 5-3 dan Liverpool menjulang trofi selepas perlawanan ini.

Dalam perebutan bola tinggi Van Dijk telah bergomol dengan Joe Gomez dan menyebabkan kedua-duanya menyembah tanah dan Callum Hudson Odoi berjaya merampas.

Hantaran Odoi kepada Christian Pulisic disudahkan dengan begitu cemerlang. Gomez yang terjatuh dilanda Van Dijk sempat turun tetapi telambat.

Ketika bola sudah di dalam dan pemain Chelsea meraikan barulah, Van Dijk tiba. Inilah pemain pertahanan terbaik dunia kan?

Kalau tengok kepada gol Tammy Abraham sebelum itu pertahanan Liverpool sangat kelakar, Trent Alexander-Arnold ke tanah, Fabinho tertomoih, Joe Gomez dilenyapkan dan Virgil van Dijk ke laut.

Kelakar yang bukan-bukan tapi kami juara, kau? Nak ke Champions League pun separuh nyawa.

Ya, benar, semua orang tahu Liverpool juara.

Aksi luar biasa Van Dijk ketika mengasak Giroud. Power bukan.

Sebenarnya secara statistiknya prestasi Harry Maguire dan Virgil Van Dijk di Premier League musim ini tidak jauh bezanya pun. Lebih kurang je.

Ada dalam sesetengah kategori Maguire lebih baik berbanding Van Dijk jika menurut statistik la kan.

Maguire tiada ‘Error Leading to goal’ tu je nak cakap.

Ya, ya. ya, benar, semua orang tahu Liverpool juara.

BACA:  "Peti Ais Tak Sejuk"- Harry Maguire Teruk Dihentam Selepas Man Utd Sekadar Seri Bertemu Burnley