Lingard Dan Pereira Dikecam Teruk Oleh Peminat United

Peminat Manchester United marah dengan video latihan yang memperlihatkan Jesse Lingard dan Andreas Pereira menari-nari dan melakukan handstand.

Lingard dan Pereira digugurkan dari skuad United ketika pasukan setan merah itu merakam  kemenangan 3-0 ke atas Watford selepas melalui awal musim yang buruk.

Tetapi pemain tengah itu telah turun untuk menjalani sesi latihan dengan skuad setan merah pada petang rabu kemarin. Dan video rakaman sesi latihan mereka telah tersiar di media sosial .

Kedua-duanya dapat dilihat bergembira riang ria menari di sekeliling padang sementara pemain lain sedang berlatih dengan baik dan pengurus  Ole Gunnar Solskjaer hanya menjadi pemerhati.

Peminat di media sosial pantas bertindak balas terhadap video itu dan mengecam kedua-duanya kerana tidak profesional.

Lingard belum menjaringkan gol atau melakukan bantuan jaringan dalam saingan Liga Perdana musim ini dan dilaporkan telah dikaitkan dengan super agen Mino Raiola.

Raiola telah bersuara mengenai United dalam beberapa bulan kebelakangan ini berhubung dengan salah seorang anak buahnya yang lain, Paul Pogba.

Raiola sememangnya sudah terkenal sebagai seorang tokoh yang paling jahat di Old Trafford sejak isu perpindahan Pogba ini hangat diperkatakan.

Bos United, Solskjaer memberi komen mengenai kedua-dua mereka yang digugurkan pada hujung minggu lalu dan memberitahu MUTV bahawa mereka perlu bermain pada tahap yang lebih tinggi.

“Terdapat lebih banyak persaingan untuk tempat-tempat, standard anda perlu bertambah baik.”

Kebanyakkan peminat United marah dengan tindakan Lingard dan Pereira yang tidak menunjukkan disiplin yang baik.

United yang kini sudah mula bangkit dari mimpi buruk mereka di awal musim selepas kehadiran Bruno Fernandes memulakan aksi cemerlang dengan kemenangan 3-0 ke atas Watford.

Bruno Fernandes yang baru saja menyertai United ketika jendela perpindahan Januari lalu sudah menunjukkan aksi cukup mantap dan telah memenangi tiga Man of the Match dari tiga perlawanan Liga beliau.

Lingard dan Pereira seharusnya memberi cabaran kepada Bruno untuk perebutan tempat sebagai pemain utama United dan bukan lah menunjukkan sikap begini.

Menurut Ole mereka siap untuk kembali bersaing ke pentas Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Namun apakah tindakan yang bakal mereka lakukan untuk Lingard dan Pereira?

Pemain tengah United itu adalah prospek masa depan United satu ketika dahulu. Dan mereka harus lebih berdisiplin untuk mendapatkan semula rentak permainan cemerlang mereka yang sudah hilang.

BACA:  Pereira Telah Menjawab Kecaman Dari Peminat