Pereira Telah Menjawab Kecaman Dari Peminat

Peminat Manchester United marah dengan video latihan yang memperlihatkan Jesse Lingard dan Andreas Pereira menari-nari dan melakukan handstand.

Lingard dan Pereira digugurkan dari skuad United ketika pasukan setan merah itu merakam  kemenangan 3-0 ke atas Watford selepas melalui awal musim yang buruk.

Tetapi pemain tengah itu telah turun untuk menjalani sesi latihan dengan skuad setan merah pada petang rabu kemarin. Dan video rakaman sesi latihan mereka telah tersiar di media sosial .

Kedua-duanya dapat dilihat bergembira riang ria menari di sekeliling padang sementara pemain lain sedang berlatih dengan baik dan pengurus  Ole Gunnar Solskjaer hanya menjadi pemerhati.

Peminat di media sosial pantas bertindak balas terhadap video itu dan mengecam kedua-duanya kerana tidak profesional.

Peminat United berasa sangat marah dan terkilan atas tindakan dua pemain tengah pasukan kesayangan mereka itu. Pelbagai kecaman yang dilontarkan peminat kepada mereka berdua.

Pemain tengah Manchester United, Andreas Pereira telah memuat naik satu gambar beliau sedang berlatih bersama rakan sepasukan yang lain. Kemudian salah seorang peminatnya memberi komen yang agak kasar dengan menyuruhnya mencari pasukan lain.

Pereira membalas komen itu dengan cara paling selamat dan santai. Beliau memberitahu peminat itu bahawa beliau akan terus bertahan dan berusaha untuk mendapat tempat dalam pasukan.

Pemain berusia 24 tahun itu telah berada di United selama sembilan tahun, tetapi ini baru musim kedua dia beraksi bersama pasukan utama kerana sebelum ini beliau terlibat dengan pasukan remaja United.

Pemain Belgium yang dilahirkan di Brazil tidak termasuk dalam skuad utama ketika mereka menang menentang Watford pada hari Ahad lalu.

Pereira telah membuat 18 penampilan dalam liga di bawah kendalian Solskjaer musim ini tetapi hanya menjaringkan satu gol dan membuat tiga assist untuk pasukannya.

Bekas pemain pinjaman Valencia itu muncul sebagai pengganti dalam perlawanan menentang Chelsea minggu lepas. Sebelumnya beliau telah turun bermain untuk United menentang Club Brugge dalam saingan Liga Europa pada hari Khamis lalu.

Pereira masih menaruh harapan yang tinggi untuk kekal bersama pasukan setan merah, namun Ole kelihatan sudah bersiap untuk berbelanja pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Jadi nasib Pereira di dalam pasukan masih belum terjamin. Beliau harus membuktikan sesuatu agar pihak pengurusan tahu kepentingan beliau di dalam pasukan dan mendapatkan kembali tempatnya sebagai pemain utama.

BACA:  Erik Ten Hag Dijangka Akan Simpan Harry Maguire Untuk Perlawanan Menentang Liverpool