Liverpool Bakal Kehilangan Pertahanan Yang Sudah 12 Tahun Berkhidmat Bersama Kelab

Pemain pertahanan Liverpool, Tom Clayton mengikuti jejak langkah Sadio Mane, Takumi Minamino dan Neco Williams untuk meninggalkan Anfield pada musim panas ini.

Selepas 12 tahun berkhidmat, Tom Clayton akhirnya memilih untuk meninggalkan Anfield pada musim panas ini kerana merasakan beliau sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama.

Ketua pasukan skuad bawah 23 tahun Liverpool itu menyertai Swindon Town dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

Beliau mula menyertai Liverpool ketika berusia 9 tahun, namun sepertinya sangat sukar untuk beliau mendapat tempat dalam skuad utama.

Clayton tidak pernah membuat penampilan bersama skuad senior Liverpool, namun beliau jelas sekali merupakan antara tokoh paling terkenal dan disenangi di AXA trainning complex.

Menurut laporan sama, The Reds kini masih belum merancang untuk membawa masuk pemain baru, dengan mereka ketika ini lebih memilih untuk mengurangkan pemain dengan menjual beberapa bintang muda mereka.

Liverpool pada musim panas ini telah mengesahkan tiga penandatanganan terbaru mereka, Darwin Nunez, Calvin Ramsay dan Fabio Carvalho.

Mereka jelas sekali telah melalui jendela perpindahan musim panas yang agak menarik dan para penyokong juga tentu saja berpuas hati melihat cara pimpinan kelab berurusan.

Penjualan Neco Williams kepada Nottingham Forest merupakan antara yang paling mencuri perhatian ramai.

Liverpool berjaya mendapatkan dana bernilai £17 juta hasil penjualan pemain right back itu dengan Neco Williams hanya sempat membuat enam penampilan sahaja bersama skuad Liverpool dalam saingan Premier League.

Selain kejayaan The Reds mendapatkan £17 juta hasil penjualan Williams, Liverpool juga berjaya mendapatkan £50 juta hasil penjualan Minamino dan Mane.

Liverpool sepertinya masih belum puas dengan mereka pada ketika ini masih aktif dalam pasaran pemain dengan ada beberapa pemain lagi yang akan dilepaskan.

Walaupun beliau ada menyertai skuad Liverpool untuk sertai sesi jelajah Asia, Nat Phillips juga sepertinya berada dalam radar sebagai pemain yang akan dilepaskan oleh pimpinan kelab.

Phillipis akan dikenang sebagai pemain yang memainkan peranan penting ketika membantu Liverpool untuk mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas pada dua musim sebelum ini.

Beliau pada ketika ini dilaporkan bakal menyertai Bournemouth pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain kebangsaan England itu menghabiskan suku kedua musim lalu bersama The Cherries sebagai pemain pinjaman.

Dek kerana itulah pengurus kelab, Scott Parker sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya menerusi perjanjian pembelian terus.

Liverpool dipercayai sangat gembira untuk sekali lagi meminjamkan Nat Phillips dalam usaha mereka untuk menaikkan harga pemain pertahanan itu andai mereka mahu menjualnya di masa hadapan.

Walau bagaimanapun, Bournemouth dilaporkan hanya perlu membayar £15 juta kepada Liverpool untuk mendapatkan khidmat Phillips menerusi pembelian tetap pada musim panas ini.

Seandainya Liverpool berjaya menjual Phillips, Mane, Minamino, Williams dan Clayton pada musim panas ini, jelas sekali Liverpool akan berterima kasih kepada Julian Ward atas kerja keras yang beliau tunjukkan.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjual empat ke lima pemain pada satu jendela perpindahan sahaja, dan kerana itulah Julian Ward berhak dapat pujian atas kerja dan usaha yang beliau tunjukkan.

Menariknya lagi, Liverpool turut berjaya mendapatkan dana yang banyak hasil penjualan pemain-pemain tersebut dan dengan dana sama mereka mampu membeli pemain-pemain seperti Darwin Nunez, Fabio Carvalho dan Calvin Ramsay.

Lebih menakjubkan lagi, pemain-pemain yang memberi dana tambahan kepada Liverpool itu adalah pemain-pemain yang sudah tidak diperlukan lagi di Anfield.

Sumber: SPORTbibble

BACA:  Premier League 2021/22: Liverpool 4-0 Manchester United (Agg. 9-0)