Liverpool akan menerima trofi Liga Perdana Emas yang istimewa jika masih tidak terkalahkan sepanjang musim ini.
Pasukan dibawah kendalian Jurgen Klopp itu kini 25 mata di puncak Liga Perdana dan boleh memenangi gelaran seawal bulan depan.
Pasukan terhebat di muka bumi itu telah mencapai satu demi satu kejayaan pada musim ini. Selepas menjuarai Liga Juara-Juara mereka menjuarai pula Piala Super dan CWC.
17 wins in a row #Liverpool Top of the league pic.twitter.com/Fa0CiGs9IU
— Cindymonel™ (@cindy_blog) February 15, 2020
Pelbagai rekod telah di leburkan oleh pasukan yang sedang dalam proses untuk menjadi antara pasukan terkuat dalam sejarah Premier League.
Matlamat awal Klopp pada musim ini hanyalah untuk mendapatkan kejuaraan Liga Perdana sahaja.
Tetapi dengan persembahan semasa yang ditunjukkan tidak mustahil mereka melakukan Invicible.
Menurut Daily Mail, Liverpool akan diberi Piala emas yang istimewa sekiranya mereka berjaya memenangi gelaran Liga Premier dan kekal tidak terkalahkan untuk 12 perlawanan akhir musim ini.
Arsenal are the only team to have received a gold Premier League trophy after their 'Invincibles' season in 2004. pic.twitter.com/YUf64BTryY
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) March 5, 2017
‘Invincibles’ yang telah dilakukan oleh pasukan Arsenal pada musim 2003/2004 telah memberikan mereka sebuah trofi Emas.
Dan terukir di Trofi itu rekod Kemenangan/ kekalahan mereka. Tapi musim itu mereka tidak terkalah jadi rekod yang ada hanyalah rekod kemenangan.
Trofi ini juga lebih kecil daripada Piala Liga Perdana yang biasa. Hal ini mungkin tidak mengejutkan kerana walaupun kecil ianya adalah piala Emas.
Laluan paling sukar untuk pasukan Liverpool selepas ini adalah, mereka harus bertemu Manchester City dan Chelsea untuk baki perlawanan musim ini.
Liverpool have scored more 90th minute winners (34) in a Premier League match than any other team.
At least nine more than the next side. pic.twitter.com/8ZCV1p8iM6
— Squawka Football (@Squawka) October 5, 2019
Liverpool harus memenangi kedua-dua pertembungan itu agar trofi emas itu tidak terlepas.
Walau bagaimanapun, dengan persembahan semasa yang di tunjukkan oleh mereka kini, tidak mustahil untuk mereka memenangi kesemua baki perlawanan dari sekarang sehingga Mei nanti.
Dengan kejayaan demi kejayaan yang mereka miliki, Klopp yakin pasukannya musim ini boleh menghabiskan Liga dengan tidak terkalahkan.
Klopp sangat bijak merangka strategi untuk menurunkan pemain dan merehatkan mana yang perlu untuk semua kejohanan yang masih mereka sertai.
Liverpool have repeatedly been excellent at using half-time to solve problems this season. Yesterday was another prime case in point, with a pretty drastic tactical switch from Klopp paying dividends in the second half. https://t.co/MkBk402EKO
— Joel Rabinowitz (@joel_archie) February 16, 2020
Dengan persembahan semasa yang ditunjukkan oleh City dan Chelsea pasukan bawah Kendalian Klopp semakin yakin untuk memenangi kesemua baki perlawanan mereka musim ini.
“Saya berjanji kepada anda bahawa saya tidak berbohong kami benar-benar merasakannya,”
kata bos Liverpool selepas kemenangannya di atas Wolves pada awal bulan itu.
Mereka benar-benar merasakan bahawa mereka mampu menghabiskan baki perlawanan musim ini dengan kemenangan tanpa kekalahan.
“Saya seorang yang sangat optimis tetapi tidak sebelum bermulanya perlawanan bola sepak. Perasaan utama yang rasa rasakan ketika sebelum perlawanan menentang Wolves adalah kebimbangan.”
🔢 | Goals conceded by Alisson in his last seven games for club & country:
0 vs. Barcelona 🧤
0 vs. Wolves 🧤
0 vs. Spurs 🧤
0 vs. Honduras 🧤
0 vs. Bolivia 🧤
0 vs. Venezuela 🧤
0 vs. Peru 🧤Our keeper 🇧🇷 pic.twitter.com/f9dMQRq8jR
— Steven Gerrard (@Gerrard8FanPage) June 23, 2019
“Mereka mempunyai terlalu banyak cubaan tepat tetapi apa yang dilakukan oleh Ali [Alisson] untuk menyelamatkan gawangnya kelihatan begitu mudah, saya tidak tahu apa-apa.”
“Kami tidak sempurna, tidak dekat dengan sempurna, tetapi kami tidak peduli untuk menjadi sempurna. Kami hanya cuba menggunakan kemahiran kami dengan cara yang terbaik.
“Anak-anak buah saya berbuat demikian dan itulah sebabnya kita mempunyai nombor-nombor seperti ini. Ia hanya merasakan kerja yang paling sukar.”
Liverpool’s last 38 League games:
P 38 W 35 D 3 L 0 Pts 108
ONE HUNDRED AND EIGHT
— The Anfield Wrap (@TheAnfieldWrap) February 17, 2020
Mereka juga merupakan salah satu pasukan pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara dan mereka pergi ke Sepanyol untuk menghadapi Atletico Madrid pada malam Selasa nanti.
Adakah Liverpool masih mampu untuk memecahkan semua rekod yang ada untuk dikenang di dalam sejarah sebagai pasukan terhebat di muka bumi?
Mampukah anak-anak buah Jurgen Klopp mengekalkan rentak cemerlang mereka supaya menghabiskan Liga dengan tidak terkalah?