Hari perlawanan di antara Liverpool dan Arsenal sangat ditunggu ramai. Ada yang berpendapat inilah hari Liverpool akan tewas di tangan pasukan Arsenal.
Bermulanya perlawanan di Anfield, Arsenal menurunkan pasukan yang sangat unik. Mereka sebelum ini optimis akan mencabar kejuaraan liga dengan 2 fullback percuma. Unai merehatkan Lacazette dan bergantung kepada Aubameyang di hadapan. Rekod Unai Emery juga menjadi sandaran para penyokong Meriam.
https://twitter.com/TOASportsShow/status/1079062791372312576
Sebelum peranan, Loki turut menceritakan beliau tidak mahu menandatangani Salah ketika di PSG, walaupun ada duit berkoyan-koyan, kapal di laut, gudang di darat.
Unai Emery admits he turned down chance to sign Mohamed Salah #AFC #LFC https://t.co/YEclVfn3jN
— Telegraph Football (@TeleFootball) December 29, 2018
Arsenal bermula sangat baik apabila pemain yang dikutuk oleh segelintir penyokong Arsenal iaitu Iwobi mencipta peluang gol kepada Maitlands Niles. Gol pertama Arsenal pun menjelma. Mereka meraikan gol ibarat tiada hari esok.
Maitland Niles goal. #afc https://t.co/l5VAfnTGGz
— Arsenal (@AFCvideosHD_) December 29, 2018
Maitland Niles meraikan gol dengan gaya Fortnite. Tanda beliau mengingati bapa pembangunan Fornite Arsenal iaitu Mesut Ozil yang berehat di rumah.
Ainsley Maitland-Niles really did a Fortnite celebration after scoring the opening goal against us, only to lose 5-1. ? pic.twitter.com/fxLHKvXK9z
— JP (@JurgenPressed) December 29, 2018
Mana tidaknya mereka girang gembira, kerana itulah keraian on target terakhir mereka malam itu. Tak penting pun berapa banyak gol, paling penting dapat on target. Itu perkara yang sangat unik. Gol itu diraikan oleh penyokong Setan Merah terutama sekali Rahim Martial yang berkata; “Padanlah Liverpool, bagus Arsenal kasi ajar. Menyu dan Senel bersaudara.”
Selain daripada Rahim Martial, penyokong Chelsea dan Man. City membuatkan suasana menjadi bingit. Mesut Zakri sangat bersemangat mendengar solidariti dan sokongan diberikan kepada Arsenal.
Namun tak sempat pegawai teknologi N32 Liverpool menukar skorboard dari 0-0 kepada 0-1, terus pertahanan Arsenal buat kelakar. Kalut sesama sendiri, sudah seperti pelacur kena serbuan. Lalu gandingan pertahanan Arsenal membantu Firmino mendapat gol, walaupun pemain itu tak sedar diberikan gol itu.
Firmino sempat menoleh ke belakang meminta izin untuk menjaringkan gol itu.
Pegawai teknologi terus letak 1-1 di papan mata. Namun Rahim Martial memberitahu Mesut Zakri agar terus percaya. Kerana Arsenal pasti akan berjaya.
Baru Rahim Martial menghabiskan kata-katanya, pertahanan Arsenal membuat lawak sekali lagi. Kali ini semua seperti dibadai taufan dan terjatuh tergolek. Gelecekan Firmino membuatkan mereka bertaburan hilang arah.
This was filthy from Firmino ? pic.twitter.com/R0PfbQMLXY
— Liverpool FC Vines (@LFC_Vines) December 29, 2018
Liverpool 2 Arsenal 1. Dan Rahim Martial serta Fendi Hazard dan juga Lokman Sun Jihai terus memberikan sokongan kepada Mesut Zakri. Sambil menunjukkan gambar Arshavin yang pernah menjaringkan 4 gol di Anfield, siap buat wallpaper lagi.
Selepas masuk lebih setengah jam pertarungan, Liverpool 2 gol di hadapan menerusi jaringan jarak dekat Sadio Mane.
Dan Rahim Martial bertukar meja meninggalkan Mesut Zakri. Rahim duduk bersama Mustafa Firmino di meja sebelah. Lalu dia berkata: “Bagus team hang ni, kalau macam ni ada chance Manchester United kejar Arsenal.”
Lalu dia berkata lagi: “Walaupun aku tak suka Libepul tapi game ni aku support Liverpool kerana aku nak Manchester United rapatkan jurang mata dengan Arsenal. Dan aku rasa Liverpool akan menang 5-1 ni.”
Kelihatan tangan Mesut Zakri bergegar kegeraman diperlakukan sedemikian. Fendi Hazard dan Lokman Sun Jihai pula membuka telefon untuk bermain PUBG dan menghembus sisha.
Lalu ketika perlawanan hampir berakhir, pertahanan Arsenal menjatuhkan Mohamed Salah di dalam kotak penalti. Terus Rahim Martial menambah: “Aku dah cakap, 5-1 ni kang.”
Tanpa perlu bersusah payah, Mohamed Salah menyempurnakan penalti itu. Mesut Zakri mulai hilang arah. Dan Bersambung babak kedua, tak banyak yang harus diceritakan. Ianya hanyalah perlawanan pertunjukkan menunggu wisel penamat.
Mohamed Salah has been directly involved in more Premier League goals (40) than any other player in 2018:
? 35 games
⚽️ 28 goals
?️ 12 assistsAnother goal and assist today. ? pic.twitter.com/jTep0ffY9L
— Squawka Football (@Squawka) December 29, 2018
Liverpool cuba menjaga aib Arsenal namun Arsenal pula memaksa mereka menjaringkan gol ke-5 dengan memberikan penalti. Salah memberikan penalti itu kepada Firmino kerana tak sanggup melihat rakan senegranya Elney meninggalkan group Whatsapp; Pemain Mesir Di Seberang Laut.
Firmino menjaringkan 1 lagi penalti untuk memastikan Arsenal kalah dengan bergaya 5-1 dan berjaya kalah 4 kali setakat ini pada 2018.
Tamat perlawanan, Liverpool kekal tanpa kalah. Dan beberapa penyokong Arsenal mulai menggelar pengurus mereka sebagai Punai Emery. Ada juga menyatakan kerinduan mereka kepada Tun Wenger.
Namun bagi puak Wenger Out mereka menyedapkan hati dengan troll ini.
Same old Arsenal ? pic.twitter.com/PUfnpF9GvL
— B/R Football (@brfootball) December 29, 2018
Arsenal kini dibezakan 6 mata di atas Man. United yang berada di tangga ke-6. Tamat perlawanan Rahim Martial membayar bil makanan Mustafa Firmino sambil mengucapkan tahniah. Dia pergi ke parking motosikal dengan menyumpah seranah kerana mmebuang masa melayan perlawanan itu.
Semetara itu Fendi Hazard dan Lokman Sun Jihai pula berlalu meninggalkan Mesut Zakri yang terasa dikhianati oleh 3 manusia tadi dan juga aksi longlai Arsenal.
Mujur beliau berjaya kensel nasi goreng USA sebelum ia tiba tadi. Kalau tak, bertambah kerugiannya, kerana tak lalu makan.
Namun perlawanan Liverpool dan Arsenal ini bagus sebab tak pernah parking bas sampai mencipta rekod baharu dalam EPL sebagai perlawanan paling banyak gol.
Liverpool versus Arsenal is now the highest scoring fixture in #PL history (155 goals)#LIVARS pic.twitter.com/97pijW5wKp
— Premier League (@premierleague) December 29, 2018
Namun ternyata Liverpool lebih baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Those five occasions:
1998: Liverpool 4-0 Arsenal
2000: Liverpool 4-0 Arsenal
2014: Liverpool 5-1 Arsenal
2017: Liverpool 4-0 Arsenal
2018: Liverpool 5-1 Arsenal pic.twitter.com/ok8K2j5tBm— Sir Mario (@mickeyzuumbe) December 30, 2018