Bekas pemain pertahanan Manchester United dan kini menjadi pakar bola sepak, Gary Neville mempersoalkan sama ada skuad Liverpool akan menjadi semakin kuat pada jendela perpindahan ini atau tidak atau biasa-biasa aje.
Neville berbual bicara bersama bekas naib kapten Liverpool dan rakan sepakar bola sepak juga Jamie Carragher mengenai sama ada perebutan kejuaraan akan menjadi sengit seperti musim lalu atau tidak.
Liverpool ketinggalan hanya satu mata di belakang pasukan Pep Guardiola pada musim lalu selepas merapatkan jurang 14 mata.
Tetapi Gary Neville percaya bahawa The Reds tidak mengukuhkan kedudukan ke tahap yang dimiliki City. Liverpool ni biasa-biasa je tidak lemah tapi tidak akan jadi lebih kuat.
Nunez realising that fans will be making fail comps of Haaland instead of him pic.twitter.com/R5w5bbhPOZ
— ODDSbible (@ODDSbible) July 30, 2022
Erling Haaland, Julian Alvarez dan Kalvin Phillips semuanya telah tiba di Stadium Etihad, Erling Haaland dijangka memberi impak besar di Premier League dengan rekod jaringannya yang diciptanya ketika beraksi Bundesliga.
Liverpool melabur besar dalam memperkuatkan pasukan di posisi penting dengan membawa masuk Darwin Nunez dan cuba menambah sengat pemain muda Fabio Carvalho dan Calvin Ramsay.
Gary Neville yakin Manchester City telah menjadi lebih kuat tetapi jika ada yang menyatakan Liverpool juga lebih kuat, Neville tidak berfikiran begitu.
“Jika anda membuat ramalan sekarang, saya akan katakan bahawa City telah menjadi lebih kuat,” kata Neville, bercakap kepada Overlap.
“Saya tidak fikir begitu, anda boleh katakan bahawa Liverpool telah menjadi lebih kuat kerana Mane adalah sangat menakjubkan.”
Gary Neville on Liverpool:
"If you’re making a prediction now, I’d say that City have got stronger. I don't think that, hand on heart, you could say that Liverpool have got stronger, because Mane was unbelievable." #lfc [overlap – youtube] pic.twitter.com/xjaexZEqvt
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) August 4, 2022
Namun begitu Neville tidak bersetuju jika ada yang menyatakan Liverpool akan menjadi lebih lemah.
“Saya tidak fikir anda boleh mengatakan bahawa Liverpool akan menjadi lebih lemah, tetapi anda pasti boleh mengatakan City akan sama dengan musim lalu jika tidak lebih baik.”
Kerana musim baru belum bermula agak susah untuk memberi penilaian awal terutamanya kepada pemain baru dibeli dan aksi pra-musim tidak cukup untuk dijadikan ukuran.
“Kami tidak tahu apa yang Nunez akan lakukan.” Carragher menambah.
Neville: "I don't think that you can say that Liverpool are going to be weaker, but you can definitely say City are going to be equal to last season if not better.”
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) August 4, 2022
Apa yang pasti kedua-dua pasukan sama ada City mahukan Liverpool akan menjadi pasukan berbeza dengan tahun lalu kerana mereka akan menggunakan pemain penyerang tulen dan besar gedabak.
“Apa yang saya katakan ialah kedua-dua pasukan akan jadi berbeza. Liverpool langsung tidak pernah bermain dengan menggunakan penyerang tengah yang besar di bawah bimbingan Jurgen Klopp .
“Malah Pep – sudah tentu, dia pernah bermain dengan dengan menggunakan (Sergio) Aguero – tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini mereka juga tidak bermain dengan penyerang jadi mereka akan perlu menyesuaikan diri dan mereka akan menjadi sedikit berbeza.”
The Reds mengharungi musim lalu dengan agak longlai pada awalnya, tetapi kembali padu dan bangkit sehingga hampir mendapatkan quadruple. Bagaimanapun, mereka gagal dalam dua perlawanan akhir pertandingan elit itu dan berjaya meraih dua trofi utama sahaja.
Carragher: "And even Pep – of course, he played with Aguero, but in the last couple of years they haven’t really played with a striker so they’re going to have to adapt and they’re going to be slightly different."
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) August 4, 2022
Tidak kira siapa akan jadi kuat atau lemah, yang pasti musim baharu ini pasti akan menjadi pertarungan Klopp dan pasukan Guardiola sekali lagi.
Selain Liverpool dan Manchester City, persediaan musim panas ini menyaksikan pasukan dua London iaitu Arsenal dan Tottenham Hotspur tampak lebih bersedia dengan menambah kekuatan pasukan dengan pemain lebih berkualiti.
Manchester United pula nampak ada peningkatan di mana pemainnya kembali pandai bermain bola dengan sudah tahu bagaimana membuat hantaran serta tahu menjaringkan gol.
Gary Neville hasn't been convinced by Chelsea's transfer strategy this summer 👀 pic.twitter.com/XOTcbk1XgS
— ESPN UK (@ESPNUK) August 4, 2022
Perpindahan pemain Setan Merah tidak begitu lancar ditambah pula dengan masalah Cristiano Ronaldo yang memberi impak kepada persediaan pasukan. Sekadar menjadi pencabar top four sekali lagi?
Chelsea pula agak lewat dalam jual beli pemain kerana pertukaran pemilik baharu namun dijangka dapat mengekalkan kedudukan di empat teratas.