Alex Ferguson Melawat PSG Di Hotel Sebelum Pertemuan vs Manchester City

Pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson telah dilihat melawat pasukan Paris Saingt Germain (PSG) di hotel penginapan sebelum pertemuan separuh akhir kedua menentang Manchester City.

Pasukan Ligue 1 Perancis itu kini berada di bandar Manchester menjelang pertemuan di Etihad Stadium dan menginap di Hotel Lowry sejak tiba dibandar ini.

Pengurus paling berjaya dalam bola sepak Inggeris itu dirakam menuju ke Hotel Lowry dengan memakai pelitup muka yang mempunyai logo Manchester United.

Ekoran SOP wabak yang melanda, Hotel Lowry dilaporkan hanya dihuni oleh pemain dan pegawai pasukan PSG.

Bekas pengurus yang berasal dari Scotland itu dilihat melewati bas pasukan PSG dan memasuki perkarangan lobi Hotel Lowry.

Sir Alex Ferguson kemudian dilihat keluar dan meninggalkan hotel bersama presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.

Berdasarkan risikan dilakukan oleh Richard Fay dari Manchester Evening News, bekas pengurus berusia 79 tahun itu berada di hotel selama satu jam 20 minit.

Sebab musabab kenapa Sir Alex Fergusin melawat pasukan PSG masih lagi menjadi tanda tanya dan kekal misteri.

Sir Alex Ferguson juga dilaporkan mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus PSG ketika ini, Mauricio Pochettino yang kerap dikaitkan dengan Manchester United sebelum ini.

Untuk sekadar berkonspirasi, adakah Sir Alex Ferguson menurunkan ilmu dan petua kepada Mauricio Pochettino untuk menundukkan Pep Guardiola?

Pada tahun 2013 Alex Ferguson dan Pochettino pernah makan tenghari bersama dan berkongsi sebotol Wain Merah dan Pochettino telah memayung Fergie ketika itu.

Manchester City berjaya melakukan kebangkitan sensasi pada separuh akhir pertama apabila menewaskan PSG 2-1 hasil jaringan genius Kevin De Bryune dan sepakan percuma padu Riyad Mahrez.

Bekalan gol tempat lawan dibawa Manchester City dari Parc Des Princes yang boleh dikatakan agak berharga untuk separuh akhir kedua.

Pemenang perlawanan ini akan bertemu Chelsea atau Real Madrid diperlawanan akhir yang berlangsung di Istanbul pada 29 mei 2021.

PSG 1-2 Manchester City

Paris Saint Germain merupakan satu-satunya semifinalis Champions League musim ini yang tidak terlibat dengan idea pembentukan liga haram yang dipanggil European Champions League.

Liga haram yang super mewah dan agak mengarut ini telah disertai oleh Manchester City, Chelsea namun telah menarik diri dan Real Madrid masih setia dengan idea itu.

Selepas perlawanan antara Real Madrid dan Chelsea berakhir dengan keputusan seri semalam, tiba perlawanan dua pasukan yang dkuasakan dengan wang negara Arab.

Manchester City dilihat lebih seimbang yang bermain sebagai satu pasukan berbanding PSG yang bergantung kepada aksi dua individu, Neymar dan Kylian Mbappe.

Pep Guardiola dilaporkan tidak lena tidak memikirkan kelincahan tanpa batas Neymar dan kelajuan Kylian Mbappe yang tidak boleh bawa bincang.

Mauricio Pochettino sudah pasti tidak sabar untuk bersemuka kembali dengan Pep Guardiola.

Cemerlang dan penuh meyakinkan permainan yang ditunjukkan oleh Paris Saint Germain seawal wisel permulaan ditiup oleh pengadil perlawanan.

PSG di depan pada minit ke-15 melalui sundulan tajam Marquinhos yang berpunca daripada sepakan penjuru Angel di Maria.

Sebelum ini dalam PSG menang kesemua lapan perlawanan Champions League apabila Marquinhos menjaringkan gol. Adakah rekod ini akan berterusan?

Untuk permainan separuh masa pertama seakan benar semua itu apabila Manchester City hanya mencatatakan dua percubaan tepat dan hanya satu sahaja pecubaan yang betul-betul berbahaya.

PSG pula mencatatkan empat percubaan tepat dari sembilan percubaan dan menghasilkan tiga percubaan bahaya di mana salah satunya menghadilkan gol.

Separuh masa kedua menyaksikan kebangkitan Manchester City atau mungkin bukan kebangkitan namun kebaraian yang teruk ditunjukkan oleh pemain Paris Saint-Germain.

Dengan tiba-tiba PSG padam permainan mereka dan Manchester City memperkemaskan permainan lalu menguasai perlawanan.

Pada minit ke-64 gol genius telah dihasilkan oleh Kevin De Bryune yang mahu membuat hantaran ke dalam kotak tetapi gagal disambar rakan sepasukan.

Namun bola yang melantun itu masuk ke penjuru gawang menewaskan Keylor Navas yang membuat satu terbangan yang lambat.

Mungkin pada awalnya Navas menyangka bola itu keluar.

Manchester City meneruskan asakan dan PSG kelihatan semakin tertekan dan akhirnya beroleh sepakan penjuru.

Riyad Mahrez tidak membazirkan peluang dengan satu sepakan percuma cantik lagi sempurna membelah benteng untuk menewaskan Keylor Naves.

Dua kali Keylor Navas tertewas dalam masa tujuh minit sahaja.

Selepas tertekan, PSG mula koyak dan Neymar menunjukkan tanda awal kawal apabila menyepak kaki Ruben Dias dalam situasi yang tidak perlukan kekasaran seperti itu.

Kad kuning Neymar memberi inspirasi kepada Idrissa Gana Gueye membantai buku lali Ilkay Gundogan yang kaca itu dengan tapakan maut.

Pengadil tidak teragak-agak untuk terus melayangkan kad merah. Satu perlakuan tidak sepatutunya dan tidak perlu kerana permainan masih berbaki 15 minit dan masih ada perlawanan kedua.

Mujur dengan bermain 10 orang, PSG tidak dihukum dengan gol ketiga namun Manchester City berjaya membawa dua kelebihan dua gol tempat lawan.

Maka tiada rekod yang dilebarkan oleh Marquinhos apabila gol itu gagal menyekat kebangkitan gol sensasi Manchester City.

Kylian Mbappe amat sendu dalam perlawanan ini. Buat pertama Kylian Mbappe gagal mencatatkan sebarang percubaan selepas 90 minit permainan di Champions League.

Paris Saint-Germain: Navas, Florenzi, Marquinhos, Kimpembe, Bakker, Paredes, Gueye, Di Maria, Verratti, Neymar, Mbappe.

Subs: Kehrer, Icardi, Rafinha, Danilo Pereira, Sergio Rico, Kean, Sarabia, Kurzawa, Ander Herrera, Diallo, Draxler, Dagba.

Manchester City: Ederson, Walker, Stones, Dias, Joao Cancelo, Gundogan, Rodri, De Bruyne, Bernardo Silva, Mahrez, Foden.

Subs: Ake, Sterling, Gabriel Jesus, Aguero, Zinchenko, Steffen, Laporte, Torres, Mendy, Fernandinho, Garcia, Trafford.

Referee: Felix Brych (Germany).

BACA:ย  "Datang Latihan Dalam Keadaan Mabuk" - Neymar Dihentam Kerana Merosakkan Nama Kelab