Liverpool Dan City Pamer Aksi 45 Minit Paling Dasyat Dalam Sejarah Dunia Bola Sepak

Juara bertahan saingan Premier League dan pencabar utama kejuaraan musim ini, Liverpool telah mempamerkan aksi persembahan 45 minit yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Jutaan penonton yang menonton perlawanan ini secara langsung tentunya terhibur dan percaya yang aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut sememangnya luar biasa mengagumkan.

Aksi babak pertama jelas berlangsung sangat hambar, dengan Manchester City mendominasi keseluruhan permainan.

Liverpool mati kutu pada 15 minit terakhir babak pertama permainan, dengan segala gerakan mereka mudah saja dipatahkan oleh Man City.

Masuk babak kedua, The Reds dilihat mula mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka, dan kerap kali melancarkan serangan untuk menguji gawang Manchester City.

Sadio Mane berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-59 permainan, selepas beliau tenang menyempurnakan bola hantaran cantik dari Mo Salah.

Pemain paling berprestasi dalam perlawanan ini, Phil Foden kemudiannya berjaya meledak gol yang cantik untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Beberapa minit sahaja selepas itu, Mo Salah berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan, untuk membawa Liverpool kembali mendahului permainan.

Gol yang dijaringkan oleh Mo Salah dianggap antara calon untuk dinobatkan sebagai goal of the season kerana ia jelas merupakan gol yang sungguh mengagumkan.

Pemain kebangsaan Mesir itu melakukan gerakan solo yang sungguh luar biasa hebat dan turut melakukan penyudah yang menakjubkan untuk meledak gol tersebut.

Legenda Manchester United, Gary Neville turut memuji persembahan Salah dan menganggap bintang Mesir itu sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini.

Para penyokong Liverpool sudah mula merasakan yang mereka bakal berjaya mengutip tiga mata penuh selepas mendahului City dengan gol Mo Salah itu.

Namun empat minit sahaja selepas itu, pemain midfield Manchester City, Kevin De Bruyne berjaya meledak gol padu untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Gol padu dan menakjubkan dari Kevin De Bruyne itu merupakan gol pertama beliau dalam saingan Premier League musim 2021/22 ini.

Fabinho hampir saja menjaringkan gol kemenangan untuk Liverpool dalam perlawanan ini, namun rembatan beliau ke arah gawang gol kosong berjaya dihadang oleh Rodri.

Perlawanan tamat dengan keputusan seri 2-2 dengan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati mengutip satu mata selepas mempamerkan aksi persembahan yang menakjubkan.

Tidak dinafikan lagi, aksi 45 minit kedua di Anfield hari ini merupakan aksi perlawanan paling dasyat yang pernah disaksikan oleh para peminat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Saling berbalas gol, tempo permainan, serang menyerang, bertahan dengan cemerlang, aksi panas dalam dan luar padang, penuh dengan drama dan kerana itulah ia dianggap antara aksi 45 minit terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

Keputusan seri 2-2 di Anfield ini melihatkan Liverpool turun satu kedudukan dengan mereka kini berada di kedudukan kedua di belakang Chelsea dalam saingan liga.

The Blues berada di kedudukan pertama dengan mengumpul 16 mata, sementara Liverpool di kedudukan kedua dengan mengumpul 15 mata.

Skuad kendalian Pep Guardiola pula berada di kedudukan ketiga dalam carta liga, dengan mengumpul 14 mata bersama Manchester United, Everton dan Brighton.

Liverpool pada 16 Oktober nanti bakal beraksi bertemu Watford di Vicarage Road dengan mereka tentunya mahu mengutip tiga mata penuh, selepas sekadar mampu seri dari dua perlawanan terakhir dalam saingan Premier League.

Manchester City pula selepas ini bakal melayan kunjungan Burnley ke bumi Etihad, juga dalam misi untuk mengutip tiga mata penuh, agar terus mampu untuk mencabar kejuaraan liga musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Premier League 2020/21: Arsenal 0-3 Aston Villa