Son Heung-min berjaya menjaringkan gol penting untuk Tottenham Hotspur seterusnya menyukarkan Liverpool untuk bersaing merebut gelaran Premier League musim ini.
Liverpool sememangnya tak boleh keciciran mata untuk memburu gelaran liga musim ini, namun mereka baru sahaja mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi di Anfield.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu dominan sepanjang perlawanan namun mereka berjaya diperangkap oleh skuad kendalian Antonio Conte itu menerusi serangan balas.
Not the result we wanted, but we keep going ✊🔴 pic.twitter.com/4j6fgExwTA
— Liverpool FC (@LFC) May 7, 2022
Mujur saja Luis Diaz berjaya membantu Liverpool untuk memperoleh gol penyamaan dan secara tak langsung membantu The Reds untuk setidak-tidaknya membawa pulang satu mata.
Satu mata itu sudah cukup untuk membantu Liverpool memintas Manchester City di puncak saingan liga, namun skuad The Citizens masih mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.
Seandainya Manchester City mampu menewaskan Newcastle United awal pagi nanti, maka Liverpool harus akur mereka sedang ketinggalan 3 mata di belakang pendahulu carta saingan Premier League.
Seandainya Man City mencatatkan kekalahan, maka Juara saingan musim ini berpotensi untuk ditentukan menerusi kiraan gol.
Man City and Arsenal boosted as Liverpool and Tottenham draw #LIVTOThttps://t.co/tjo4WLJhSC
— talkSPORT (@talkSPORT) May 7, 2022
Untuk Tottenham Hotspur sendiri pula, satu mata itu masih tak cukup untuk membantu mereka bersaing dengan Arsenal untuk merebut kedudukan empat teratas dalam carta saingan Premier League.
Spurs pada ketika ini berada di kedudukan kelima dalam carta saingan liga, satu mata di belakang Arsenal yang sedang berada di kedudukan keempat.
Arsenal sementara itu mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan dan seandainya mereka berjaya mengutip tiga mata penuh dari perlawanan itu maka mereka bakal menjarakkan diri empat mata di atas Spurs.
Walaupun keputusan itu sama sekali tak membantu untuk kedua-dua pasukan, walau bagaimanapun satu mata sebenarnya sudah cukup berbanding pulang tangan kosong.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu jelas terlalu dominan pada aksi babak pertama yang dilangsungkan di Anfield itu.
For the first time since October 2021, Liverpool have failed to WIN a Premier League game at Anfield:
WWWWWWWWWWWWD
Goals: 36
Conceded: 3
Clean sheets: 10Spurs stop the juggernaut. pic.twitter.com/L3VMeDmu4u
— William Hill (@WilliamHill) May 7, 2022
Mereka berjaya membuatkan barisan pertahanan Spurs tidak meninggalkan kawasan mereka dan turut cemerlang memastikan para pemain pasukan pelawat sentiasa diasak dan ditekan.
Trent Alexander Arnold hampir meledak gol menerusi sudit sepakan percuma, sebelum percubaan Virgil Van Dijk sekadar terkena palang.
Satu-satunya peluang keemasan untuk Spurs menambah jaringan dalam perlawanan ini adalah ketika Pierre-Emile Hojbjerg melepaskan rembatan padu di luar kotak dan bola rembatan beliau terkena tiang.
Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan para pemain kedua-dua pasukan berjaya mempamerkan aksi persembahan lebih mengujakan pada aksi babak kedua permainan.
Liverpool memulakan aksi babak kedua dengan intensiti yang sama seperti mana mereka akhiri aksi babak pertama dengan Thiago Alcantara, Alexander Arnold dan Andy Robertson terus menerus menghidupkan jentera serangan The Reds.
Luis Díaz has now been directly involved in 30 goals for Porto and Liverpool this season:
▪️ 50 games
▪️ 22 goals
▪️ 8 assistsWhat a player. ⚡️ pic.twitter.com/dzX0EyVGwg
— William Hill (@WilliamHill) May 7, 2022
Walau bagaimanapun, Spurs terlebih dahulu membuktikan kualiti yang mereka miliki ketika melancarkan serangan pantas dengan mereka cemerlang membuka tirai jaringan menerusi Song Heung-min.
Son Heung-min mudah menyempurnakan bola yang diumpan cantik oleh Ryan Sessegnon untuk membantu Tottenham Hotspur mendahului perlawanan 1-0.
Liverpool kemudiannya terus menerus melancarkan serangan merbahaya ke kubu Spurs dengan Ben Davies cemerlang berkali-kali menggagalkan usaha Mo Salah mencari gol penyamaan.
Walau bagaimanapun, kegembiraan Spurs mendahului permainan sepertinya tak kekal lama selepas Luis Diaz kemudiannya cemerlang meledak gol penyamaan untuk Liverpool dalam perlawanan tersebut.
Kedua-dua pasukan kemudiannya bermati-matian melancarkan serangan dalam usaha mereka mahu memburu gol kemenangan dalam perlawanan ini.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan gagal untuk melakukan hal tersebut namun ia tidak menguburkan terus harapan Liverpool untuk muncul Juara musim ini.
Namun begitu, memandangkan Tottenham Hotspur turut berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini, maka satu mata sudah cukup untuk kedua-dua pasukan sebenarnya.
Sumber: talkSPORT