Arsenal Menegaskan Yang Mereka Tidak Akan Melepaskan Saka Kepada Liverpool

Pengarah teknikal Arsenal, sekeras-kerasnya menolak kenyataan yang mengaitkan mereka bakal menjual Bukayo Saka kepada Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini.

The Gunners menegaskan yang mereka tidak akan menjual pemain kebangsaan England itu walau mereka sendiri tahu yang ada kelab dari saingan Premier League yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Komen dari pengarah teknikal kelab itu keluar selepas pemain muda itu hangat dikaitkan dengan bakal mendapatkan kontrak baru bersama kelab.

Saka dilaporkan akan menandatangani kontrak baru yang memperlihatkan gaji beliau dari £70 ribu seminggu akan naik kepada £140,000 ribu seminggu.

The Reds sebelum ini dikatakan sangat berminat mahu mendapatkan pemain penyerang berusia 20 tahun itu dan ada laporan yang mendedahkan bahawa Liverpool mahu mendapatkan Saka kerana mahu menjadikan beliau sebagai pengganti kepada Mohamed Salah.

Bercakap kepada Football.London, Edu turut tampil bercakap tentang masa depan Saka, ketika beliau sedang hangat membincangkan tentang strategi Arsenal dalam pasaran pemain.

“Sebahagian dari perancangan adalah ketika kamu mula menjual pemain, itu memang sangat mencabar.”

“Kamu sememangnya memerlukan seseorang yang sudah bersedia. Jika kita boleh menjual, kita juga sebenarnya boleh membeli. Tapi semuanya memang mencabar.”

“Sebagai contoh, mari bincang tentang musim hadapan atau musim satu lagi, jika kita jual pemain saya tak tahu, Bukayo Saka, itu tak mungkin akan berlaku, tapi itu saya hanya bagi contoh sahaja.”

“Jika kita mahu menjual Bukayo Saka, kita sebagai kelab perlu ada pemain pengganti dia secepat mungkin.”

“Jadi seseorang perlu berada dalam skuad atau kita perlu urus pasaran pemain dengan betul, jadi jika kita menjual dia, kita memang perlu ada pengganti segera dalam skuad kita.”

“Buat masa ini dia tiada pengganti jadi kita tak akan menjual dia dan tak pernah bercadang mahu melakukan itu.”

Arsenal sebelum ini gagal untuk mendapatkan Raphinha pada awal jendela perpindahan musim panas ini dibuka.

Raphinha turut diintai oleh Chelsea yang juga sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya, namun bekas bintang Leeds United itu memilih untuk menyertai Barcelona pada musim panas ini.

Memandangkan Arsenal gagal untuk mendapatkan pemain penyerang yang sesuai untuk menggantikan Saka, maka jelas sekali mereka tidak akan melepaskan bintang muda England itu.

Beliau memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu Arsenal untuk layak ke saingan Europa League musim baharu ini.

Saka berjaya menjaringkan 17 gol dari 98 penampilan untuk skuad Arsenal dan beliau turut banyak menyumbang untuk membantu jentera serangan skuad.

Mikel Arteta sangat berharap agar pemain penyerang versatile itu tidak akan pernah meninggalkan kelab walau kontrak asalnya akan tamat pada 2024 nanti.

Pengurus Arsenal itu berharap agar Saka akan bersetuju untuk menandatangani kontrak baru dan berharap agar pihak kelab tidak menjual bintang muda itu.

Seandainya Saka benar-benar meninggalkan Arsenal satu hari nanti, satu hal yang pasti, The Gunners tidak akan melepaskan beliau dengan yuran perpindahan yang rendah.

Pemain kebangsaan England itu tentunya akan dijual dengan harga yang sangat tinggi apa lagi selepas memikirkan tentang bagaimana hebatnya beliau dan pentingnya peranan beliau untuk kelab.

Seperti yang Edu nyatakan, memandangkan mereka masih belum menemui calon pengganti, maka jelas sekali Gunners tidak akan pernah melepaskan Bukayo Saka apa lagi pada jendela perpindahan musim panas ini.

Adakah Liverpool akan mampu memujuk Saka? atau adakah Arsenal akan mampu memastikan pemain penyerang itu menandatangani kontrak baru? bincangkan di ruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Legenda Liverpool Desak Raphinha Dibawa Ke Anfield Untuk Beri Tekanan Kepada Salah