Liverpool Dicadang Sambar Midfield ‘Flop Of The Season’ Di Ligue 1

Pasukan bola sepak paling hebat di muka bumi, Liverpool telah dicadangkan supaya menyambar kembali pemain midfield yang gagal di Ligue 1 musim lalu bersama PSG.

Cadangan itu hadir dari seorang pundit bernama Noel Whelah yang mendakwa Liverpool sudah pasti berbesar hati dan riang gembira untuk menyambut kepulangan kembali Georginio Wijnaldum.

Pemain berusia 31 tahun itu kini dilaporkan akan dijual kerana juara Perancis itu tidak lagi mahu menagih khidmat Wijnaldum kerana mempunyai pilihan yang banyak di bahagian tengah.

Pada minggu lalu, Wijnaldum telah dikaitkan dengan kepulangan ke Anfield, namun khabar angin itu telah disangkal oleh satu sumber yang boleh dipercayai.

Bagaimanapun, persoalan telah ditimbulkan kembali oleh seorang pakar bola sepak Inggeris yang membuat ramai berfikir sama ada The Reds dan penyokong mereka akan mengalu-alukan kembali bekas pemain Newcastle itu jika peluang itu muncul pada musim panas ini.

Noel Whelan memberitahu Football Insider bahawa kelab Liga Perdana itu sudah pasti mahu bersatu semula dengan Wijnaldum, yang menikmati kejayaan cemerlang selama enam tahun di Barat Laut.

“Jika anda bertanya kepada majoriti peminat Liverpool, mereka mungkin mahu dia kembali,” kata Whelan.

“Apabila ia berkaitan dengan pengurus dan logistik serta segala-galanya, amat sukar untuk membawa pemain kembali sejurus selepas mereka pergi. Sebaik sahaja anda membuat keputusan itu, anda perlu berpegang pada keputusan itu.”

Noel Whelan juga berpendapat tiada masalah untuk Wijnaldum menjadi sebahagian rancangan Liverpool walaupun kurang beraksi dari kesebelasan utama musim lalu dan Liverpool masih memerlukan pemain tengah untuk jangka masa yang panjang.

“Dia seorang pemain yang hebat dan hanya mempunyai jurang tidak beraksi semusim; itu sahaja dia. Liverpool memerlukan asas yang lebih kukuh apabila melibatkan pemain tengah yang akan datang. Seseorang yang boleh beraksi untuk tempoh yang panjang..”

“Saya fikir mereka melakukan perkara yang betul dengan menunggu masa mereka dan menunggu orang yang sesuai untuk bersedia dan pergi ke kelab selama bertahun-tahun dan bukan hanya satu musim.”

Wijnaldum membuat 38 penampilan dalam semua pertandingan untuk PSG musim lalu, menjaringkan tiga gol dan mencatatkan tiga bantuan gol.

Pemain antarabangsa Belanda itu di bawah kontrak di Parc des Princes sehingga 2024 dan menurut Transfermarkt dia bernilai 18 juta euro.

Dengan Piala Dunia musim sejuk semakin hampir, pemain tengah itu akan bersemangat untuk mendapatkan perpindahan ketika dia ingin mengukuhkan tempatnya dalam skuad Belanda.

Wijnaldum idak Gembira Di PSG, Seronok Tengok Rakan Di Liverpool Main Bola

Bekas pemain tengah berbisa Liverpool, Giorginio Wijnaldum telah meluahkan perasaan terbuku dihatinya yang mengejutkan ramai pihak apabila mengakui bahawa beliau tidak gembira berada bersama Paris Saint Germain (PSG).

Kenyataan yang sedih ini hadir hanya empat bulan sahaja selepas Giorginio Wijnaldum menyertai PSG dari Liverpool secara percuma lantaran kontraknya telah tamat.

Giorginio Wijnaldum tiba di the Parc des Princes bersama beberapa nama besar lain seperti Lionel Messi, Sergio Ramos, Gianluigi Donnarumma dan Achraf Hakimi.

Pada awalnya selepas tidak menyambung kontrak bersama Liverpool, Giorginio Wijnaldum bakal bergandingan bersama Memphis Depay dan bermain di bawah kendalian bos lamanya, Ronald Koeman di Barcelona.

Namun Giorginio Wijnaldum telah membuat satu konar leper disaat akhir dengan menyertai PSG dan diikat dengan kontrak selama tiga tahun. Menjauhi Barcelona yang penuh bermasalah.

Selepas cemerlang, gemilang dan terbilang selama lima tahun ditengah padang bersama Liverpool dengan 237 penampilan, Giorginio Wijnaldum tidak memulakan karier dengan baik di kota Paris.

Giorginio Wijnaldum kini bergelut untuk mendapatkan tempat dan masa bermain serta hanya membuat satu penampilan dari kesebelasan utama dalam lima perlawanan terakhir di Ligue 1.

Ini ekoran pengurus PSG, Mauricio Pochettino lebih gemar untuk menggunakan gandingan Idrissa Gueydan Marco Verratti untuk mengemudi jentera tengah.

Luahan hati Giorginio Wijnaldum ini telah dibuat kepada Dutch Media sebelum perlawanan Belanda menentang Gibraltar untuk pusingan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.

“Aku tak boleh nak cakap bahawa aku sebenarnya gembira. Kerana situasi sekarang tidak seperti apa yang aku mahu. Kadangkala bila kau tak bermain itu sangan merisaukan.”

“Tapi inilah bola sepak dan aku perlu belajar menyesuaikan diri dengan situasi ini. Aku seorang pejuang, aku kena kekal positif dan bekerja keras untuk mendapatkan tempat.”

Walaupun sedar ini lumrah bola sepak namun Giorginio Wijnaldum masih terkejut dan perlu menyesuaikan diri ketika beliau mahukan cabaran baru dalam bola sepak.

“Aku telah bermain banyak perlawanan sejak bertahun lalu, sentiasa cergas dan melakukannya dengan bagus. Ini sesuatu yang berbeza dan aku perlu menyesuaikan diri.”

“Aku sedang memandang ke depan dan memulakan dengan langkah baru dan ini yang terjadi. Situasi ini sangat sukar.

Selepas 4 bulan, Giorginio Wijnaldum secara keseluruhannya hanya membuat penampilan sebanyak 11 kali bersama PSG dan gagal memberi sumbangan dari segi gol atau bantuan gol.

Tamat musim Wijnaldum membuat 38 penampilan dalam semua pertandingan untuk PSG musim lalu, menjaringkan tiga gol dan mencatatkan tiga bantuan gol.

Wijnaldum Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Liverpool?

Jurgen Klopp sebolehnya tidak mahu melepaskan Giorginio Wijnaldum dan mahukan pemain tersebut terus kekal dengan menandatangan kontrak lanjutan.

Namun Giorginio Wijnaldum telah mendedahkan bahawa beliau meninggalkan Liverpool kerana beliau merasakan dirinya tidak begitu dihargai di kelab.

Wijnaldum menjelaskan yang ketika penghujung kariernya di Anfield, beliau merasakan para peminat melayannya dengan cara yang tidak sepatutnya.

Beliau turut mengkritik para penyokong Liverpool di media sosial dengan mendakwa dirinya mendapat layanan yang tidak adil setiap kali The Reds kalah.

“Setiap hari ketika sesi latihan dan ketika hari perlawanan, aku akan berikan segalanya.”

“Liverpool sangat bermakna untuk aku. Tapi ada ketika yang membuatkan aku merasa tak disayangi dan mereka tak menghargai aku.”

“Bukan dari rakan sepasukan aku, bukan dari orang-orang di Melwood. aku tahu mereka semua sangat sayangkan aku dan aku juga sayangkan mereka. Ia bukan dari mereka semua, tapi lebih pada golongan lain.”

“Ada satu ketika aku rasa macam tak dihargai. Dalam dua musim terakhir ini, aku ada perasaan macam tu beberapa kali.”

“Media tidak membantu. Ada kisah yang mereka kata aku tak terima tawaran Liverpool kerana aku mahu duit yang lebih banyak, dan para peminat kemudiannya jadikan ia sebagai, ‘OK, sebab dia tak dapat tawaran yang dia nak jadi dia tak akan bermain sehabis baik untuk memenangi perlawanan.’ Semuanya nampak tak berpihak pada aku.”

“Ada ketika aku rasa macam, ‘Wow, aku lagi?’

“Para peminat di stadium dan para peminat di media sosial merupakan dua hal yang berbeza.”

Tambah Wijnaldum lagi.

“Dalam stadium, aku boleh katakan yang tak ada yang tak baik dari mereka. Mereka sentiasa menyokong aku.”

“Dia media sosial, jika kami kalah, aku adalah orang pertama yang akan dipersalahkan, mereka anggap ia kerana aku sudah hendak pergi. Ada ketika aku rasa macam, ‘Wow, jika saja mereka tahu apa yang aku lakukan untuk terus cergas dan bermain setiap perlawanan.”

Luahan hati Wijnaldum sepertinya tidak diterima dengan baik oleh Carragher dan peminat Liverpool yang wujud di muka bumi ini dan telah menimbulkan rasa benci yang sejati.

BACA:  Kelab Arab Saudi Batal Niat Pancing Wijnaldum