Liverpool Hanya Mampu Membeli Pemain Murahan Chiesa Dengan Harga €15 Juta Je

Liverpool akhirnya berjaya mendapatkan Chiesa daripada Juventus dengan bayaran tunai €13 juta pendahuluan serta baki bonus €2 juta akan dibayar kemudian.

Itulah yang mampu dilakukan Liverpool yang hanya mampu membeli pemain buangan dan dilelong kelab lain. Berbeza sekali dengan musuh tradisi mereka Man United yang membeli bintang seperti Zirkzee dan Yoro sahaja sudah mencecah €100 juta. Dan mereka mendapatkan De Ligt serta Mazraoui dengan nilai jauh lebih besar daripada Chiesa. Ugarte on the way datang dengan harga sekitar €60 juta secara keseluruhan.

Liverpool yang sebelum ini ditolak oleh Zubimendi akhirnya menebus sedikit keaiban di jendela perpindahan dengan mendapatkan Chiesa. Itu pun masih belum ada pengumuman rasmi dibuat.

Chiesa bukannya nama asing dalam bola sepak. Dia cemerlang bersama Fiorentina sebelum memuktamadkan perjanjian secara pinjaman ke Juventus pada 2020. Pada akhir tempoh pinjaman itu dia mendapatkan kontrak tetap dengan pasuka Itali tersebut.

Namun musim lalu Juventus mengumumkan mahu menjual Chiesa sebagai langkah untuk mendapatkan wang bagi pendapatan kelab yang masih bergelut dengan masalah kewangan. Hal ini kerana Chiesa sudah memberikan bayangan dia tak akan melanjutkan kontrak baharu.

Jika Chiesa tidak dijual sekarang dia akan menjadi barang percuma apabila musim ini tamat. Thiago Motta sendiri sudah tidak meletakkan nama Chiesa dalam perancangannya kerana tahu pemain itu akan pergi.

Barcelona yang terlepas Nico Williams telah datang dengan tawaran cuba mendapatkan Chiesa. Tetapi kedua dua kelab gagal mencapai kesepakatan harga. Barca yang tidak mahu meneruskan rundingan mengumumkan bahawa mereka menarik diri daripada usaha mendapatkan Chiesa. Mungkin mereka nak tunggu pemain itu datang free agaknya.

Liverpool tidak melepaskan peluang cuba meminang pemain itu agar bergabung dengan mereka. Chiesa boleh menjadi pesaing kepada Luis Diaz di sayap kiri.

Rundingan dengan Liverpool berlangsung pantas dalam masa kira kira 3 hari. Pemain itu serta merta menyatakan dia berminat ke Anfield dan bermain di EPL.

Akhirnya kedua dua kelab setuju dengan kesepakatan harga €15 juta untuk pemain tersebut. Harga yang dianggap sangat murah untuk kualiti Chiesa. Namun bayaran wajib adalah €13 juta sementara bakinya adalah dalam bentuk bonus.

Fabrizio Romano mengesahkan rundingan ini sudah mencapai kesepakatan dan kini proses akhir adalah untuk medikal dan menandatangani kontrak setelah rundingan terma dan syarat peribadi.

Chiesa dikatakan tiada masalah dengan terma dan syarat peribadi yang dicadangkan kepadanya. Dan dia sudah sedia untuk merumput di England pula.

Chiesa musim lalu banyak berehat kerana masalah kecederaan. Dan akhirnya kariernya di Juventus akan berakhir tidak lama lagi untuk menyertai pasukan yang dibimbing pengurus baharu, Arne Slot.

BACA:  Pemain €100 Juta Beri Impak Setanding Pemain Dari Skuad Akademi?