Liverpool Kini Jadi Menu Rahmah Buat Pasukan Lawan

Liverpool kini sudah menjadi seperti Menu Rahmah buat mana-mana pasukan lawan terutamanya pasukan di Premier League apabila menjadi santapan mata yang mudah, murah dan mengenyangkan.

Dalam tempoh seminggu ini rakyat Malaysia dilihat menyambut baik langkah kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) yang telah memperkenalkan Menu Rahmah.

Menu Rahmah merupkan makanan tenghari atau malam yang seimbang merangkumi nasi putih, satu pilihan protein (Ikan atau Ayam) dan satu jenis sayuran dengan harga RM5.00 sahaja.

Ini merupakan inisiatif baharu kerana dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat yang mahu harga barang asasi diturunkan namun ini merupakan satu langkah yang baik.

Sehingga kini dilaporkan sudah ada 15,000 restoran sudah mula menawakan Menu Rahmah berharga RM5 ini yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat dalam mengharungi zaman serba naik ini.

Nun jauh di England, Liverpool sejak bersambungnya kembali bola sepak peringkat kelab selepas Piala Dunia sudah pun memulakan inisiatif mereka seperti Menu Rahmah ini dan berjalan dengan baik bagi tahun 2023.

Mungkin Menu Rahmah yang bertema kasih sayang ini mungkin mendapat inspirasi dari apa yang dilakukan oleh Liverpool kepada lawan mereka yang menawarkan 3 mata atau sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan.

Antara pasukan ketara mendapat manfaat penuh dari Menu Rahmah yang ditawarkan oleh Liverpool bagi tahun 2023 adalah Brighton & Hove Albion dan Wolverhampton Wanderers.

Brighton & Hove Albion sudah dua kali mencatatkan kemenangan ke atas Liverpool dalam tempoh 15 hari di saingan Piala FA dan juga Premier League untuk menghidupkan impian aksi Eropah mereka.

Wolverhampton Wanderers pula seri dan tewas dalam perlawanan ulangan di Piala FA kepada Liverpool namun meraih tiga mata yang ditawarkan dari Menu Rahmah Liverpool dalam pertembungan terkini mereka di Premier League.

Malang buat Liverpool apabila inisiatif mereka untuk mengurangkan kos hidup orang Inggeris memakan diri mereka apabila terus gagal untuk menang di Premier League buat tahun 2023 yang sudah memasuki bulan Februari.

Dalam empat perlawanan Premier League tahun ini Liverpool kalah tiga kali menentang pasukan yang boleh menjadi santapan jika diikutkan kepada reputasi mereka namun sebaliknya terjadi serta hanya seri ketika menentang Chelsea.

Liverpool sebelum ini seperti diketahui dunia merupakan pasukan terhebat di alam semesta dan tidak terkalahkan yang diratib berterusan oleh peminat mereka yang kini mendap menjadi debu halus.

Corak permainan dan kualiti pemain pasukan lain akan dibandingkan dengan Liverpool di mana peminat The Reds meletakkan pasukan kesayangan mereka sebagai penanda aras bagi setiap kehebatan yang wujud dalam bola sepak.

Sebelum ini jika pemain atau pasukan mendapat pujian peminat Liverpool maka seolah-olah pemain/pasukan itu mendapat perkenan atau pengiktirafan bahawa mereka adalah yang tebaik.

Namun kini tidak lagi, mereka tidak mampu untuk mengangkat kepala yang terbenam ke mangkuk jamban, keangkuhan dan keegoan mereka koyak seperti mental mereka sehingga tidak mampu untuk memberi alasan lagi.

Segala ratib mereka tidak lagi relevan, rumput panjang, angin, pasukan lain boleh membeli belah, jadual padat dan kecederaan yang menjadi alasan tidak boleh diterima akal lagi.

Semua pasukan berdepan dengan masalah yang sama kerana mereka bermain di liga yang sama dan kini Liverpool menjadi Menu Rahmah buat semua untuk mendapat tiga mata dan dijadikan santapan.

Liverpool dalam semua kejohanan di tahun 2023, dalam 7 perlawanan Liverpool hanya menang sekali seri dua kali dan kalah empat kali.

1. Brentford 3-1 Liverpool – Premier League
2. Liverpool 2-2 Wolves – Piala FA
3. Brighton 3-0 Liverpool – Premier League
4. Wolves 0-1 Liverpool – Piala FA
5. Liverpool 0-0 Chelsea – Premier League
6. Brighton 2-1 Liverpool – Piala FA
7. Wolves 3-0 Liverpool – Premier League

BACA:  Van Dijk Tidak Jamin Akan Kekal Bersama Liverpool