Pandangan Pakar: Manchester United Sebenarnya Sengaja Kalah Kepada Liverpool

Ramai penyokong Liverpool terlalu gembira dengan kemenangan ke atas Man. United. Padahal pasukan itu hanya berada di tangga ke-8. Namun mereka terpaksa berpura-pura gembira sangat demi menghormati usaha Man. United meng-kalah-kan diri dalam perlawanan ini.

Bagi penyokong Manchester United anda jangan terlalu sedih kerana sebenarnya ini sudah dirancang oleh Man. United selepas mesyuarat antara blok tempoh hari.

Anda lihat sahaja, bermula perlawanan ini, Mourinho merehatkan bintang utama pasukan mereka iaitu Paul Pogba. Beliau juga kehilangan khidmat bakal pemenang Ballon d’Or wawasan 2020 – Alexis Sanchez yang cedera kaki walaupun tak bermain.

Lukaku digantikan dengan Mark Henry iaitu penggusti WWE. FA England membenarkan pemain itu bermain untuk United atas peraturan naturalisasi muka dan badan yang hampir sama.

Pogba tidak dapat diturunkan kerana beliau sedang sibuk meyiapkan video tiktok.

Dalam perlawanan ini Manchester United membenarkan Liverpool untuk terus menyerang. Oleh sebab itu Liverpool mendapat 36 percubaan ke arah gol. Paling banyak dilakukan oleh pasukan sesama EPL sesama mereka selepas 32 shots dilakukan Man. City ke atas Huddersfield.

Bijaknya Liverpool dan Manchester United mencipta teori konspirasi 36 ini apabila jumlah shots Liverpool sama dengan penguasaan bola Manchester United.

Liverpool juga berjaya mengimbangi gol dan bolos Manchester United 29-29 untuk mengelakkan pasukan itu ternegatif perbezaan jaringan sekali lagi.

Liverpool di hadapan menerusi Sadio Mane selepas Ashley Young dengan sengaja buat-buat tak nampak dan membiarkan pemain itu menjaringkan gol.

Manchester United kemudian menyerang secara suka-suka ke arah pintu gol Liverpool untuk memberikan Mohamed Salah dan Firmino berehat sebentar selepas letih menyerang. Namun malangnya first touch Lukaku terlalu kuat menuju Alisson yang terlepas bola, dan Lingard yang tergelincir dan tertolak bola masuk secara tak sengaja.

Nampak penyesalan di wajah Lingard dan Lukaku kerana ini bakal membuatkan mereka seri di Anfield.

Pada separuh masa kedua Jose Mourinho memberikan arahan agar para pemain beliau tidak sekali-sekali melakukan percubaan tepat ke arah gol. Hasilnya, mereka dengan suskses tidak melakukan sebarang on target pada separuh masa kedua.

Liverpool ada 36 shots dan pemain Man. United yang paling banyak shots adalah Pogba dan Martial.Sebab itu Mourinho tak memasukkan Pogba untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku lagi.

Mourinho kemudian memasukkan Fellaini untuk memastikan taktik licik beliau menjadi. Fellaini ternyata tak menghampakan dengan melakukan cross ke shot ini pun kami tak tahu. Terkejut Lukaku, ehhh..  Mark Henry.

Jurgen Klopp kelihatan resah kerana pasukannya tidak dapat menjaringkan gol dan meminta pandangan Mourinho tentang apa yang patut beliau lakukan.

Klopp: Woi macamana ni?
Mourinho: Kejap aku ejas suruh bebudak aku bagi ruang depan tu, kau masukkan Shakira, eh Shaqiri
Klopp: Tapi sapa aku nak keluarkan ni bro
Mourinho: Keluarkan Keita tu. Klopp: Ok ok, nanti aku buat

Atas nasihat Mourinho Klopp masukkan Shaqiri. Dan hasilnya Shaqiri melakukan 2 gol hasil daripada bantuan ehsan pemain pertahanan Man. United. Ashley Young membantu Shaqiri untuk gol pertama dan Eric Bailly untuk gol kedua.

Selepas itu penyokong Liverpool menyatakan terima kasih dan solidariti mereka dengan menyanyi Don’t Sack Mourinho. Ternyata mereka menghargai apa yang dilakukan oleh Mourinho.

Kenapa sengaja nak kalah?

Ini kerana juga Manchester United menang, mereka akan membuatkan Manchester City berada di tangga teratas liga. Oleh itu Mourinho tak mahu jiran mereka itu lebih bahagia daripada mereka. Sebelum perlawanan ramai penyokong City konon-konon menyatakan hari ini Manchester bersatu untuk melihat Liverpool kalah.

Tamat perlawanan Mourinho meletakkan sasaran top 6, eh top 5 eh top 4.

“Saya sangat percaya pasukan kami akan menamatkan saingan di 6 teratas. Dan yang terbaik kami lakukan adalah 4 teratas. Jangan sembang pasal title la, itu sudah mustahil. Kita kayuh no.5 dahulu,” kata Mourinho sambil melihat nama Arsenal.

Dengan ini diharap Manchester United kalah lebih bermaruah selepas ini.

BACA:  Tak Ada Seorang pun Pemain United Yang Layak Berada Dalam Skuad City