Liverpool Sedia Lepaskan Salah Dengan Harga £60 juta?

Khabar angin kembali bertiup mengenai masa depan Mohamed Salah dan kali ini dilaporkan bahawa kelab terulung, Liverpool sudah sedia untuk melepaskan pemain sayap itu dengan harga £60 juta atu RM324 juta.

Sehingga ke hari Liverpool dan Mohamed Salah gagal mencapai kata sepakat dalam perjanjian baru untuk terus mengekalkan pemain antarabangsa Mesir itu untuk terus kekal di Anfield.

Mohamed Salah bakal memasuki musim terakhir dalam kontraknya bersama Liverpool yang akan tamat pada musim panas 2023.

Liverpool akan kehilangan Salah secara percuma dan tidak meraih hasil jika sebarang kontrak baharu gagal dimeterai sebelum musim baru bermula.


Walaupun sudah kehilangan Sadio Mane kepada Bayern Munich dengan harga £35 juta, Liverpool dilaporkan berkira-kira dan bersedia untuk mempertimbangkan tawaran dalam lingkungan £60 juta untuk Salah.

Secara logiknya Liverpool pasti tidak mahu mengalami kerugian dan masih mempunyai masa mencari pengganti jika Salah dilepaskan dengan kadar segera.

Tambahan pula perjanjian menemui jalan buntu kerana Salah mahukan gaji mingguan sehingga £400,000 dan situasi ini berlarutan hampir setahun.

Pada ketika ini, pemain yang menerima gaji paling tinggi di Anfield adalah pemain pertahanan, Virgil van Dijk, iaitu £240,000 seminggu.

Sebagai kelab yang memegang utuh kepada struktur gaji yang bersempadan dan tidak melampau sukar untuk Liverpool memenuhi permintaan Salah.

Dengan gaji £400,000 seminggu di usia Salah menjengah awal 30-an merupakan sesuatu yang tidak berbaloi.

Perpecahan akan terjadi apabila ada pemain lain yang mahukan kenaikkan gaji yang tinggi seperti Salah sebagaimana yang terjadi di Old Trafford.

Alexis Sanchez dibawa secara percuma dan diberikan gaji besar yang mampu £500,000 seminggu berserta bonus penampilan gol dan assist.

Situasi ini membuatkan Paul Pogba yang merasakan dirinya pemain terpenting mahukan kenaikkan gaji sehinggakan bekata £300,000 seminggu seperti tiada apa-apa.

Dan apabila struktur gaji tidak dijaga dan pembayaran melampau berlaku maka boleh terjadilah seperti mana yang dialami oleh Barcelona menanggung beban hutang yang tinggi.

Liverpool telah membawa masuk penyerang Darwin Nunez dan mereka juga mempunyai Diogo Jota dan Roberto Firmino tetapi kehilangan Salah masih sangat ketara dari segi pilihan keseluruhan serangan mereka.

Musim lalu Salah menjaringkan 31 gol dan memberikan 16 bantuan untuk Liverpool dalam 51 penampilan dalam semua pertandingan.

Sejak menyertai Liverpool pada 2017, Salah telah memenangi Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga serta Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.

Liverpool mempunyai pilihan lain seperti Luis Diaz, yang sangat mengagumkan sejak menyertai Januari, manakala pemain muda Harvey Elliott dan pendatang baru Fabio Carvalho juga boleh meningkat.

Bagaimanapun, kehilangan kedua-dua Mane dan Salah, yang sangat bermakna untuk pasukan Jurgen Klopp dalam beberapa tahun kebelakangan ini, akan menjadi tamparan hebat buat Liverpool.

Namun pada awal tahun ini Liverpool berjaya mengharungi perlawanan tanpa Sadio Mane dan Mohamed Salah yang mewakili negara masing-masing di saingan Piala Negara Afrika (AFCON).

Piala Negara Afrika (AFCON) 2022 bermula dari 9 januari sehingga 6 februari dan Liverpool beraksi tanpa Salah dan Mane sepanjang tempoh itu yang berjaya membawa negara masing-masing ke final.

Liverpool ketinggalan berbelas mata kepada City dan ketiadaan Salah dan Mane membuatkan ramai berpendapat Liverpool akan bermasalah.

Sebaliknya terjadi apabila Liverpool konsisten mengejar mata demi mata sehinggakan penentuan juara Premier League hanya dapat ditentukan pada hari terakhir musim.

Tugas itu digalas dengan cemerlang oleh Roberto Firmino, Diogo Jota dan pendatang baru Luis Diaz yang seperti sudah 10 tahun beraksi bersama Liverpool.

Kehebatan Liverpool sebenarnya terletak kepada kepala hotak Jurgen Klopp yang sangat bijak dalam menggunakan pemain yang ada untuk meraih kemenangan.

Kehilangan duo pasti dirasai dan juga mungkin dengan segera dilupai jika pemain baru yang dibawa mampu memberikan impak segera seperti Diaz.

Liverpool merupakan pasukan yang mengekor rapat pemain mesir itu apatah lagi selepas mereka gagal mendapatkan Kylian Mbappe.

BACA:  Xavi Mahu Bawa Pemain Bintang Sensasi Liverpool ke Barcelona