Liverpool Sudah Membuat Keputusan Berkait Masa Depan Roberto Firmino

Liverpool sudah menegaskan kepada Juventus yang mereka menolak untuk menjual Roberto Firmino pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut sumber laporan dari Corriere Dello Sport, Liverpool sudah menolak tawaran bernilai €22.5 juta dari Juventus untuk mendapatkan Firmino.

Pemain penyerang kebangsaan Brazil itu pada awalnya dikatakan sedang melakukan rundingan dengan skuad The Old Lady, namun Liverpool tampil menutup laluan keluar untuk Firmino meninggalkan Anfield pada musim panas ini.

Firmino hanya mempunyai baki kontrak selama satu tahun sahaja bersama Liverpool dan beliau juga sebenarnya antara pemain yang paling disayangi oleh peminat serta staff di Anfield.

Sejak hampir sedekad terakhir ini, Roberto Firmino dianggap sebagai antara pemain terpenting dalam sistem di Anfield.

Sejak menandatangani kontrak bersama Liverpool pada tahun 2015 lalu, Firmino telah bermain lebih banyak permainan di bawah kendalian Jurgen Klopp berbanding mana-mana pemain lain.

Beliau telah membuat 327 penampilan bersama Liverpool dengan beliau turut menjaringkan 98 gol dan mencatatkan 67 assists dari semua pertandingan.

Walaupun beliau berpotensi untuk menjadi pilihan kedua di belakang pemain terbaru Liverpool, Darwin Nunez dan Diogo Jota, pemain kebangsaan Brazil itu dikatakan akan tetap memainkan peranan penting untuk skuad Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Peranan yang dimaksudkan termasuklah untuk membimbing pemain muda dan beraksi dalam pertandingan Cup Competition.

Beliau juga dikatakan akan menjadi back up untuk aksi-aksi dalam saingan Premier League andai khidmatnya di perlukan.

Liverpool sudah menjual Sadio Mane kepada Bayern Munich, Takumi Minamino kepada Monaco dan turut melepaskan Divock Origi sebagai pemain bebas ejen pada penghujung musim lalu.

Divock Origi kemudiannya telah menyertai AC Milan pada musim panas ini dan sudah tentu The Reds tidak mungkin akan sanggup untuk kehilangan seorang lagi pemain penyerang mereka pada ketika ini.

Jurgen Klopp menjelaskan dalam sidang media terbarunya menjelang aksi bertemu Manchester City dengan menyatakan bahawa:

“Bobby sememangnya sangat penting untuk kami, hati dan jiwa untuk pasukan ini.”

“Semuanya nampak sangat sempurna dan saya sama sekali tiada masalah dengan Firmino.”

“Bagi saya, tiada keraguan tentang kualiti dia, jadi ya, dia sememangnya sangat penting untuk kami.”

Melihat kepada kenyataan Jurgen Klopp itu, jelas sekali Liverpool tidak akan pernah melepaskan Firmino pada musim panas ini.

Di tambah pula Diogo Jota kerap dibelenggu masalah kecederaan dan Darwin Nunez masih gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, maka tidak mustahil khidmat Firmino sangat ditagih.

Darwin Nunez antara pemain yang paling teruk dikritik oleh pelbagai pihak kerana gagal mempamerkan aksi persembahan terbaik beliau ketika aksi perlawanan persahabatan mereka.

Baru pra musim beliau sudah teruk dihentam oleh pelbagai pihak dan jelas sekali semua pihak sedar beliau bakal menjadi pemain paling mencuri perhatian pada musim baharu nanti.

Penyokong Liverpool tentu saja berharap agar beliau akan mampu pamer aksi persembahan terbaiknya pada musim baharu nanti, sementara penyokong pasukan seteru pula berharap agar beliau akan gagal.

Jurgen Klopp sendiri sementara itu perlu ada back up plan seandainya Nunez gagal dan jelas sekali beliau perlu ada Roberto Firmino dalam skuadnya.

Bintang Brazil itu akan sangat diharapkan bakal mampu mendapatkan persembahan terbaiknya kerana beliau mungkin akan menjadi pemain harapan.

Semua pihak pada ketika ini menunggu bermulanya musim baharu kerana mereka sudah tidak sabar mahu melihat aksi Darwin Nunez beraksi bersama kesebelasan utama The Reds.

Adakah Darwin Nunez akan berjaya? atau beliau bakal menjadi pembelian yang gagal? bincangkan di ruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  "Mana Elliot?"- Penyokong Liverpool Bengang Southgate Panggil Mainoo