Luke Shaw Nafi Dakwaan Mengatakan Beliau Semakin Gemuk

Pemain pertahanan Manchester United, Luke Shaw menafikan dakwaan beliau tidak pandai menjaga berat badan dan menempelak pihak yang membuat tuduhan liar tersebut. Beliau juga berkata akan terus berjuang untuk mendapatkan kontrak baru di Old Trafford.

Shaw menyertai Manchester United pada tahun 2014 dari Southampton dengan yuran perpindahan sekitar £30 juta, menjadikan Shaw sebagai pemain remaja termahal dunia pada ketika itu.

Chelsea yang dibimbing Jose Mourinho ketika itu turut berminat untuk mendapatkan Shaw tetapi pemain antarabangsa England itu memilih untuk mengembangkan kariernya bersama Red Devils.

Shaw dakwa menjadi mangsa gosip liar Beautifulnara dan RotiKaya

Sejak menyertai United, Shaw gagal untuk benar-benar mempamerkan prestasi yang pernah ditampilkan beliau ketika bermain dengan Southampton suatu ketika dahulu.

Shaw pernah dilabel sebagai ‘The Next Gareth Bale’ kerana kemampuan beliau mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan dan kepantasannya.

Musim lepas menyaksikan Shaw sering memanaskan bangku simpanan kerana Mourinho lebih gemar menggunakan Ashley Young di posisi pertahanan kiri. Shaw juga kerap menerima kritikan dari pelbagai pihak mengenai tahap fizikal beliau yang dikatakan tidak sesuai untuk bergelar pemain profesional bola sepak.

Shaw kini memasuki tahun terakhir dalam kontraknya dan beliau berazam untuk bangkit pada musim hadapan bagi mendapatkan kontrak baru di Old Trafford.

Memandangkan Young masih lagi bercuti kerana penglibatan dalam Piala Dunia 2018, Shaw mendapat kepercayaan Mourinho untuk berada dalam kesebelasan utama bagi kesemua perlawanan pra-musim United setakat ini.

Mana ada gemuk cam ni

Shaw dijangka bakal mengisi slot pertahanan kiri United bagi menghadapi kempen Liga Perdana Inggeris 2018/2019 yang bakal bermula tidak lama lagi. Shaw turut mendakwa kritikan yang dilemparkan terhadap beliau sebelum ini sebenarnya tidak mempunyai asas yang kukuh.

“Sudah tentu orang di luar sana boleh cakap saya gemuk. Tetapi saya kenal badan saya macam mana.”

“Saya sentiasa kelihatan besar kerana rangka tubuh saya yang besar. Anda boleh kata badan saya ni macam jenis badan yang dimiliki Wayne Rooney.”

“Saya cuma perlu mengendahkan kritikan yang dilemparkan kepada saya, kerana komen positif atau negatif akan sentiasa ada. Kedua-duanya mampu menjadikan anda pemain yang lebih kuat.”

Masa depan Shaw masih lagi samar selagi Mourinho bergelar pengurus Manchester United

“Pada musim pertama saya tiba di United, saya tidak sedar betapa tinggi langkah yang saya ambil ketika itu. Saya hanya menjalani latihan seperti biasa, tetapi saya tidak sedar yang saya sebenarnya perlu bekerja dengan lebih keras.”

“Saya tidak bernasib baik kerana mempunyai hubungan naik turun bersama pengurus yang berbeza. Kadang kala orang di luar sana menganggap saya tidak cergas walaupun saya sebenarnya amat cergas.”

“Saya boleh katakan saya selalu menjaga tahap fizikal badan saya.”

BACA:  Casemiro Dan Fred Ajar Reading Cara Membaca Dengan Betul, Kad Merah Buat Andy Caroll 1.0