Pemain midfield Manchester City, Fernandinho telah mengumumkan yang musim ini bakal menjadi musim terakhirnya di Etihad dengan beliau memilih untuk menyertai pasukan lain pada musim hadapan.
Hal itu sepertinya benar-benar membuatkan Pep Guardiola terkejut kerana beliau langsung tidak tahu tentang hasrat pemain midfieldnya itu yang mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini.
Pemain berusia 36 tahun itu telah menghabiskan karier selama 9 tahun di Etihad dengan beliau sepanjang kariernya telah berjaya membantu City memenangi 11 Piala utama.
“I will go back to Brazil. I decided with my family, which is the most important for me.”
Fernandinho plans to leave Man City this summer as Pep Guardiola is left stunned in press conference #MCFChttps://t.co/3nwxfzDNzg
— talkSPORT (@talkSPORT) April 13, 2022
Kontrak beliau bersama kelab akan tamat pada penghujung musim ini dengan Fernandinho dilaporkan tidak berminat untuk menandatangani kontrak baru bersama Man City.
Ramai yang menjangkakan musim 2020/2021 bakal menjadi musim terakhirnya bersama kelab, namun beliau ketika itu telah menandatangani kontrak baru bersama kelab, namun malang untuk Fernandinho kerana beliau sepanjang musim ini tidak lagi mendapat tempat bersama skuad utama.
Dek kerana kekurangan minit permainan, Fernandinho akhirnya memilih untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini dan mahu kembali ke negara asalnya, Brazil untuk mendapatkan minit permainan bersama skuad utama.
Ketika ditanya adakah beliau mahu melanjutkan kontraknya selama satu musim lagi, Fernandinho menjawab:
“Tidak, saya mahu kerap bermain.”
“Saya mahu kembali ke Brazil, saya sudah berbincang dengan keluarga saya dan itu adalah hal terpenting untuk saya.”
Fernandinho stuns Pep Guardiola by revealing he’ll leave Manchester City in press conference ahead of Atletico Madrid clash | @TelegraphDucker https://t.co/1w3vrfVSVp #MCFC
— Telegraph Sport (@TelegraphSport) April 12, 2022
Pengurus Man City terkejut ketika mendengar hal tersebut dengan beliau hanya tahu tentang hal itu ketika sesi sidang medianya menjelang aksi perlawanan bertemu Atletico Madrid.
Ketika ditanya tentang keputusan Fernandinho mahu meninggalkan kelab, Pep Guardiola menyatakan bahawa:
“Maaf?”
Soal Pep ketika mendengar soalan dari media.
“Saya baru tahu berita ini dari kamu. Saya sendiri tak pernah dengar tentang itu. Kita akan lihat apa yang akan berlaku. Saya tak tahu apa akan berlaku. Dia sendiri sebenarnya pemain yang sangat penting. Saya akan tanya sendiri pada dia.”
Pengurus Man City itu kemudiannya menyatakan bahawa:
“Pada akhir musim ini nanti kami akan berunding, mungkin ia kerana faktor keluarga dia. Saya benar-benar mahu bercakap dengan dia dan kami akan bincangkan hal ini.”
Pep said he didn’t know Fernandinho was leaving 😆
(via @footballdaily)pic.twitter.com/KxfJbWS0Vw
— B/R Football (@brfootball) April 12, 2022
Fernandinho telah menjadi nadi penting untuk skuad Man City sejak dari awal ketibaan beliau dari Shakhtar Donetsk pada tahun 2013 yang lalu, namun kini beliau sepertinya kerap berada di bangku simpanan kerana Pep Guardiola lebih memilih Rodri berbanding bintang Brazil itu.
Kali terakhir pemain veteran kelab itu membuat penampilan bersama skuad utama adalah ketika aksi bertemu Sporting dalam saingan Champions League pada Mac lalu.
Walau tidak lagi diturunkan dalam kesebelasan utama, namun Pep Guardiola tetap menegaskan yang Fernandinho memainkan peranan sangat penting di luar padang.
“Peranan yang dia bawa musim ini, saya suka dengan orang yang jaga sikap dia di belakang tabir.”
Jelas Pep Guardiola lagi.
“Saya tahu apa yang telah dia lakukan, di belakang saya, dia uruskan ramai pemain kita dan dia banyak beri manfaat kepada pasukan.”
“Saya puji dia dan dia sudah berada di sini ketika saya tiba. Raheem Sterling, Kevin De Bruyne, John Stones dan beberapa pemain lain. Kami betul-betul sudah mengenali dia kerana dari hari pertama dia sudah berada di sini.”
“Seorang pemain yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk Manchester City. Ada hal yang tak ada orang tahu tapi saya sangat-sangat tahu.”
The moment Pep Guardiola was told about Fernandinho’s decision to leave #ManCity: pic.twitter.com/aow7rKyBQA
— City Xtra (@City_Xtra) April 12, 2022
Fernandinho kemudiannya menyusuli pendedahan beliau itu dengan memuat naik dua status di laman twitter miliknya dengan menyatakan:
“Saya 100 peratus yakin yang saya sebenarnya sangat spontan ketika menjawab soalan di sidang media hari ini. Tapi sesiapa yang mengenali saya, mereka sudah tentu tahu tentang kejujuran saya bersama Man City dan tanggungjawab saya sebagai ketua pasukan.”
“Tumpuan saya adalah 100 peratus mahu membantu kelab memenangi kesemua Piala yang boleh kami menangi dan saya hanya akan bercakap tentang masa depan saya pada hujung musim nanti.”
Sumber: talkSPORT