Pep Guardiola: Haaland Tidak Akan Jadi Pengganti Aguero

Pengurus Manchester City memberi bayangan bahawa, Erling Braut Haaland tidak akan menjadi pengganti penyerang legenda mereka, Sergio Aguero yang akan berpisah secara baik di penghujung musim ini.

Perpisahan Sergio Aguero dan Manchester City menimbulkan spekulasi bahawa Erling Braut Haaland akan menjadi pemain paling berpotensi menggantikan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman City itu.

Berita ini diumumkan oleh Manchester City melalui laman sesawang rasmi mereka, mancity.com dan perpisahan ini terjadi kerana kontrak Aguero akan tamat pada musim panas ini.

Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al Mubarak telah mendedahkan bahawa tugu Aguero akan didirikan bersama-sama dengan bekas rakan sepasukan Sergio, David Silva dan Vincent Kompany.

Pep Guardiola menyatakan perkara ini dalam satu sidang media bersama Sky Sports:

“Aku mahu menjelaskan, mungkin, mungkin kami akan mencari pemain baru untuk menggantikan Sergio Aguero.”

“Berdasarkan harga, hampir mustahil. dari segi apa yang beliau lakukan untuk kelab, sangat mustahil.”

Dengan situasi kewangan yang agak meruncing dihadapi oleh semua kelab kini, mustahil untuk membeli pemain dengan harga seperti Haaland.

“Dengar, dengan harga ini kami tidak akan membeli penyerang, Maaf kami tidak akan membeli mana-mana penyerang. Sangat mustahil.kami tak mampu.

“Semua kelab bergelut dengan kewangan dan kami tidak terkecuali.”

“Mungkin kami akan membeli dan mungkin kami tidak tidak akan membeli penyerang untuk musim hadapan. Hari ini, besar kemungkinannya peluang untuk kami tidak berbelanja.”

Pep Guardiola juga menjelaskan bahawa Manchester City mempunyai pemain yang lengkap di pasukan utama dan prospek di akademi.

“Kami mempunyai pemain yang mencukupi di pasukan utama dan pemain yang menarik di akademi.”

“Dengan masalah ekonomi melanda dunia jadi peluangnya sangat besar untuk kami membeli penyerang.”

Dengan situasi wabak melanda dunia sejak tahun lalu, penyokong tidak dapat hadir ke stadium yang mengurangkan pendapatan kelab dan memberi masalah kepada ekonomi kelab.

Musim panas lepas Manchester City telah membelanjakan £100 juta untuk mendapatkan tiga pemain bagi memperkuatkan pasukan iaitu Ruben Dias Nathan Aki dan Ferran Torres.

Bagi mengimbangi pembelian ini Manchester City telah menjulan Nicolas Otamendi dan Leroy Sane. KetiadaaN Aguero yang menerima gaji agak lumayan akan memberi sedikit kelegaan kepada kewangan City.

Sergio Aguero menerima gaji sebanyak £230,135 seminggu bersamaan £13 juta setahun dan tiada masalah untuk City membawa masuk pemain baru tetapi dengan harga masuk akal.

Untuk mendapatkan Erling Braut Haaland, Manchester City dilaporkan perlu berbelanja sebanyak £300 juta untuk kontrak selama lima tahun. Harga tidak masuk akal.

Ini kerana £150 juta merupakan nilai yuran perpindahan yang terendah dimahukan Borussia Dortmund dan £150 juta lagi merupakan nilai bayaran gajinya selama tempoh tersebut.

Manchester City juga dilaporkan perlu menyediakan tawaran gaji bernilai £600,000 seminggu untuk menandatangani Haaland pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Jumlah £300 juta untuk seorang pemain untuk tempoh 5 tahun merupakan sesuatu yang tidak berbaloi bagi mana-mana kelab dan dengan kemampuan Pep Guardiola beliau mampu menukar mana-mana pemain menjadi mesin gol.

Dengan penjualan dua pemain dan membeli tiga pemain baru bernilai £100 juta, Manchester City dudah menjadi pasukan yang hampir tidak dapat dikalahkan di Premier League kini.

Seperti apa yang diperkatakan oleh Pep Guardiola adalah mustahil untuk mencari pengganti Aguero dengan apa yang beliau sumbangkan kepada kelab sepanjang 10 tahun ini.

Aguero menyertai Manchester City pada musim panas 2011 dan tidak perlu menunggu lama untuk memberikan impak dengan dua gol dan satu assist dalam debut selama 30 minit menewaskan Swansea 4-0.

Sudah pasti detik paling diingati jaringan penyamaan minit akhir Aguero pada perlawanan terakhir musim menentang Queens Park Ranger dan memastikan gelaran pertama Premier League buat City.

Jaringan Aguero pasti diingati oleh peminat Manchester United kerana jaringan itu menafikan gelaran juara buat Setan Merah.

Aguero telah memecahkan rekod yang dipegang selama 78 tahun oleh Eric Brool yang menjaringkan 177 gol dalam 494 perlawanan.

Secara keseluruhannya setakat ini, Aguero telah menjaringkan 257 gol dalam penampilan untuk Manchester City.

Sepanjang 10 tahun, Aguero telah membantu Manchester City menjulang tiga gelaran Premier League (4 musim ini), satu FA Cup dan lima League Cup.

BACA:  Mourinho Kecam Klopp Dan Pep Dalam Temu Bual Pertamanya Selepas Dipecat