Maguire Ditahan di Greece Selepas Begaduh Dan Melawan Pihak Polis

Ketua pasukan paling agung dalam sejarah peradaban dunia, Manchester United dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa Greece kerana menyerang pihak polis selepas terlibat dalam satu pergaduhan.

Pemain pertahanan dunia itu telah bergaduh dengan pelancong daripada British diluar sebuah bar di MyKonos, sebuah pulau di Greece dan pergaduhan itu telah disedari oleh pihak polis.

Tiga orang ditahan termasuk Maguire kerana telah melawan pihak polis secara lisan dan fizikal selepas pihak polis cuba masuk campur dalam pergaduhan itu.

Berita ini telah tersebar dengan jayanya melalui akhbar tempatan Greece protothema dengan kejadian yang terjadi pada pagi jumaat itu.

Akhbar tempatan telah melaporkan bahawa, Hary Maguire salah seorang daripada tiga yang ditahan telah dibawa ke balai polis dengan bergari selepas terlibat dalam pergaduhan.

Menurut ciapan Simon Stone, wartawan bola sepak BBC di laman Twitternya, Manchester United telah mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tersebut:

“Kelab menyedari insiden yang melibatkan Harry Maguire malam tadi di Mykonos.”

“Harry telah dihubungi dan beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa Yunani(Greece).”

“Pada masa ini kami tidak akan memberi ulasan lanjut mengenai insiden ini.”

Lawan pihak polis secara lisan dan fizikal, tetapi memberi kerjasama sepenuhnya?

Dalam kenyataan pihak polis kepada ESPN, polis mengesahkan bahawa Maguire telah ditahan dan juga telah memaki hamun dan memukul pihak berkuasa.

“Pemain bola sepak itu telah menyerang secara lisan kepada pegawai dan kemudian memukul beliau. Tiga orang telah melawan ketika dibawa ke balai polis Mykonos.”

Maguire telah menjadi pemain pertahanan termahal dunia selepas dibeli oleh Manchester United daripada Leicester City dengan harga £80 juta.

Pemain pertahanan England itu telah berjaya membawa Machester United ke tiga perlawanan separuh akhir iaitu, League Cup, FA Cup dan Europa League sebelum kecundang.

Maguire juga telah membantu Setan Merah mara ke Champions League musim hadapan dengan menduduki tempat ketiga Premier League.

Secara statistiknya tidak jauh beza pun Maguire dengan Virgil Van Dijk, walaupun Maguire sentiasa diayamkan namun Maguire tidak pernah melakukan ‘Error Leading to goal’.

BACA:  Maguire Sudah Meramal Terlebih Dahulu Beliau Akan Menjaringkan Gol Ketika Menentang Chelsea