Malam Liverpool Berperangai Astro Ketika Menentang PSG

Liverpool bermula dengan sangat power dalam perlawanan pertama. Membuatkan PSG menjadi pasukan yang hanya datang ke Liverpool untuk melawat taman pejalan kaki di luar stadium.

Di dalam stadium, ultras PSG dengan lantang menyanyikan lagu luaskan kuasamu PSG dan bermacam lagi lagu. Ada yang membaling botol kerana sudah yakin akan dapat seri dengan Liverpool. Itu satu kebanggaan bagi mereka.

Liverpool sepatutnya 8-0 di hadapan pada separuh masa pertama namun mereka tidak melakukannya kerana Neymar berkata dia tak sedia lagi. Lalu Liverpool hanya menjaringkan 2 gol.

Itupun gol kedua kerana dipaksa oleh PSG untuk melakukannya. Liverpool ternyata mahu menunggu Neymar betul-betul sedia untuk memulakan pertarungan.

Milner memberikan isyarat kepada Areola. Dia berkata dia akan merembat bola ke sebelah kiri Areola. Penjaga gol itu pun melompat ke arah itu.

Ya betul bola itu dituju ke sana, tapi kerana sepakan terlalu power, Areola mendengus tak dapat menyelamatkannya.

Milner dengan wajah terpaksa meraikan gol itu

Separuh masa kedua, pemain-pemain Liverpool masih menantikan Neymar benar-benar bersedia. Dan pemain itu seperti sudah membuang masa mereka terlalu lama.

Lalu Mohamed Salah yang kebosanan, telah memberikan bola kepada pemain PSG kerana mahukan sedikit fight ataupun cabaran seperti mana Piala Cabaran di Malaysia.

Rakusnya Neymar terus berkata, saya dah sedia ni. Lalu dia menghulurkan bola kepada Mbappe yang juga sunyi sepanjang malam.

Selepas PSG menyamakan kedudukan, Rahim Martial sudah bersedia dengan status trollnya. Dia menjerit. Ah, makanan ni, makanan.

Manakala Fendi Hazard dan juga Razif Abumiang pun sudah sedia untuk mengtroll Liverpool. Mereka berdua duduk di mamak sambil bermain PUBG dengan kemaskini peta baharu.

Lalu Klopp menggunakan taktikal sebenar mereka dalam perlawanan ini. Memasukkan Roberto Firmino yang baru sahaja tamat sesi bertemu pakar urut mata.

Firmino dengan fahamnya telah menggelecek pemain lawan menyumbat gol dari sudut sukar. Ini yang membuatkan penyokong Liverpool gembira pada awal pagi. Ada yang kena marah dengan bini mereka.

Dia meraikan gol dengan gaya lanun mata satu selepas matanya dinodai oleh Vertonghen dalam perlawanan menentang pasukan dengan logo ayam bertenggek atas bola.

Selain itu, Firmino hanya memandang PSG sebelah mata dalam perlawanan ini untuk melakukan gol.

Firmino hanya pandang PSG sebelah mata

Itulah kisah Liverpool yang berperangai Astro dalam perlawanan ini. Sepanjang hari Astro mempermainkan perasaan penyokong Liverpool yang resah takut mereka rugi membayar pakej sukan tapi tiada Liga Juara-Juara Eropah.

Mereka begitu marah dengan Astro dan membuatkan Arya terpaksa ditukar dengan Aida.

Arya dihentam teruk di ruangan PM tepi Astro

Wakil The Sukan menggunakan bahasa indah penuh dengan sopan santun bertanya akan hal siaran langsung. Ternyata mesej kami dibalas Aida.

Ada sesapa lagi dapat reply dari Aida? Ke semua Arya?

Dan saat akhir barulah diberikan sinar kepada mereka dengan mengumumkan adanya siaran langsung perlawanan Liverpool dan PSG.

Gembiranya Shafiq Carragher mendengar berita itu lalu meludah orang di sekelilingnya. Mungkin orang Astro ini penyokong PSG yang tahu pasukan mereka akan dimalukan di Anfield agaknya.

Begitulah juga Liverpool. Yang seperti Astro. Membuatkan penyokong mereka resah pada last minute barulah berikan kebahagiaan.

Ternyata Tuchel ini adalah suwer yang nyata. 2 kali dia datang ke Anfield, 2 kali juga pasukannya dikalahkan gol last minute.

Inilah wajah pemain-pemain PSG menangis meraung dipermainkan oleh Roberto Firmino. Salah seorang daripada yang ada dalam gambar ini adalah mereka sesama seBrazil.

Dengan itu, sahlah Liverpool memang power dan This Year Is Our Year!

BACA:  Klopp Bingung Pemain Sehebat Mane Gagal Hadirkan Impak Bersama Bayern Munich