Fulham Beli Pemain ‘Buangan’ Liverpool Secara Percuma

Kelab Liga Perdana Inggeris, Fulham mengumumkan telah menandatangani pemain sayap Liverpool, Lazar Markovic secara percuma dengan kontrak sehingga penghujung musim ini.

Markovic yang menghabiskan 4 tahun setengah bersama Liverpool tanpa memenangi sebarang trofi, bakal meneruskan kariernya bersama The Cottagers dalam usaha membantu kelab tersebut dari tersingkir ke liga bawahan musim hadapan.

Liverpool akhirnya berjaya menemui kelab yang sudi mengambil Markovic. 4 tahun setengah di Anfield tanpa memenangi sebarang trofi ! Baik masuk JDT

Pemain berusia 24 tahun ini menyertai Liverpool pada tahun 2014 dengan yuran perpindahan sekitar £20 juta ($26 juta) dari Benfica, tetapi bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya di Anfield.

Kali terakhir Markovic bermain untuk Liverpool adalah pada bulan Mei 2015, hampir 4 tahun yang lalu. Sejak dari itu, beliau telah dipinjamkan ke beberapa buah kelab seperti Fenerbache, Sporting, Hull City dan Anderlecht.

Liverpool sebenarnya telah lama berniat untuk ‘membuang’ Markovic dari skuad mereka bagi meringankan sedikit beban gaji pasukan dengan Markovic menerima £50,000 dalam gajinya.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Fulham, kelab tersebut menandatangani Markovic selepas menerima cadangan daripada penyerang pasukan, Aleksandar Mitrović.

Mitrovic berjaya pujuk Fulham untuk selamatkan rakannya dari terus mereput di LIverpool

“Markovic mula mencipta nama ketika bermain untuk Partizan Belgrade dimana beliau adalah rakan sepasukan kepada Aleksandar Mitrovic dan telah dinamakan dalam kesebelasan terbaik tahunan SuperLiga dalam setiap musim yang beliau lalui, termasuk memenangi liga ketika beliau berada dalam pasukan utama.”

“Lazar Markovic adalah pemain muda yang berbakat dan kami berbesar hati untuk menerima ketibaan beliau dari Liverpool sehingga hujung musim nanti.”

“Lazar juga dikenali sebagai rakan sepasukan yang bagus, dan menerima sokongan penuh dari pengurus kami dan beliau juga mempunyai bakat untuk memperkuatkan lagi jentera serangan kami. Come on Fulham !”

Markovic banyak berkelana. Jauh perjalanan luas pemandangan 

Markovic sebenarnya hampir meninggalkan Liverpool pada jendela perpindahan musim panas lalu. Liverpool dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran berjumlah £2.9 juta dari Anderlecht yang bakal menyaksikan Markovic berpindah secara tetap, tetapi perpindahan tersebut tidak diteruskan pada saat terakhir.

Kontrak Markovic akan berakhir pada penghujung musim ini dan Liverpool lebih daripada gembira untuk melepaskan pemain tersebut kepada kelab yang berminat untuk membayar gajinya sehingga hujung musim nanti.

Misi utama Markovic sebaik sahaja menyertai Fulham adalah untuk memastikan kelab terus bermain dalam Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Fulham kini berada di tangga ke-19 liga selepas mengharungi 24 perlawanan, 5 mata ketinggalan dari zon selamat.

Fulham kini dikendalikan oleh pengurus berasal dari Itali, Claudio Ranieri dan mereka menerima tonik terbaik dalam perlawanan terakhir apabila Fulham bangkit dari ketinggalan 2-0 kepada Brighton untuk mencatat kemenangan 4-2 pada hari Selasa lalu.

Selain Markovic, Fulham juga berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah Hoffenheim, Havard Nordtveit secara pinjaman sehingga hujung musim ini.

BACA:  'Bilik Persalinan Liverpool Kesedihan' - Klopp Anggap Pencapaian 'Quadruple' Adalah Sesuatu Yang Mustahil