‘Bilik Persalinan Liverpool Kesedihan’ – Klopp Anggap Pencapaian ‘Quadruple’ Adalah Sesuatu Yang Mustahil

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp menegaskan bahawa untuk membolot gelaran quadruple adalah sesuatu yang sukar untuk dicapai.

Pengendali dari Jerman itu berkata demiian selepas The Reds sekadar mampu mencatat keputusan seri menentang Tottenham Hotpsur.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada awal pagi tadi. Malah jaguh bola sepak dunia itu terlebih dahulu ketinggalan melalui jaringan Son Heung-min sebelum kedudukan disamakan oleh Luis Diaz.

Keputusan seri itu bermakna Liverpool kini telah mengumpul 83 mata, dan melonjak ke tangga pertama kedudukan Premier League. Ia membolehkan Klopp dan anak-anak buahnya mengatasi Man City dengan kelebihan satu angka.

Walaupun kini berjaya menakluki takhta Premier League, penyokong Liverpool di seluruh alam tiba-tiba sunyi.

Ini kerana semua pihak kini tertumpu ke Etihad untuk perlawanan The Citizen menentang Newcastle United pada malam ini.

Pada kedudukan sekarang, Pep Guardiola dan anak buahnya mampu melebarkan kelebihan kepada tiga mata sekiranya berjaya menundukkan The Magpies.

Situasi tersebut sekali gus membuatkan peluang Liverpool memenangi quadruple pun terancam.

Oleh karena itu, Klopp mengungkap betapa sedihnya situasi di bilik persalinan Liverpool sekarang.

Pengurus berusia 54 tahun itu juga cuba menjelaskan kepada barisan pemainnya bahawa empat kejuaraan dalam satu musim di Liga Inggeris merupakan suatu hal yang mustahil.

“Saya tidak gembira, tetapi tidak sama sedihnya seperti yang dilalui oleh pemain saat ini.

“Ia merupakan tugas saya untuk menjelaskan perkara ini kepada mereka,” kata Klopp di BBC.

“Harry Kane dan Son Heung-min benar-benar pemain yang lebih segar.

“Itulah mengapa perlawanan ini sangat berat. Itulah mengapa quadruple sangat tidak mungkin; ada alasan tidak ada satu kelab pun pernah meraihnya di negara ini.

Kami akan terus melangkah,” kata Klopp lagi.

Liverpool masih berpeluang meraih treble sekiranya berjaya merangkul Piala FA dalam perlawanan akhir menentang Chelsea pada 14 Mei nanti dan juga Champions League menentang Real Madrid pada 28 Mei.

BACA:  Video Pemain Liverpool Meraikan Kejuaraan Premier League