Howard Webb bakal kembali ke dalam saingan Premier League pada musim panas ini, dan hal itu telah menyebabkan para peminat bergurau menyatakan bahawa Manchester United sebenarnya sudah berjaya lengkapkan penandatanganan pertama mereka.
Para peminat bergurau dengan menyatakan Howard Webb sebagai pembelian pertama Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.
Webb yang turut pernah mengendalikan aksi perlawanan akhir saingan Piala Dunia 2010 itu bakal mengambil peranan sebagai chief refereeing officer Premier League.
OFFICIAL: Howard Webb is set to become Premier League's chief refereeing officer as Mike Riley steps down. pic.twitter.com/NY876MD4mq
— SPORTbible (@sportbible) June 25, 2022
Beliau menerima jawatan tersebut selepas ketua pengadil sekarang, Mike Riley telah mengumumkan yang beliau mahu melepaskan jawatan tersebut.
Riley yang kini berusia 57 tahun itu telah menggalas tugas sebagai ketua barisan pengadil selama 13 tahun dan beliau memutuskan untuk bersara pada penghujung musim 2022/23 nanti.
Beliau menegaskan yang ia merupakan waktu yang sangat tepat untuk beliau mengundurkan diri dari dunia pengadilan.
“Memandangkan pelan perancangan perkembangan pengadil elit bakal bermula, sekarang adalah masa yang tepat untuk merancang masa depan dan membenarkan pimpinan baru untuk membina foundation yang lebih kuat berbanding yang sudah ada.”
“Saya tak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan baru saya menjelang bermulanya musim baru dan tunjukkan sokongan saya sebelum saya undurkan diri.”
NEW: Mike Riley to step down as head of PGMOL after 13 years in charge of English football's referees pic.twitter.com/tJvg9lXEGi
— Sam Cunningham (@samcunningham) June 25, 2022
PGMOL telah menyatakan yang mereka sedang dalam usaha mahu mencari pengganti kepada Riley, dengan The Telegraph mendedahkan yang Howard Webb merupakan calon kegemaran untuk menggalas tugas tersebut.
Pengadil berusia 50 tahun itu bersara pada tahun 2014 yang lalu dan beliau dengan segera diberikan peranan sebagai pegawai teknikal PGMOL.
Beliau pada ketika ini sedang berkhidmat untuk MLS atas kapasiti yang sama dan kontrak beliau juga sepertinya akan tamat pada Disember nanti.
Bekas polis itu dilaporkan merupakan calon paling sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut apa lagi ketika memikirkan isterinya Bibiana Steinhaus-Webb turut berada dalam PGMOL.
Bekas pengadil Bundesliga itu sebelum ini pernah mengendalikan perlawanan -perlawanan yang melibatkan skuad wanita.
Exclusive: Howard Webb to return from MLS as Mike Riley's de facto successor next season, as PGMOL chief refereeing officer. Will be a handover period when pair work together. Story with @Tom_Morgs https://t.co/A1pcWsEkNh
— Sam Wallace (@SamWallaceTel) June 25, 2022
Berita kepulangan semula Howard Webb disambut dengan sangat baik oleh para penyokong, yang kemudiannya turut menganjing Man Utd.
Para penyokong berpusu-pusu mengucapkan tahniah kepada Manchester United kerana berjaya melengkapkan penandatanganan pertama mereka pada musim panas ini.
What a signing for Man United! https://t.co/BwDGZg6MrZ
— Lord Whistledown (@mawut_) June 25, 2022
UNITTTTTTTTEEDDDDDD https://t.co/o2xHn4oSFZ
— Asggharr (@AsggharMUFC) June 25, 2022
Congratulations to Manchester United on their first signing ! https://t.co/lELqyIMz1o
— ‘Malik Afolabi (@afoguarantor100) June 25, 2022
Congrats #United on your first signing. https://t.co/ozILSTK0T6 pic.twitter.com/dk6LG491H3
— 🔴 𝖄𝖚𝖘𝖚𝖋 𝕾𝖍𝖆'𝖆𝖇𝖇𝖆𝖓 (@shabbany) June 25, 2022
“Akhirnya Manchester United sudah jumpa individu yang akan bantu mereka untuk memenangi Piala pertama pada musim hadapan.”
“Tahniah Manchester United, akhirnya berjaya juga melengkapkan pembelian pertama mereka musim panas ini. Betul lah Ten Hag lebih suka buat kerja senyap-senyap.”
“Ketika ramai tertipu yang Man Utd mahu mengejar Frenkie de Jong, Man Utd akhirnya tampil melengkapkan pembelian pertama mereka.”
“Keputusan yang bijak dari Manchester United, mereka sememangnya memerlukan individu seperti Howard Webb untuk bantu mereka menang Piala.”
“Pasukan seteru dah mula takut, Manchester United benar-benar bijak, mereka hanya tandatangani individu yang boleh bantu mereka menang sahaja.”
Webb telah mengadili 296 perlawanan sepanjang kariernya yang gemilang dengan beliau turut dikenali sebagai penyokong setia Rotherham United.
Walau bagaimanapun, beliau turut mempunyai sejarah dianggap sebagai penyokong Manchester United dan sering beri kelebihan kepada skuad setan merah itu andai beliau mengadili perlawanan tersebut.
Full Story:https://t.co/6EBRPFoTFy
— SPORTbible (@sportbible) June 25, 2022
Kerana itulah para peminat mula mengusik Man Utd ketika Howard Webb mengumumkan beliau kembali ke saingan Premier League.
Walau bagaimanapun, Manchester United sebenar-benarnya masih lagi belum melengkapkan sebarang penandatanganan pada musim panas ini dan hal itu menyebabkan para penyokong mula bimbang.
Ramai penyokong setan merah yang berharap agar pihak kelab akan mampu melengkapkan setidak-tidaknya satu penandatanganan dalam masa terdekat ini.
Hal itu kerana mereka sangat berharap agar kelab akan mampu untuk mengubah nasib mereka dan tidak lagi melalui musim yang mengecewakan seperti musim lalu.
Sumber: SPORTbible