Sir Alex Ferguson Dedah Pemain Terhebat Pernah Beliau Kendalikan

Sir Alex Ferguson telah mendedahkan yang Denis Irwin bakal menjadi satu-satunya pemain yang tidak akan pernah beliau ragukan sebagai yang terhebat pernah beliau kendalikan.

Pengurus legenda Man United itu turut menegaskan yang Denis Irwin akan sentiasa ada dalam senarai kesebelasan terhebat sepanjang zaman kelab pilihan beliau.

Pengurus terhebat sepanjang zaman itu telah mengharungi 26 tahun kariernya yang sungguh luar biasa menakjubkan di Old Trafford.

Beliau berjaya memenangi 38 piala bersama Manchester United termasuk 13 gelaran Premier League dan dua gelaran Champions League.

Sepanjang karier gemilangnya bersama Man United, beliau telah berjaya mengendalikan barisan pemain berkelas dunia seperti Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Paul Scholes dan Eric Cantona.

Pengurus legenda berusia 80 tahun itu mengumumkan persaraan beliau dari dunia bola sepak pada tahun 2013 yang lalu selepas memimpin Man United menjuarai saingan Premier League.

Ferguson mengakui yang beliau sebenarnya sangat sukar untuk menamakan skuad terbaik United memandangkan beliau pernah menguruskan ramai pemain yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau memiliki barisan pemain midfield dan penyerang yang diakui antara yang terhebat sepanjang zaman.

“Orang tanya kamu: ‘Siapa pemain terbaik kamu dari skuad Man United?’ dan ia sebenarnya sangat mustahil.”

Jelas Ferguson kepada Sunday World beberapa tahun dahulu.

“Ia sangat mustahil. Kamu lihat pada pemain penyerang yang saya pernah ada, dari dulu [Brian] McClair, [Mark] Hughes, [Andy] Cole, Cantona, [Ruud] van Nistelrooy, [Louis] Saha, Ole Gunnar Solskjaer, [Dwight] Yorke, Teddy Sheringham.”

“Kemudian untuk pemain sekarang, Wayne Rooney, [Robin] van Persie, Chicharito [Javier Hernandez]. Bagaimana kamu mahu pilih dari situ? Cantona dan seseorang yang lain mungkin?”

“Posisi midfield mungkin sedikit lebih mudah kerana kamu ada [Roy] Keane, [Bryan] Robson dan Scholes, mereka merupakan pemain yang sungguh menakjubkan, begitu juga dengan [David] Beckham, Ronaldo dan [Ryan] Giggs.”

Alex Ferguson langsung tidak membahaskan tentang pemain yang bermain di posisi pertahanan, namun legenda setan merah itu mengakui yang beliau sangat mengagumi Irwin.

Beliau sebelum ini pernah menulis di autobiography miliknya yang bekas pemain left back United itu akan sentiasa ada dalam senarai kesebelasan terbaik pilihan beliau.

“Sejujurnya, saya akan kata Denis Irwin akan tentunya ada tempat dalam skuad. Saya nilai dia lapan per sepuluh.”

Tulis Ferguson.

“Di Highbury dalam satu perlawanan, dia ada melakukan hantaran yang teruk di minit akhir dan Dennis Bergkamp masuk lalu menjaringkan gol.”

“Selepas tamat perlawanan, wartawan ada kata: ‘Kamu tentu kecewa dengan hantaran ke belakang itu’, dan saya kata: ‘Jadi satu kesilapan dalam tempoh 10 tahun bukanlah satu hal yang teruk. Dia seorang pemain yang sungguh menakjubkan.”

Steve Irwin telah membuat 468 penampilan dan menjulang tujuh gelaran Premier League, satu gelaran Champions League dan gelaran League Cup bersama Man United sepanjang 12 tahun kariernya bersama kelab.

Legenda Man United, Roy Keane turut menamakan Denis Irwin sebagai salah seorang dari lima pemain berkelas dunia yang pernah beraksi bersamanya di Old Trafford.

Dari kesemua bintang besar dan berkelas dunia yang pernah beraksi bersamanya di Old Trafford, Keane lebih memilih legenda Ireland itu sebagai antara pemain terhebat pernah beraksi bersamanya.

Sir Alex Ferguson merupakan tokoh bola sepak yang memiliki sejarah pernah bekerjasama dengan begitu ramai pemain-pemain berkelas dunia.

Melihat beliau mampu memilih Denis Irwin sebagai satu-satunya pemain yang beliau tidak ragukan, ia jelas sekali satu kebanggaan untuk legenda Man United itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Premier League 2020/21: Chelsea 0-0 Manchester United